Seorang Pegawai Bomba Cedera Ditimpa Konkrit Ketika Bertugas. | SHAH ALAM: Seorang pegawai bomba cedera terkena serpihan konkrit yang terjatuh ketika memadamkan kebakaran sebuah kilang pemetik api di Seksyen 22 di sini, petang tadi. Kejadian pukul 4.45 petang itu mengakibatkan mangsa, Yunuslie Julius, 28, cedera pada tengkuk dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, ketika kejadian sepasukan 26 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam sedang menjalankan pemadaman api di kilang tiga tingkat tersebut. “Sewaktu operasi itu, pegawai kita (Yunuslie) yang berada di tingkat bawah terkena simen konkrit sebesar dua batu…
Author: Admin Soleh
Tegur Lelaki Mabuk. Ini Yang Terjadi Kepada Seorang Bapa. |KLANG: “You mesti mati saya punya tangan dan you punya anak mesti tak ada bapa.” Demikian antara ugutan diterima seorang bapa selepas menegur seorang lelaki mabuk dekat sebuah klinik di Kapar di sini pada Ahad lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu, pengadu dilaporkan bersama isteri dan anaknya berada di klinik berkenaan pada pukul 6.40 petang. “Pengadu telah menegur seorang lelaki mabuk, selepas itu suspek bertindak mengeluarkan kata-kata kurang sopan kepada pengadu dan berlaku pertengkaran antara mereka. “Kemudian, pengadu pulang ke rumah dan apabila sampai, suspek…
Seorang Lelaki Ditemukan Meninggal Dunia 7 Hari Lepas Dalam Rumahnya. |JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga emas berusia 83 tahun ditemui meninggal dunia lebih seminggu di kediamannya di Jalan Layang 3, Taman Perling, di sini semalam. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Pegawai Bomba Kanan II, Syuhaidy Fazly Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.57 petang. Sehubungan itu katanya, seramai lapan anggota beserta sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian. “Setibanya di lokasi, anggota bomba terpaksa membuka pintu kediaman yang berkunci menggunakan peralatan khas. “Mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 83 tahun ditemukan sudah meninggal dunia dipercayai…
Tan Cheng Hoe Tampil Bersuara Jelaskan Sebab Letak Jawatan. | Tan Cheng Hoe tampil bersuara berhubung keputusannya meletakkan jawatan sebagai pengendali Harimau Malaya seperti mana yang diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Isnin. Menurut Cheng Hoe, beliau tidak didesak oleh mana-mana pihak untuk melepaskan jawatannya itu sebagai satu bentuk hukuman atas kegagalan skuad kendaliannya pada Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura baru-baru ini. Malah, pengendali berusia 53 tahun dari Kedah itu menjelaskan, beliau tidak dijadikan ‘kambing hitam’ bagi menutup kegagalan Harimau Malaya yang gagal melepasi peringkat kumpulan pada edisi kali ini. “Bukan mudah buat keputusan yang drastik (letak jawatan)…
Jumpa Bayi Dalam Kotak Bersama Nota Yang Menyayat Hati. | WASHINGTON – Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan di dalam sebuah kotak bersama sekeping nota menyayat hati daripada seorang ibu yang terdesak kerana tidak mampu untuk menjaga anaknya itu, lapor akhbar New York Post semalam. Kejadian tersebut berlaku di negeri Alaska, Amerika Syarikat. Ibu pejabat polis Alaska menerima laporan mengenai penemuan seorang bayi sekitar pukul 7 pagi (waktu tempatan) pada 31 Disember lalu, kata polis dalam satu kenyataan. Suhu ketika itu mencecah satu digit, demikian menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan. Seorang penduduk bandar Fairbanks, Roxy Lane menemui bayi tersebut yang dibungkus dengan…
VIDEO Detik Cemas Lelaki Diselamatkan Apabila Dihanyutkan Arus Deras. |SEGAMAT: Seorang penunggang motosikal berdepan detik cemas apabila hanyut bersama motosikal yang ditungganginya ketika cuba merentas arus deras di Kampung Bukit Limau Manis, Bukit Sengit, Pogoh pagi tadi. Mangsa, Nor Ibrahim Ariffin, 37, dikatakan sedang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ telah hanyut dibawa arus deras ketika cuba merentas jalan yang sedang dinaiki air di kawasan kejadian. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mazuki Ismail berkata, pihaknya telah menerima maklumat orang awam yang memaklumkan kejadian itu pada pukul 7.58 pagi. “Mangsa dari arah Segamat menuju…
KEJAM. Seorang Lelaki Maut Dibunuh Oleh Pencuri Kabel Elektrik. | Kota Kinabalu: Seorang lelaki maut dipercayai dipukul menggunakan objek keras oleh lelaki yang disyaki sedang mencuri kabel elektrik di kawasan lapang berhadapan sebuah pejabat terbiar di Kingfisher, di sini, tengah malam tadi. Mangsa berusia 50 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah oleh rakannya kira-kira jam 12 tengah malam. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, mangsa keluar rumah pada 10.30 malam untuk memeriksa fius selepas bekalan elektrik di rumah kongsinya terputus. Katanya, sejam selepas itu, rakan mangsa bersama anaknya turut ke lokasi kejadian berikutan…
Marah Bakal Dikenakan Suntikan Dos Ke 4. Ini Jawapan KJ. | KUALA LUMPUR- Keperluan untuk memberikan lebih daripada satu dos penggalak diputuskan berdasarkan kajian dan respons ‘evidence-based’, tegas Khairy Jamaluddin. Menteri Kesihatan itu berkata demikian menjawab ‘kemarahan’ seorang pengguna media sosial berhubung kajian yang sedang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memberikan suntikan dos keempat. Jelas Khairy, apa yang diketahui, setakat ini hanya satu dos penggalak diperlukan bagi meningkatkan ketahanan penerima terhadap Covid-19. “Lebih dari itu, kita kaji dari masa ke semasa bila data saintifik baharu muncul. “Yang penting respons kita ikut data yang baharu. Ini yang dimaksud respons yang…
Suami Tikam Isteri Sedang Berasmara Dengan Kekasih Gelap. | JAKARTA – Seorang lelaki yang berang kerana ‘menangkap’ isterinya sedang berasmara bersama lelaki lain bertindak menyerang kedua-dua pasangan kekasih itu dan menikam mereka menggunakan sebilah pisau pemotong daging, lapor laman berita Suara.com hari ini. Kejadian yang diceritakan menerusi suntingan di akaun Instagram bernama @andreli_48 itu dikatakan berlaku di Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur. Suspek bernama Antok Pamuji, 38, itu merupakan seorang peniaga kain di Kutai Barat, tetapi sesekali pulang ke rumahnya di Bandar Tenggarong. Dia mengesyaki isterinya, EA, 33, berlaku curang kerana sering bermain dengan telefon bimbit dan enggan menunjukkan kepadanya apabila…
Penularan Omicron Tidak Dapat Dielakkan. Ini Nasihat TEGAS YB KJ. | KUALA LUMPUR: Kerajaan berusaha memperlahankan gelombang penularan jangkitan COVID-19 menerusi varian Omicron bagi mengelak pelaksanaan langkah kawalan sekatan secara drastik. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, ketika menegaskan perkara itu berkata, penularan varian membimbangkan (VOC) yang berasal dari Afrika Selatan itu sememangnya tidak dapat dielakkan. Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah berwaspada, termasuk dengan melakukan saringan secara berkala khususnya jika ingin mengadakan pertemuan dengan ahli keluarga lain. “Saya amat sarankan saringan secara berkala jika anda ingin berjumpa dengan sanak-saudara. “Omicron tidak dapat dielakkan. Saya ingin cuba memperlahankan gelombang…