Kanak-Kanak Perempuan Parah Ditikam Bapa. ALLAHU. | Subang Jaya: Bayi perempuan berusia 20 bulan parah selepas ditikam bapanya yang dipercayai kurang siuman di Puchong Permai di sini, petang hari ini. Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 4 petang ketika mangsa dan suspek berada di rumah. “Suspek yang berusia 27 tahun dikatakan mengamuk secara tiba-tiba dan bertindak menikam anak perempuannya itu. “Sepasukan polis yang menerima maklumat daripada ahli keluarga mangsa kemudiannya bergegas ke lokasi dan berjaya menahan suspek,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Abd Khalid berkata, ujian saringan awal air kencing akan…
Author: Admin Soleh
Seorang Anak Belasah Ibunya Sampai Mati Kerana Tidak Masak Nasi. | Seorang lelaki yang berusia 28 tahun tergamak memukul ibu kandungnya sendiri sehingga meninggal dunia hanya kerana ibunya itu tidak memasakkan nasi untuknya, lapor Tribun. Mangsa yang berusia 52 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital. Kejadian penganiayaan itu dilaporkan berlaku pada Sabtu di Dusun Muara Tolang, Desa Doloksaut, Indonesia. Ketua Polis Taput AKBP Jonner Samosir SIK melalui Unit Siasatan Jenayah AKP Jonser Banjarnahor semasa siaran akhbar di Polis Taput pada Rabu telah mengesahkan kejadian itu. “Kejadian penganiayaan yang dilakukan oleh suspek terhadap ibu kandungnya sendiri telah berlaku pada…
KEJAM. Seorang Kanak-Kanak Perempuan 12 Tahun Dir0g0l Lebih 10 Remaja. | Chukai: Seorang kanak-kanak perempuan menjadi mangsa nafsu serakah apabila dirogol lebih 10 remaja lelaki dalam kejadian di daerah ini, di sini, Isnin lalu. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 4 pagi selepas mangsa berusia 12 tahun menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada kenalan lelaki yang mengajaknya keluar. Sumber berkata, suspek kemudian datang ke rumah nenek mangsa di Kijal bersama lima rakannya lalu membawa mangsa pergi ke rumahnya sebelum mendakwa diraba dan dirogol kumpulan remaja berkenaan. “Mangsa meminta suspek menghantarnya pulang, namun suspek membawa mangsa ke rumah rakannya yang lain lalu dirogol,”…
Seorang Lelaki Rebah Dan Meninggal Dunia Ketika Main Futsal. | Sungai Besar: Seorang lelaki rebah dan tidak sedarkan diri ketika bermain futsal di gelanggang futsal di Dewan Seri Bernam di sini, semalam sebelum disahkan meninggal dunia. Pada kejadian jam 9.30 malam, mangsa yang berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, mangsa sedang bermain futsal bersama rakan sebelum rebah di tepi tiang gol. “Rakan mangsa menghampirinya dan memanggil namanya namun tiada reaksi. “Rakannya menghubungi ambulans sebelum dibawa ke HTAJ namun…
Buat Laporan Polis Palsu Sebab Takut Kantoi Dengan Isteri. | Kulim: Seorang lelaki sanggup membuat laporan palsu kononnya disamun tiga lelaki tidak dikenali di jalan kelapa sawit Kampung Ekor Kucing, Padang Serai di sini kerana bimbang dimarahi isterinya kerana wang gajinya habis dipercayai membeli dadah. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, lelaki berusia 30 tahun itu datang ke Balai Polis Padang Serai pada 8 malam, 2 Disember lalu untuk membuat laporan konon disamun. Menurutnya, lelaki itu mendakwa disamun ketika sedang menunggang motosikal seorang diri melalui lokasi kejadian dan menipu kononnya individu itu bersembunyi dalam semak dan terus menahannya…
Seorang Lelaki Ditahan Selepas Ugut Bunuh Ibu Bapanya. | Padawan: Seorang lelaki ditahan polis selepas mencederakan dan mengugut mahu membunuh ibu bapanya di rumah mereka di Jalan Matang, di sini, Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata, tangkapan ke atas suspek dibuat susulan laporan polis oleh bapanya. Katanya, dalam kejadian 6.20 petang itu, ketika mangsa berusia 78 tahun bersama isterinya di rumah, suspek tiba-tiba mengamuk dan mencekik ibunya. “Suspek turut membaling pinggan ke arah ibunya tetapi tidak kena. Selepas beberapa minit, suspek bertindak menampar muka bapanya menggunakan pinggan sambil mengeluarkan kata-kata ugutan mahu membunuh mereka,” katanya dalam…
Video Anjing Setia Menanti Tuannya Yg Telah Meninggal Dunia. | Seekor anjing malang di China enggan makan dan minum kerana setia menunggu tuannya untuk kembali. Rakaman video menunjukkan anjing tersebut kelihatan sedih dan tidak berdaya sambil terbaring di tanah yang dipenuhi dengan surat khabar. Menurut laporan, anjing tersebut dipercayai menunggu kepulangan tuannya kembali sejak tuannya meninggal. Pemilik anjing tersebut merupakan seorang octogenarian yang telah menjaganya selama 15 tahun. “Sejak lelaki tua itu tiada, anjing itu tidak ingin makan dan minum malah terbaring di kawasan sampah,” kata penduduk setempat. “Tuannya telah menjaganya selama 14 hingga 15 tahun. Anjing tersebut berkelakuan seperti…
Seorang Lelaki Ditemui Maut Ditetak. | BELURAN: Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tetakan pada kepala, belakang bahu dan putus lengan kanan di Ladang Sabah, hari ini. Mayat mangsa yang disahkan warga Indonesia berusia 36 tahun dan bekerja di kilang kelapa sawit di ladang berkenaan, ditemui kira-kira jam 7.30 pagi dalam keadaan tertiarap. Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda, mangsa dikatakan tidak hadir bekerja sejak semalam dan pekerja ladang menemui kenderaannya ditinggalkan di tepi jalan. “Selepas cubaan menghubungi mangsa gagal, rakannya mula mencari di sekitar lokasi kenderaan ditemui sebelum mayat terbabit ditemui. “Pemeriksaan mendapati kesan luka dipercayai akibat tetakan…
Seorang Pegawai Imigresen Meraung Apabila Dijatuhkan Hukuman. | SHAH ALAM: Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Zalizi Ismail, 26, meraung ketika dipeluk abang dan kakaknya selepas Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 30 hari dan denda RM20,000 selepas mengaku bersalah menerima suapan RM12,000 pada 2 Disember lalu. Sebelum hukuman dijatuhkan, Zalizi berkata, dia menginsafi perbuatannya itu dan memohon mahkamah meringankan denda dan hukuman terhadapnya kerana mempunyai tanggungan isteri dan anak yang berusia lebih setahun. Zalizi membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan hakim Rozilah Salleh di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Rabu. Dia didakwa melakukan kesalahan di…
Lelaki Meninggal Dunia Lepas Hakim Jatuhkan Hukuman. | Kota Kinabalu: Seorang pesalah narkotik yang pengsan selepas hakim membacakan hukuman yang dijatuhkan terhadapnya disahkan meninggal dunia, hari ini. Dalam kejadian jam 11 pagi itu, pesalah dikenali sebagai Hadirun, 42, yang ditahan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dibawa ke Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu untuk penghakiman. Bagaimanapun, sebaik hakim menjatuhkan hukuman terhadapnya, lelaki berkenaan tiba-tiba rebah sehingga mengejutkan petugas mahkamah. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abd Rakman berkata, pihak polis mahkamah kemudiannya segera menghubungi pihak ambulans untuk tindakan segera. Katanya, lelaki itu kemudiannya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth…