Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

ALLAHUAKBAR. Lelaki Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dengar Kuliah Dhuha. | YAN – Seorang warga emas ­mengakhiri riwayat hidupnya dalam keadaan cukup indah apabila menemui ajal ketika me­nuntut ilmu dalam kuliah duha di Surau Ma’had As-Syati­rie, Kampung Sungai Dedap di sini semalam. Mahamad Md. Din, 74, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10 pagi ketika membaca surah al-Fatihah sebaik tausiah bertajuk Darjat seseorang di sisi Allah yang disampaikan Tuan Guru, Ustaz Zulkiflie Mohd. Sohaimi selesai. Pembantu Mudir Pusat pe­ngajian Islam, Maahad Tahfiz As-Syatirie, Muhammad Faiz Badruddin berkata, arwah dari Kampung Sungai Limau Dalam di sini sering hadir ke majlis ilmu di…

Read More

Perkahwinan Syamsul. Ini KOMEN Datuk Yusuf Haslam Yg Ramai Tunggu. | KUALA LUMPUR: Penerbit terkemuka tanah air, Datuk Yusof Haslam berharap anaknya, Syam­sul bersemuka dan dapat memujuk Puteri Sarah Liyana dengan baik sekiranya benar masih menyayangi wanita tersebut. Menurut Yusof, sebagai bapa, dia tidak lagi dapat berbuat apa-apa kerana Syamsul juga sudah membuat keputusan sendiri dengan menikahi Ira Kazar tanpa restu keluarga. “Sudah bernikah bukan? Jadi saya harap semua dapat teruskan kehidupan. Baik saya, isteri, Sarah, Syamsul, keluarga, semua kena move on. Benda sudah jadi dan tak dapat patah balik. “Cuma saya harap Syamsul dapat jalankan tanggungjawab sebagai suami dan…

Read More

Wanita Ini DEDAH Bagaimana Cara Dia CEROBOH Masuk Menara Merdeka 118.| SHAH ALAM – Seorang wanita warga Rusia mendedahkan perbuatan menceroboh Menara Merdeka 118 dengan memanjat ke puncak pencakar langit berkenaan baru-baru ini. Menerusi perkongsian di akaun Twitter miliknya pada Rabu, wanita yang dikenali sebagai Angela Nikolau itu menceritakan perjalanan dari awal bagaimana dia dapat memasuki menara itu tanpa disedari oleh mana-mana pihak. Angela turut berkongsi beberapa gambar dan video berdurasi 7 saat mengenai perjalanan sewaktu memanjat menara tersebut. “Saya mengakui jatuh cinta terhadap Menara Merdeka 118 sebaik melihatnya dan merasakan suatu sambungan secara spiritual. “Ia merupakan bangunan yang sangat…

Read More

Tampar Pemain Bola Tampar. Akhirnya Jurulatih Tampil Mohon Maaf. | Melaka: “Saya sesungguhnya kesal dengan apa yang berlaku dan memohon maaf kepada semua pemain terutamanya kedua pemain yang terbabit serta ibu bapa mereka. “Pemain-pemain adalah keluarga dan kekuatan saya, tanpa mereka saya tidak boleh menjadi jurulatih,” itu luah jurulatih bola tampar yang mencetuskan kontroversi susulan menampar dua pemainnya ketika membuat permohonan maaf lewat petang, Rabu. Saiful Hadee Amar, 44, yang juga seorang guru kesal dengan tindakannya dan bersedia menerima sebarang tindakan yang akan dikenakan terhadap dirinya. Katanya, dalam insiden yang berlaku pada 16 Disember lalu di kejohanan di Kota Tinggi,…

Read More

Jurulatih Tampar Pemain Pasukan Bola Tampar. Ini Tindakkan Menteri. | SATU video memaparkan tindakan jurulatih sebuah pasukan bola tampar menampar pemainnya tular di laman media sosial. Kejadian dipercayai berlaku semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja (Bawah 14 tahun) B-14 2022 bagi kategori perempuan pada 16 Disember lalu. Perlawanan penentuan tempat ketiga itu membabitkan pasukan Melaka menentang Johor di sebuah sekolah di Johor. Dalam video yang disiarkan secara penstriman langsung di Facebook itu, jurulatih pasukan Melaka dilihat menampar dua pemainnya yang menyebabkan pasukan kehilangan mata sebelum tempoh rehat permainan. Kedua-dua pemain itu seperti tergamam namun tetap meneruskan permainan yang menyaksikan Melaka tewas…

Read More

Kena Serang Netizen Malaysia. Akhirnya Pengadil Jepun Ini Mohon Maaf. | Pengadil Jepun, Ryuji Sato merayu kepada peminat bola sepak Malaysia supaya tidak menyerang akaun media sosial miliknya kerana ia dibaca oleh ahli keluarganya. Ryuji dalam satu hantaran di akaun media sosialnya turut memohon maaf kepada peminat bola sepak Malaysia. “Saya menerima banyak mesej daripada peminat bola sepak Malaysia mengenai keputusan (memberikan penalti kepada Vietnam dan kad merah kepada Azam Azmi) dalam perlawanan malam tadi. “Presiden FIFA telah menghubungi saya dan mereka akan membuat penilaian mengenai cara pengadilan saya ketika perlawanan berlangsung,” katanya. Ryuji turut memohon supaya peminat tidak menyerang…

Read More

Lelaki Ini Batal Perkahwinannya Sehari Sebelum Majlis. Puncanya Buat Ramai SETUJU. | PALEMBANG: Seorang lelaki di Palembang, Sumatera Selatan membatalkan perkahwinannya dengan seorang gadis selepas wanita itu didakwa berkasar dengan ibunya gara-gara duit majlis pernikahan tidak mencukupi. Lelaki yang dikenali sebagai Anjas itu memberitahu, dia dan gadis pilihannya sepatutnya berkahwin pada 18 Disember lalu, namun dia membatalkannya sehari sebelum majlis. Hal itu kerana keluarga pengantin perempuan meminta wang tambahan sebanyak 700,000 rupiah (RM198) bagi upacara nikah. Terdahulu, keluarga tersebut juga meminta wang majlis resepsi sebanyak tujuh juta rupiah (RM1,981) dan Anjas sudah pun memberikannya. “Saya membatalkan perkahwinan kerana persiapan yang…

Read More

Pegawai Bomba Ini Kongsi Cerita Temui Mangsa Terakhir. |BATANG KALI – Iltizam untuk menemukan keseluruhan mayat mangsa yang hilang antara tekad salah seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam tugas mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Jalan Genting-Batang Kali di sini pada Sabtu. Berbekalkan usaha dan tawakal, Pegawai Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Juyana @ Azlan Musa merupakan individu terakhir berjaya menemui kanak-kanak lelaki yang merupakan mangsa terakhir tragedi tersebut. Juyana berkata, pencarian ditumpukan di kawasan sektor A yang mana menjadi lokasi…

Read More

Allahuakbar. Al-Quran & Tempat Imam Sedikit Tak Kena Air Banjir. | Kuala Lumpur: “Keadaan al-Quran itu sedikit pun tak kena lumpur dan tak terbalik sedangkan air sangat deras hingga mesin basuh dan tong gas terbalik,” kata Zumigawati Mat Adam, 49. Zumigawati yang tinggal di Kampung Tengkawang Kuala Berang, Terengganu berkata, rumahnya mulai dinaiki air kelmarin sebelum dia terkejut melihat al-Quran yang sering dibaca dan diletakkan atas tilam dalam bilik itu tidak terjejas. “Setiap kali selepas solat, saya akan membaca al-Quran dan letak atas ‘toto’. Selalu tengok orang kongsi al-Quran selamat tak kena banjir, tapi kali ini terjadi kepada saya. “Ketika…

Read More

Lelaki Sanggup Meredah Banjir Demi Selamatkan Bapa Mertua Yg Lumpuh. | Marang: Meskipun bahaya, pengawal keselamatan Ibni Dauda Arifin sanggup meredah banjir bagi menyelamatkan bapa mentuanya, Ramli Awang Kechik yang lumpuh seluruh badan akibat diserang strok hemorrhagic iaitu pendarahan dalam kepala. Kesungguhan Ibni Dauda, 44, dapat dilihat menerusi video dimuat naik video salah seorang ahli keluarga di TikTok. Dalam rakaman video itu, Ibni Dauda dilihat bersungguh-sungguh menarik bapa mentuanya berusia 64 tahun yang baring di atas kayu di alas dengan kain walaupun air sudah berada pada paras dada. Berkongsi kisah itu, Ibni Dauda berkata, dia menyelamatkan bapa mentuanya semalam sebelum…

Read More