Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Pesakit Mental Mati Mengejut Selepas Mengamuk Dan Menyerang Bapanya. | PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap kematian seorang lelaki yang ditahan selepas dipercayai mengamuk dan menyerang bapanya di Kampung Temong Hilir, Perak semalam. Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, siasatan kes tersebut dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT). Menurut beliau, pada pukul 7 malam, 29 Januari, Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar mendapat maklumat berhubung seorang lelaki berusia 38 tahun dipercayai pesakit mental yang mengamuk dan menyerang bapanya. “Polis tiba di lokasi kejadian mendapati suspek dalam…

Read More

Seorang Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Sedang Bertugas. | Tawau: Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di Jalan Bunga Raya berhampiran Taman Eastern, dekat sini, pagi tadi. Dalam kejadian 10.30 pagi itu mangsa berusia 41 tahun dikatakan sedang membuat kerja-kerja penyelenggaraan bersendirian sebelum dipercayai terkena renjatan elektrik dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, Julius John Stephen Jr berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.32 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian. Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati seorang mangsa lelaki tergantung pada…

Read More

Adun Umno Jawab Dakwaan Tarik Sokongan Kerajaan Kedah. | Alor Setar: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Baharu daripada Umno, Datuk Norsabrina Mohd Noor menafikan dakwaan bahawa beliau dan seorang lagi Adun parti itu akan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri seperti yang tular di media sosial sejak semalam. Norsabrina berkata, beliau tidak pernah memperkata atau membincangkan perkara itu dengan mana-mana pihak sebaliknya ingin fokus kepada tanggungjawab sebagai wakil rakyat untuk membangunkan Kedah. “Saya ada terima mesej (tangkap layar) itu sebab orang tanya saya mengenainya, memang tidak ada dibincangkan atau diperkata, tidak ada langsung tajuk itu. Dua Adun Umno (yang dirujuk)…

Read More

UMNO Putus Hubungan Politik Dgn PAS Kelantan. Ini Reaksi MB. | Kota Bharu: Pas Kelantan menghormati pendirian Umno negeri itu apabila membuat keputusan untuk memutuskan hubungan politik dengan parti itu, semalam. Pesuruhjayanya, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya tidak boleh berbuat apa-apa kerana itu adalah pendirian Umno. “Pendirian kita, Pas masih lagi duduk bersama dengan Umno dalam Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) serta untuk memperkasakan lagi PN. “Kita hormat pendirian mereka (Umno), tetapi memandangkan (kita) melihat perpaduan orang Melayu dan Islam ini penting, hasrat kita akan teruskan bersama Umno sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang,” katanya. Beliau…

Read More

PRN Johor. Ini Reaksi Perdana Menteri.| BERA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata masih terlalu awal untuk menyatakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan menjadi sebagai penanda aras kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang. Beliau berkata, meskipun ramai pihak beranggapan bahawa PRN Johor boleh dijadikan penanda aras PRU-15 tetapi ia masih terlalu awal untuk dijadikan ukuran. “Kita kena lihat dulu (penanda aras PRU-15), PRN Johor belum pun bermula,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perjumpaan Bersama Anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Daerah Bera di sini hari ini. Semalam Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad mengumumkan pembubaran…

Read More

Ini Keadaan Terkini Tun Dr. Mahathir. | PETALING JAYA: Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berada dalam keadaan stabil dan mula sedar sepenuhnya. Mengesahkan perkara itu satu sumber terdekat memberitahu, Ahli Parlimen Langkawi itu sudah mula bercakap. “Alhamdulillah, keadaan Tun terus stabil dan mula sedar sepenuhnya dan boleh bercakap,” katanya di sini hari ini. Dr. Mahathir sebelum ini dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 7 Januari lalu dan dibenarkan keluar pada 13 Januari lepas. Sebelum itu pada Disember, beliau dilaporkan dimasukkan ke hospital sama sebelum dibenarkan keluar selepas beberapa hari menjalani rawatan dan pemeriksaan lanjut. Terdahulu…

Read More

Tular Gambar Kubur Upin Ipin. Wanita Tampil Cerita Kisah Sebenar. | Selepas tularnya video wujudnya makam watak popular Upin & Ipin di Indonesia, seorang wanita dikenali sebagai Limiyadin telah tampil untuk bercerita kisah sebenar di sebalik kewujudan makam tersebut. Limiyadin berkata makam yang dinamakan sempena karakter kartun Malaysia tersebut tiada kena mengena dengan siri tersebut, lapor Suara.com, semalam. Limiyadin yang merupakan ibu saudara kanak-kanak tersebut berkata, keluarganya menamakan semula makam itu sekitar tahun 2000 selepas selesai kerja baik pulih. “Jadi sekitar tahun itu, kami memperbaiki makam ini dan kedua orang tuanya tidak tahu memberikan nama apa. Salah seorang ahli keluarga…

Read More

Dituduh Tidur Sebilik Dgn Teman Lelaki. Ini Jawapan BALAS Janna Nick. | KUALA LUMPUR – Pelakon Janna Nick enggan melayan tuduhan netizen, kononnya dia tinggal sebilik dengan kekasihnya, Dinie Schatzman sepanjang percutian di London, baru-baru ini. Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner berkata, lebih baik dia mementingkan kesihatan berbanding melayan gosip liar yang tidak berasas sebegitu. Tegas pelakon Misteri Mona itu, dia sebenarnya tidak tidak perlu menjawab fitnah tersebut kerana sepanjang di London, mereka bukan sekadar bercuti, sebaliknya turut melakukan penggambaran sebuah telefilem produksi miliknya. Percutian tersebut juga disertai keluarga serta kakitangan syarikatnya. “Memang saya ada melihat dan ternampak…

Read More

Tular Gambar Makanan RMT. Cikgu Ini Tampil Jelaskan Cerita Sebenar. |Terdahulu, seorang pemilik akaun Facebook memuat naik gambar makanan yang didakwa dibawa pulang cucu saudara dari sekolah. Menerusi hantaran itu, individu terbabit turut memuat naik gambar bungkusan nasi putih bersama kuah yang diberitahu cucu saudara kepada ibunya bahawa ia makanan RMT. Menurut hantaran tersebut, “Sadis betul. Makanan apa yang diberi untuk budak-budak dekat sekolah? Adakah peruntukan RMT terlalu sedikit sampai pengusaha kantin beri makanan begini kepada budak-budak,” tulisnya. Di dalam facebook seorang cikgu menjelaskan bahawa makanan tersebut bukan makanan RMT tetapi makanan yang disedekahkan oleh pengusaha kantin. Saya ada…

Read More

Video Tular 2 Pemuda Turun Ke Sawah Ketika Dikejar Polis. | JAKARTA – Dua pemuda tular di media sosial gara-gara bertindak masuk ke kawasan sawah padi untuk mencabut rumput kerana mengelak daripada disaman oleh polis, lapor laman berita Suara.com semalam. Video kejadian dimuat naik ke akaun Instagram bernama @gopos.id. Menerusi paparan video tersebut, dua orang lelaki berada di dalam kawasan sawah padi dan dilihat sedang mencabut rumput. Bagaimanapun, mereka sebenarnya dikatakan cuba melarikan diri daripada disaman sepasukan polis yang bertindak mengepung mereka kerana tidak memakai topi keledar. Dua lelaki tersebut dilihat meninggalkan selipar di atas tanah lalu turun ke dalam…

Read More