Kanak-Kanak Autisme Ditemukan Meninggal Dunia Dalam Van. | SEREMBAN: Seorang kanak-kanak perempuan autisme berusia lapan tahun ditemukan maut selepas dipercayai ditinggalkan selama tiga jam si dalam sebuah van di Taman Nusari Bayu 2, Bandar Sri Sendayan, di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, mangsa yang mempunyai kad orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran itu ditinggalkan tanpa sengaja oleh seorang pemandu van yang diberi tanggungjawab menghantar mangsa. Beliau berkata, satu laporan polis berhubung kematian kanak-kanak autisme itu diterima pada pukul 7.46 malam tadi. “Siasatan awal mendapati mangsa sepatutnya dihantar ke Pusat Jagaan Harian di…
Author: Admin Soleh
KKM Henti Pengesanan Covid Pelancong ke Langkawi. | PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) membuat keputusan menghentikan keperluan ujian pengesanan COVID-19 sebelum pelancong memasuki Pulau Langkawi, berkuat kuasa serta-merta. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata namun sebagai langkah mengukuhkan tindakan kesihatan awam, pelancong yang mahu memasuki pusat peranginan itu digalakkan untuk menjalani ujian kendiri sebelum memulakan perjalanan ke pulau berkenaan. “Setakat Ahad lalu, seramai 54,341 pelancong sudah menjalani ujian pengesanan COVID-19 dan hanya 216 (0.4 peratus) dikesan positif. “Hanya seorang pelancong yang mengalami gejala ketika berada di Langkawi dan didapati positif COVID-19 melalui ujian RT-PCR. Hasil siasatan mendapati punca jangkitan bukan di Langkawi.…
Marah Kerana Tak Dapat Wang. Lelaki Bakar Rumah Ibu. |KLANG : Seorang lelaki ditahan apabila disyaki membakar rumah ibunya selepas tidak mendapat wang di Jalan Iskandar, Kampung Bukit Kapar, di sini petang semalam. Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, penganggur berusia lingkungan 30-an tersebut ditahan di sekitar tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang wanita yang bekerja sebagai kerani memaklumkan rumahnya telah terbakar pada pukul 3.30 petang. “Pengadu yang berada di tempat kerja segera pulang dan mendapati api sedang marak dan pihak bomba sedang berusaha memadam api. “Hasil siasatan…
VIDEO. Lelaki Cedera Dipukul Jiran Kerana Dituduh Curi Wifi. | Seorang lelaki di Desa Karanganyar, Indonesia dilaporkan menjadi mangsa amukan jirannya dan dipukul sehingga cedera kerana dituduh mencuri Wifi jirannya itu. Kejadian berkenaan tular di media sosial memaparkan seorang lelaki memakai topi keledar datang ke rumah mangsa dengan menunggang motosikal. Ketika tiba di rumah mangsa, lelaki berkenaan bertindak menghentak pagar dengan menggunakan kapak yang dibawa olehnya. Setelah pagar rumah mangsa terbuka, lelaki tersebut kemudiannya masuk dan terdengar bunyi seperti sedang bergaduh dari dalam rumah itu. Lapor Tribun News, mangsa dikatakan cuba untuk melawan sambil memegang penyapu sebagai alat untuk mempertahankan…
PM Serah Surat ‘Naik Taraf’ Kepada DS Anwar Ibrahim. | Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob semalam menyerahkan surat pengesahan untuk menaik taraf pejabat ketua pembangkang menjadi setaraf dengan pejabat menteri. Menurut Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke dengan perubahan itu Anwar Ibrahim akan mendapat pelbagai kemudahan seperti seorang menteri. Menurut hantaran ahli parlimen Seremban itu lagi, perubahan kedudukan itu dimaklumkan sendiri Ismail Sabri kepada Anwar sebelum mesyuarat kedua Jawatankuasa Pemandu Memorandum Persefahaman (MOU) Transformasi dan Kestabilan Politik di antara kerajaan pusat dengan Pakatan Harapan (PH). Pertemuan tersebut diadakan di di Bilik Mesyuarat Parlimen petang semalam. “Sebelum mesyuarat bermula, PM menyerahkan surat…
Tiket Penerbangan Sabah Sarawak Mahal. Ini Puncanya. | KUALA LUMPUR: Isu tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak yang didakwa terlalu mahal dibangkitkan di Dewan Rakyat, di sini hari ini. Perkara itu disuarakan Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni dalam soalannya kepada Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Henry Sum Agong yang ingin tahu mengenai langkah kerajaan untuk mengurangkan harga tiket penerbangan dari Sarawak ke Semenanjung dan Sabah yang sangat mahal ketika pandemik COVID-19 dan mengenai langkah pemulihan bagi perkara itu. Menjawab soalan berkenaan, Henry menjelaskan harga tiket penerbangan domestik bagi laluan ke Sabah dan Sarawak akan kembali ke paras purata apabila jumlah…
Kahwin Dengan Menteri. Ini Jawapan Erra Fazira Buat Ramai Terkejut. | KUALA LUMPUR: Pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Erra Fazira, 47, sekali lagi berdepan gosip panas kononnya mendirikan rumah tangga dengan seorang VVIP berstatus Menteri. Ironinya, gosip kahwin bukan perkara baharu dalam kanvas seni ibu kepada Engku Aleesya Engku Emran ini. Memilih tidak memberikan kenyataan panjang lebar, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek bagaimanapun meninggalkan kapsyen dalam Instagram (IG) seolah-olah menjawab gosip yang sedang bertiup kencang itu. “Tidak kira sejauh mana rasa penat, hidup perlu diteruskan. “Tak habis-habis cerita kahwin ini. Apa pun, orang suka bercakap, jadi biarlah mereka…
Sebuah Pesawat Ringan Terhempas. 16 Penumpang Maut. | MOSCOW – Sebuah pesawat ringan yang membawa sekumpulan penerjun udara terhempas di Rusia dan membunuh 16 penumpang serta mencederakan enam yang lain, kata Kementerian Kecemasan. Pesawat enjin berkembar jenis L-410 yang membawa 22 individu itu dilaporkan terhempas pada pukul 9.23 pagi (waktu tempatan) berhampiran dengan bandar Menzelinsk di Republik Tatarstan. “Enam individu telah diselamatkan manakala 16 lagi dilaporkan meninggal dunia,” kata kementerian tersebut pada saluran Telegram. Berdasarkan beberapa imej yang dikongsikan kementerian, bangkai pesawat kelihatan terputus dua. Sementara itu, Presiden Tatarstan, Rustam Minnikhanov yang turut bergegas ke lokasi kejadian berkata, juruterbang melaporkan…
Wad Di Sebuah Hospital Terbakar. 30 Pesakit Dipindahkan.| KLANG: Sejumlah 30 pesakit termasuk dua penjaga di sebuah hospital swasta di sini, dipindahkan selepas sebuah bilik wad terbakar, malam tadi. Turut dipindahkan adalah 20 kakitangan hospital berkenaan dan tiada kemalangan maut dilaporkan. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 11.38 malam. Susulan itu, katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi kejadian dan tiba sekitar jam 11.42 malam. “Sebaik tiba di lokasi, didapati dua bilik wad di hospital yang berkeluasan 37.161 meter persegi…
Rentas Negeri Dibenarkan. Ini Respon YB Khairy Jamaluddin. | KUALA LUMPUR: Tanggungjawab kini terletak pada anda, rakyat Malaysia! Demikian kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, mengulas kebenaran rentas negeri diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad. Menurut Khairy, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah melakukan pelbagai persediaan sekiranya berlaku peningkatan kes yang mendadak. Begitupun, tegasnya, beliau berharap rakyat Malaysia memastikan mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) supaya kenaikan kes tidak lagi berlaku. “Kita minta kepada rakyat Malaysia, tanggungjawab kini adalah atas anda. Jika anda benar-benar hargai apa yang petugas barisan hadapan lakukan sejak lebih setahun lepas, anda…