Seorang Bayi Meninggal Dunia Lepas Sejam Dilahirkan Kerana Covid-19. | SHAH ALAM – Seorang bayi perempuan meninggal dunia akibat Covid-19 selepas sejam dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Nur Firdina Anggun yang berusia 24 minggu itu dilahirkan ketika ibunya, Nur Fazwatina Md Haruji, 31, masih dalam tempoh kuarantin kerana positif Covid-19. Bapa mangsa, Nur Firdaus Ab Rahim, 30, berkata, anak bongsu mereka itu menjadi antara korban termuda sejak pandemik Covid-19 melanda negara. Menurutnya, wabak Covid-19 tidak mengenal mangsa sama ada individu terbabit petugas barisan hadapan atau tidak sebaliknya menyerang manusia dengan kejam. “Sebagai seorang anggota kereta peronda polis…
Author: Admin Soleh
Hanya Mampu Pandang Van Bawa Jenazah Suami Depan Rumah. | Pemergian insan tersayang sememangnya memberikan kesan cukup mendalam. Kini tiada lagi kedengaran suara dan gelak tawa mereka kerana yang tinggal hanya memori dan air mata sebagai peneman. Barangkali, situasi itu sedang dirasai seorang wanita yang kehilangan suami tercinta dipercayai akibat Covid-19. Seorang pengguna TikTok dikenali @raxxziey berkongsi rakaman video yang menjentik emosi warga maya. Masakan tidak, seperti kita sedia maklum waris pesakit Covid-19 mampu menatap dari jauh dan tidak berpeluang menyentuh dan cium, apatah lagi menguruskan jenazah insan tersayang. Situasi itu dapat dilihat menerusi video berkenaan apabila esak dan tangisan…
Lelaki Meninggal Dunia Hadapan Rumah Disahkan Positif Covid-19. | Sungai Petani: Lelaki yang mengadu sakit dada dan ditemukan meninggal dunia di hadapan sebuah rumah di Kampung Padang, Tikam Batu, di sini, semalam disahkan positif Covid-19. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, lelaki berusia 55 tahun itu dikenali sebagai Abdul Khani Kassim. Katanya, pihaknya menerima laporan daripada rakan mangsa berusia 64 tahun di Balai Polis Tikam Batu pada 4.50 petang selepas mendapati rakannya meninggal dunia di hadapan rumah. Berikutan itu katanya, anggota polis melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian dan mendapati jasad lelaki itu berada di atas…
Seorang Bapa Sanggup Pukul Anak Kandungnya Sampai Mati. |Seorang lelaki bergelar ayah didakwa sanggup memukul anak kandungnya yang berusia 3 tahun sehingga membawa maut di sebuah perkampungan di Pandang Panjang, Sumatera Barat pada Jumaat lalu. Berdasarkan laporan daripada Ketua Siasatan Jenayah Polis Padang Panjang, Iptu Ferlyanto Pratama berkata kejadian tersebut berlaku semasa anaknya merengek dan menangis ketika ingin membuang air kecil. Ketika waktu kejadian, si pelaku sedang tidur, secara tiba-tiba dia terjaga dan terus memarahi anaknya itu. Bukan sahaja marah tetapi lelaki ini bertindak memukul dan menolak anaknya ke dinding sehingga jatuh dan tidak sedarkan diri. Bagaimanapun, kakak ipar pelaku…
Seorang Lelaki Mahu Sebar Covid-19 Dipukul Penduduk Kampung. | JAKARTA – Seorang lelaki yang disahkan positif Covid-19 di Indonesia bertindak di luar kawalan apabila melarikan diri dari pusat kuarantin dengan niat mahu menyebarkan wabak itu kepada penduduk kampungnya, lapor laman Digtara.com. Salamat Sianipar, 45, dikatakan sengaja meludah ke atas tapak tangan untuk menyebarkan Covid-19 kepada penduduk kampung Pardomuan, Silaen, Toba di Sumatera Utara. Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram, kelihatan orang ramai memukul Salamat dengan menggunakan kayu. “Suami saya cuba untuk menyebarkan virus Covid-19 kepada orang ramai jadi dia terpaksa dipukul,” kata isteri Salamat, Risma Sitorus. Pada 21…
Seorang Lelaki Warga Emas Cuba Bunuh Diri Dengan Meminum Racun. | SABAK BERNAM – Tindakan seorang lelaki warga emas meminum racun rumpai di sebuah rumah di taman Sekinchan Jaya di sini berpunca akibat tertekan selepas bercerai dengan isterinya. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, motif tersebut diketahui hasil keterangan mangsa yang kini stabil selepas dirawat di Hospital Tanjong Karang ( HTK ). Katanya, lelaki tersebut bercerai pada April, dua tahun lalu sebelum tinggal berasingan dengan isteri serta tiga orang anak. “Berdasarkan siasatan awal, punca penceraian adalah disebabkan masalah rumah tangga. “Selepas tempoh bercerai, lelaki itu…
Seorang Lelaki Cedera Selepas Teksi Dipandunya Meletup. | SEPANG – Seorang lelaki cedera selepas teksi dipandunya meletup dipercayai berpunca daripada kebocoran gas cecair pembasmi kuman dan penggunaan pemetik api dalam kejadian di Jalan CTA 4 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada Sabtu. Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian terbabit kira-kira jam 3.30 petang mengenai sebuah teksi jenis Proton Exora meletup semasa sedang bergerak. “Siasatan pihak bomba di tempat kejadian mendapati ia berpunca daripada gas cecair pembasmi kuman yang bocor dan ketika itu pemandu sedang menggunakan pemetik api untuk membakar rokok.…
Video Aksi ‘Backflip’ Seekor Lembu Buat Ramai Terhibur. | Aksi ‘backflip’ yang dipamerkan seekor lembu semasa dibawa menaiki sebuah bot telah menarik perhatian orang ramai tatkala seluruh dunia kini sedang merasai kehangatan Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun. Klip video yang memaparkan aksi akrobatik haiwan tersebut telah dimuat naik di laman Facebook Amazing Terengganu semalam, namun tarikh sebenar dan lokasi tepat tidak dinyatakan. Menerusi klip video berdurasi lima saat itu, kelihatan seekor lembu dibawa menaiki bot berdekatan sebuah pantai. Bagaimanapun, secara tiba-tiba haiwan itu cuba melepaskan diri dengan membuat aksi akrobatik ‘backflip’ untuk terjun ke dalam laut dan tidak dapat dipastikan…
Ini Luahan Terkini Ustaz Ebit Lew Buat Ramai Orang SEBAK. | Menerusi posting yang dimuat naik oleh Ustaz Ebit Lew (UEL) di laman Instagram, pendakwah bebas terkenal itu mengatakan bahawa dia telah memaafkan semua individu yang telah memfitnah serta menjatuhkannya. Saya maafkan semua yang pernah panggil saya syaitan, dajjal, b*b*, b*d*oh, penunggang, dan lain-lain. Kita semua sebuah keluarga sampai bila-bila. Saya maafkan kerana Allah. Ujarnya lagi, dia turut memaafkan kepada sesiapa yang telah menyakitkan hati Allahyarham bapanya, isteri dan anak-anaknya serta kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam perkara berkenaan secara langsung mahupun tidak kerana niatnya hanya untuk menjelaskan segala tuduhan…
Seorang Lelaki ‘Live’ Tunjuk Babi Tumpang Tidur Di Rumah. | PETALING JAYA – Tindakan seekor babi hutan menumpang tidur di rumah seorang lelaki mencuit hati pengguna media sosial apabila lelaki itu kelihatan runsing memikirkan bagaimana hendak mengalihkan binatang liar tersebut. Menerusi satu klip video yang tular di laman sosial, lelaki berkenaan dilihat bersiaran secara langsung bersama pengikut media sosialnya sambil membincangkan cara untuk mengalihkan haiwan tersebut selain membuat lawak berkenaan situasi dialaminya. “Apa nak buat ni, macam mana nak alihkan babi ni dari rumah aku? Satu kerja pula nak cari tanah nak sertu kawasan rumah ni. Mungkin dia leka sangat…