26 Kanak-Kanak Maut Dalam Kebakaran Sebuah Sekolah. | NAIROBI: Sekurang-kurangnya 26 kanak-kanak terbunuh dalam kebakaran di sebuah sekolah di selatan Niger, semalam. Menurut Agensi Anadolu, Datuk Bandar Maradi Chaibou Aboubacar yang mengesahkan kejadian itu kepada media tempatan berkata berpuluh-puluh kanak-kanak yang melarikan diri daripada kebakaran itu melecur teruk dan sedang menerima rawatan. Kebanyakan kanak-kanak yang meninggal dunia berumur lima hingga enam tahun. Angin kencang dilapor menyemarakkan lagi kebakaran bilik darjah yang dibina menggunakan jerami dan kayu, dan pihak berkuasa keselamatan masih menyiasat bagaimana ia bermula. Tiga bilik darjah sekolah itu musnah dalam kejadian itu. Kebanyakan bilik darjah luar bandar di…
Author: Admin Soleh
Ini Cara Kempen Norhizam Yg Buat Ramai Orang TERUJA. | MELAKA: Sebaik sahaja selesai proses penamaan calon semalam, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee tidak menunggu lama menggunakan alam maya sebagai platform berkempennya. Menerusi laman sosial Facebook, ‘Aku YB ke Kau YB?’, calon Bebas itu berjaya meledak perhatian orang ramai melalui poster ala filem berjudul, ‘WELCOME TO PENGKALAN BATU’ yang dimuat naik olehnya. Poster berkenaan memaparkan Norhizam sebagai watak utama, dengan slogan, ‘Kau kenal aku siapa?’,disamping gambar tiga lagi pencabarnya iaitu calon Barisan Nasional (BN), Datuk Kalsom Noordin; calon Pakatan Harapan (PH), Muhamad Danish…
‘Terpijak Kaki Mangsa Di Dasar Sungai’. | Yan: “Saya hanya mampu jerit Allah banyak kali sebaik mengangkat jasad arwah kerana boleh dikatakan setiap hari tengok (lihat) dia bermain di kawasan rumah,” kata Abdul Arif Tahir, 24, saksi yang menemukan kanak-kanak yang lemas sdi Sungai Kampung Perupok, hari ini. Jasad kanak-kanak lelaki, Mohd Hafiz Izzan Awari, 6, yang terjatuh ke dalam sungai itu ditemukan jam 10.05 pagi tadi selepas operasi mencari dan menyelamat dilancarkan pihak berkuasa sejak jam 6.45 petang semalam. Menurut Abdul Arif, dia dan rakannya, Mohd Rosdi Othman, 35, menyertai SAR sejak petang semalam dan kembali menyambung pencarian pagi…
Tersalah Guna Perkataan “LAHABAU”. Ini Penjelasan Ahli Parlimen Kulai. | Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching memohon maaf atas kesilapan penggunaan bahasa ketika memuat naik bahan kempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Ini selepas bekas timbalan menteri pendidikan itu memuat naik poster yang memaparkan perkataan ‘Lahabau Melaka, Jom Undi’ pada profil Facebooknya. Menulis di Facebook, Nie Ching mengakui dia tidak memahami maksud sebenar perkataan dalam loghat negeri Melaka itu. “Saya cuma ingin berkempen melalui “frame” percuma yang boleh didapati di dalam Facebook tanpa memahami maksud sebenar perkataan tersebut. “Dengan ini, saya dengan penuh rendah hati, memohon maaf atas kekhilafan…
Lelaki Berang Tendang Pintu Kereta Seorang Wanita Kerana Kerap Break. | Johor Bahru: Gaya pemanduan seorang wanita yang didakwa selalu membrek kenderaan ketika di jalan raya, mencetuskan kemarahan seorang lelaki yang kemudian menendang pintu kereta mangsa hingga kemek. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, berdasarkan dua video tular yang berdurasi 11 dan tujuh saat di media sosial pada 4 November lalu, memaparkan seorang lelaki menendang sebuah kenderaan di Stulang Laut dekat sini. Menurutnya, siasatan awal terhadap video itu mendapati kejadian terbabit berlaku kira-kira 10.19 malam pada 31 Oktober lalu. “Mangsa seorang wanita memandu kereta jenis…
Seorang Lelaki Nyaris Terbabas Cermin Kereta Pecah Dibaling Batu. | KUBANG PASU: Seorang lelaki yang memandu sebuah kereta nyaris terbabas apabila cermin hadapan keretanya pecah setelah dibaling beberapa ketulan batu ketika melalui Kilometer 32.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara di sini semalam. Mangsa, Mohd. Rayyan Iskandar Harraz, 22, dari Langkawi berkata, kejadian itu berlaku ketika dia bersama tiga rakannya menaiki kereta jenis Perodua Myvi tersebut yang dalam perjalanan ke Perlis pada pukul 12.53 tengah hari. “Tiba-tiba, ada beberapa ketulan batu jatuh dari sebuah jambatan di tempat kejadian dan pada awalnya kami sangkakan mungkin hanya ketulan batu yang jatuh. “Namun, ketika…
Lelaki Hilang 2 Hari Akhirnya Ditemukan Maut Dalam Kemalangan. | Beaufort: Lelaki yang dilaporkan hilang sejak 5 November lalu ditemukan maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kampung Saga-Saga Pimping, Membakut, di sini, hari ini. Dalam kejadian pada 6.50 pagi, mayat R Kamlayswaran, 50, ditemui orang awam dipercayai lemas selepas terhumban ke dalam parit di tepi jalan berkenaan. Pemangku Ketua Polis Daerah Beaufort Asisten Superintendan Dublin Patrick Rudes berkata, pihaknya menerima maklumat awam memaklumkan penemuan mayat mangsa terbabit. Katanya, mangsa yang menunggang motosikal Honda Wave dipercayai dalam perjalanan ke arah Kuala Penyu sebelum disyaki hilang kawalan dan terbabas ke dalam parit.…
Pilihan Raya Negeri MELAKA. Ini Tindakkan ‘YB VIRAL’. | PENGKALAN BATU: Persoalan ke mana hala tuju bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang terjawab selepas dia mengumumkan akan tetap mengambil bahagian sebagai calon Bebas. Malah, Norhizam turut meletakkan keyakinan lebih 80 peratus untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandangnya selepas menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 lalu atas tiket Pakatan Harapan (PH). Katanya, logo yang akan dipertaruhkan pada pilihan raya itu nanti diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas selesai menghantar borang penamaan calon…
Kanak-Kanak Lelaki Ditemui Lemas Dalam Kolam Renang. | TANJUNG MALIM – Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun sembilan bulan ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam renang di rumahnya di Kampung Balun, Slim River di sini semalam. Rayyan Mikhail Azmi disahkan meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi hari ini ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh. Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, kanak-kanak terbabit disedari tiada di dalam rumah sebelum mangsa ditemui tersembam oleh bapanya dalam kolam renang tersebut. Katanya, mangsa yang tidak sedarkan diri itu…
Lelaki Terkejut Temui Beruang Menikmati Makanan Di Dalam Rumah. | Sebuah rakaman video menunjukkan seekor beruang ditemui sedang makan sebaldi Ketucky Fried Chicken (KFC) di dalam sebuah rumah di Sierra Madre, California. Pemilik rumahnya, John Holden, sedang pulang ke rumah apabila dia melihat makhluk itu di kaunter dapurnya. Holden juga berkata dia melihat seekor beruang di luar rumahnya dan seekor lagi berada di dalam, lapor Daily Mail. Katanya, terdapat seekor beruang berada di luar halaman rumahnya manakala seekor lagi berada di dapur. Dia cuba menghalau anak beruang itu dengan menghasilkan bunyi yang kuat. Menerusi laporan Daily Mail, John Holden mendapati…