PELIK. Menara Pasir Bentuk Arca Ditemui Di Pantai. Ini Puncanya. | Jika sebut mengenai alam semulajadi, bermacam-macam kejadian unik pernah berlaku sama ada di dalam mahupun di luar negara. Pernah tular di Sabah dan Sarawak, berlaku satu fenomena garisan cahaya yang sangat jelas di langit yang dinamakan sebagai ‘light pillar’. Baru-baru ini pula di United State (US), muncul beberapa arca berbentuk agak luar biasa terbina daripada pasir, dipercayai akibat tiupan angin sejuk. Merujuk kenyataan dari Sciphysics, arca tersebut terbina secara semulajadi di pinggiran pantai Tasik Michigan, Bandar St.Joseph. Menerokai artikel tertbitan Sciphysics, ‘binaan’ tersebut terjadi disebabkan oleh angin kencang yang…
Author: Admin Soleh
Misteri Kehilangan Warga Emas Akhirnya Terjawab. | MELAKA: Misteri kehilangan seorang warga emas berusia 87 tahun terjawab selepas tengkorak berbentuk kepala manusia ditemui di tanah lapang bersebelahan sebuah hotel di Jalan Tengkera di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan di tempat kejadian menemukan kad pengenalan (MyKad) seorang lelaki berbangsa Cina dalam dompet di poket seluarnya berdekatan rangka dijumpai. Beliau berkata, semakan mendapati penama pernah dilaporkan hilang oleh anak saudaranya pada 31 Januari lalu. “Polis menerima panggilan daripada seorang pekerja kedai tayar, beritahu terjumpa tengkorak berbentuk kepala manusia di tanah lapang bersebelahan sebuah hotel…
Pemandu Lori Mabuk Rempuh 5 Kenderaan. Seorang Maut. |JOHOR BAHRU: Pemandu lori yang terbabas sehingga merempuh lima kenderaan di Kilometer 19 Lebuhraya Pasir Gudang dan mengakibatkan seorang maut dalam insiden Sabtu lalu, mempunyai 21 saman kesalahan trafik. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata lelaki berusia 37 tahun berkenaan yang menerima rawatan di hospital bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis. “Pemandu berkenaan dimasukkan ke hospital, manakala mangsa lain yang cedera menerima rawatan sebagai pesakit luar,” katanya ketika dihubungi. Kelmarin media melaporkan seorang lelaki 21 tahun yang memandu Perodua Alza meninggal dunia di hospital selepas keretanya serta empat kenderaan…
Wanita Rempuh Anggota Polis Dgn Kenderaan Curi Berjaya Ditahan. | KOTA KINABALU: Cubaan seorang wanita melarikan diri dengan merempuh anggota polis menggunakan kenderaan curi yang dipandu berjaya digagalkan di hadapan lampu isyarat Tebobon, Jalan Sepanggar, Menggatal, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, wanita tempatan berusia 35 tahun itu berjaya ditahan selepas berlaku aksi kejar-mengejar sehingga anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar dan cermin penumpang belakang kenderaan yang dipandu suspek. Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan George Abdul Rakman yang mengesahkan penahanan itu berkata, anggota bertugas terpaksa melepaskan beberapa das tembakan kerana suspek bertindak agresif ingin…
4 Pegawai Dan Anggota Polis Cedera Dilibas Parang Dan Kerambit. |TUMPAT: Empat pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di sini, cedera dilibas parang dan kerambit oleh seorang lelaki mengamuk di Kampung Sedar di sini, malam kelmarin. Akibat serangan itu, dua mangsa luka di lengan, terpaksa menerima lapan jahitan serta luka sepanjang sembilan sentimeter di belakang kepala, manakala dua lagi cedera ringan di belakang badan dan tangan. Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd Azmir Damiri, berkata semua mangsa yang berusia 20-an hingga 30-an itu bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah. “Pada jam 8.30 malam Sabtu lalu, kami menerima panggilan…
Hishammuddin Hussein Didesak Letak Jawatan. Ini Puncanya. | Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh mendesak Menteri Kanan Hishammuddin Hussein meletak jawatan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada acara MIC di Johor, semalam. Ia susulan penularan video yang menunjukkan pemimpin meredah kerumunan hadirin pada majlis pelancaran briged MIC Johor di Kota Iskandar, Johor semalam. Antara pemimpin yang dilaporkan hadir pada majlis itu selain Hishammuddin, ialah penyandang menteri besar Johor, Hasni Mohammad dan Presiden MIC S Vigneswaran. Yeoh berkata, Hishammuddin memegang jawatan sebagai pengerusi Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19, sebelum ini telah mengumumkan pelbagai SOP Covid-19 kebangsaan – termasuk ziarah umrah dan MyTravelPass…
Makan Sotong Hidup Cicah Sos. Ini Amaran Kementerian Kesihatan Thailand. | BANGKOK – Kementerian Kesihatan Thailand memberi amaran berkenaan hidangan sotong hidup dicicah sos pedas yang sedang tular berisiko menyebabkan keracunan makanan, lapor laman berita The Thaiger semalam. Penyediaan makanan itu bermula dengan memasukkan sotong hidup ke dalam sos cili yang pedas dan masam selama beberapa minit untuk membiarkan ia meresapnya. Sesetengah orang akan mencelup sotong itu sekejap di dalam sos lalu memakannya dengan pantas. Bagaimanapun, Pengarah Kementerian Kesihatan, Suwanchai Wattanayingcharoenchai berkata, sotong mentah hidup itu berpotensi mengandungi vibrio parahaemolyticus, bakteria yang boleh ditemui di dalam persekitaran hidupan marin yang…
Seorang Lelaki Cipta Dapur Memasak Tanpa Gas Hanya Gunakan Air. | ABUJA – Seorang lelaki warga Nigeria yang menetap di kawasan Jekadafari, negeri Gombe dilaporkan mencipta dapur memasak tanpa gas yang boleh berfungsi dengan hanya menggunakan air, lapor laman berita Legit. Hadi Usman, 67, mencipta dapur yang tidak memerlukan gas atau minyak tanah dalam menghasilkan api untuk memasak. Menurut media tempatan, juruteknik elektronik itu berjaya menghasilkan inovasi berkenaan kerana ingin memberikan sibsidi kepada kos penggunaan gas dan minyak tanah. Sebuah video di laman YouTube memaparkan situasi ketika Hadi menunjukkan bagaimana dapur tanpa gas itu berjaya menghasilkan api. Lelaki yang pernah…
Seekor Ikan Di Dakwa Kerana Menyerang Nelayan. | NEW DELHI – Satu kes dilaporkan telah difailkan ke atas seekor ikan di balai polis Parawada di bandar Visakhapatnam, India kerana menyerang seorang nelayan sehingga menyebabkan kematian, lapor laman berita Wion News kelmarin. Kejadian tersebut berlaku ketika enam nelayan dari pantai Muthyalamma Palem termasuk mangsa, N. Joganna, 40, sedang memancing di kawasan Parawada, minggu lalu. Polis dimaklumkan mengenai insiden tersebut oleh lima nelayan lain yang menemani Joganna ketika memancing. Ketika Joganna turun ke dalam air, dia telah diserang oleh seekor ikan spesies Marlin Hitam. Muncung berduri seperti pedang daripada ikan tersebut telah…
Video Lelaki Tiba-Tiba Turun Dari Kereta Dan Mengamuk. | PETALING JAYA – Seorang lelaki yang juga pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) secara tiba-tiba mengamuk dan memaki pengguna jalan raya yang lain. Kejadian yang dirakam di sebuah persimpangan lampu isyarat berdekatan Centerpoint, Seremban itu telah mengakibatkan jalan sekitar kawasan tersebut sesak seketika. Klip video berkaitan kejadian itu kemudiannya dikongsi di laman Facebook Inforoadblock, bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila kejadian itu dirakam. Berdasarkan klip video berdurasi 1 minit 31 saat itu, kelihatan lelaki yang memandu MPV jenis Perodua Alza telah menghentikan kenderaannya di persimpangan terbabit. Lelaki itu diihat keluar dari kenderaannya…