Isteri Terkejut Suami Pulang Lepas 4 Hari Dikebumikan. | Seorang wanita yang menyangka telah mengebumikan suaminya terkejut apabila suaminya itu pulang dalam keadaan masih bernyawa. Lebih mengejutkan, suaminya dilaporkan pulang ke rumah selepas empat hari pengebumian dilakukan. Sebelum kejadian itu, Victoria Sarmiento menghabiskan masa beberapa hari mencari suaminya Julio, 65, yang tidak pulang ke rumah. Bimbang dengan keadaan itu, Victoria yang berasal dari El Carmen, Honduras, membawa dokumen pengenalan suaminya ke sebuah hospital pada 30 Disember, di mana kakitangan memberitahu bahawa suaminya itu meninggal dunia kerana kritikal akibat Covid-19, baru-baru ini. Dia dilaporkan melihat jasad suaminya di bilik mayat Hospital…
Author: Admin Soleh
Wanita Maut Terjun Bangunan Kerana Cemburu. | Melaka: Gara-gara cemburu, seorang pelajar wanita sebuah universiti swasta di sini maut selepas dipercayai terjun dari tingkat 18 sebuah pangsapuri di Bukit Beruang di sini, awal pagi kelmarin. Tindakan `nekad’ gadis berusia 21 tahun itu selepas dikatakan teman lelakinya menjalinkan hubungan percintaan dengan seorang wanita lain menyebabkan mangsa mengambil keputusan terjun dari kediaman berkenaan. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, dalam kejadian 1.30 pagi itu, mayat pelajar terbabit ditemui beberapa rakannya di atas tanah di belakang blok kediaman asrama mereka. Beliau berkata, mangsa dipercayai terjun dari tingkat 18 pangsapuri…
Perselisihan Faham Urusan Jual Beli Tayar Kereta Punca Dibunuh. | Puchong: Perselisihan faham dalam urusan jual beli tayar kereta dipercayai menjadi motif pembunuhan seorang ahli perniagaan yang dilaporkan hilang pada 31 Disember lalu. Mangsa yang berusia 70 tahun dilaporkan hilang selepas keluar menaiki kereta milik pelanggannya di sebuah pusat servis kenderaan di Kampung Kayu Ara, Damansara di Petaling Jaya. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima laporan dibuat anak mangsa berusia 44 tahun selepas mendapati ayahnya masih tidak pulang ke rumah pada 9 malam. “Pengadu dimaklumkan oleh adiknya yang menerima mesej daripada sebuah…
Mayat Seorang Warga Emas Ditemui Dalam But Kereta. | Puchong: Mayat lelaki warga emas dipercayai dibunuh ditemukan dalam but sebuah kereta di Jalan Wawasan 5/2, Taman Wawasan, malam tadi. Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Lelaki warga emas berkenaan dipercayai warga tempatan berusia 70 tahun yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu. Terdahulu, polis mendapatkan bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi mengumpil but kereta dipercayai tempat mayat dijumpai. Sumber : Metro
5,124 Kanak-Kanak Dijangkiti Covid-19 Dan 4 Kematian Di Sabah. | Kota Kinabalu: Seramai 5,142 kanak-kanak di bawah 12 tahun direkodkan sudah dijangkiti Covid-19 di Sabah sepanjang tahun 2020. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, hampir separuh dari jumlah itu membabitkan kanak-kanak berusia bawah lima tahun dan juga bayi. “Daripada jumlah ini, seramai 2,152 adalah kanak-kanak berusia di bawah lima tahun dan 707 daripadanya adalah bayi bawah setahun. “Pada tahun lalu juga, sebanyak empat kematian dalam kalangan kanak-kanak dilaporkan di Sabah. Dua daripadanya berusia kurang daripada setahun,” katanya. Dalam perkembangan sama, Masidi berkata,…
KEJAM. Nenek Saudara Sepak Dan Tendang Sehingga Usus Pecah.| Rawang: Disepak, ditendang sehingga usus pecah. Itu perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap kanak-kanak perempuan yang maut didera nenek saudaranya, 30 Disember lalu. Mangsa berusia 5 tahun dipercayai diperlakukan sedemikian oleh suspek yang juga warga Indonesia berusia 55 tahun sejak tinggal bersama pada 2017. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, mangsa ditemui tidak sedarkan diri oleh ibu saudaranya di rumah mereka di Kampung Sungai Chinchin jam 7 malam sebelum menghubungi ambulans. Menurutnya, hasil pemeriksaan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.…
Puluhan Wanita Serang Premis Judi Dan Menghancurkan Mesin Judi. | Medan: Puluhan wanita di Lingkungan 10, Medan Labuhan, Sumatera Utara, Indonesia sepakat ke premis judi dan menghancurkan mesin permainan di dalamnya bagi mengelak anak dan suami mereka terus terbabit kegiatan itu. Tribun News melaporkan kisah itu tular di laman sosial selepas seorang daripada mereka merakam dan memuat naik videonya di Facebook (FB). Ketua Penduduk Lingkungan 10, Nurbaiti ketika dihubungi pemberita mengesahkan perkara itu. “Tindakan itu tidak hanya dilakukan di Lingkungan 10, tetapi di kawasan berhampiran iaitu Lingkungan 11 dan 12. “Puncanya kerana kami tidak senang melihat kegiatan judi di situ…
Lelaki Cuba Terjun Tingkat 16 Kondominium. | Kuala Lumpur: Tindakan pantas anggota bomba dan polis berjaya menyelamatkan nyawa seorang lelaki yang cuba membunuh diri di tingkat 16 sebuah kondominium di Seksyen 2, Wangsa Maju, di sini, hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 11.58 pagi tadi. “Seramai tujuh anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju dikejarkan ke lokasi. “Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun cuba membunuh diri dengan berdiri di balkoni tingkat 16…
Lelaki Tanam Diri Sendiri Kerana Terdengar Bisikan. | TEGAL – Seorang pemuda di Kota Tegal, Jawa Tengah, Indonesia bertindak menanam diri sendiri selepas dipercayai mendengar bisikan di tanah perkuburan awam (TPU) di sini. Ketua Polis Daerah, Tegal Selatan, Kota Tegal, Sertu Dasrim mendedahkan, pemuda bernama Wawan Febriyanto, 23, itu disyaki mengalami gangguan jiwa. Mangsa dari kampung Kepandean, melakukan perbuatan itu pada Rabu sekitar jam 8 pagi. “Ketika ditemui, mangsa berada pada kedalaman 70 sentimeter, hanya kepala kelihatan manakala anggota badan yang lain sudah tertanam,” katanya kepada Kompas, pada Isnin. Sertu Darsim adalah pegawai polis yang tiba awal ke lokasi sebaik…
Seorang Kanak-Kanak Perempuan Maut Akibat Didera Oleh Pengasuh. | Kuala Lumpur: Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut dipercayai akibat didera pengasuh. Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, polis menerima laporan kematian mangsa di sebuah kondominium di Jalan Ipoh di sini, pada jam 2.45 petang semalam. “Polis ke lokasi dan menemui mangsa dalam keadaan terbaring atas katil dan lengkap berpakaian. “Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan calar dan lebam di beberapa bahagian badan serta kaki mangsa. “Kematian mangsa disahkan oleh pegawai paramedik yang berada di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini. Eng Lai berkata, mayat mangsa dihantar…