Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Kes Caprice Dan Ebit Lew. Ini Nasihat Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. | Seremban: “Kedua-dua mereka sahabat saya dan pernah datang bertemu saya. Hal seperti ini (salah faham) seelok-eloknya berdamai,” ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau mengulas mengenai perselisihan faham antara pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dan penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice yang menarik perhatian pelbagai pihak terutama netizen selepas ia viral di laman sosial. Dr Zulkifli menasihatkan kedua-dua individu terbabit supaya dapat berlapang dada dan perselisihan antara mereka diselesaikan dengan baik. Beliau berkata, walaupun ia membabitkan hal peribadi tetapi…

Read More

Penduduk Kampung Terkejut Temui Mayat Rentung Dalam Van. | Kota Bharu: Lelaki ditemukan rentung dalam sebuah van yang terbakar di Kampung Bechah Keranji, di sini hari ini. Mangsa dipercayai dikenali sebagai Ibrahim Mohamed Noor, 59. Mayat mangsa ditemukan penduduk kampung yang ingin ke sawah, kira-kira jam 4 petang, selepas memeriksa sebuah van yang sudah hangus terbakar. Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohamad Piah berkata, mangsa ditemui di tempat duduk pemandu. Katanya, identiti sebenar mangsa sukar dikenali kerana keadaannya yang hanya tinggal rangka. “Berdasarkan maklumat daripada penduduk kampung, mereka memaklumkan ternampak kepulan asap tebal di lokasi pada petang…

Read More

Pejabat Syed Saddiq Diarah Tutup. Ini Penjelasan Ketua Polis Johor. | JOHOR BAHRU- Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak mengemukakan sebarang permohonan untuk membuat agihan berpusat di Pejabat Parlimen Muar, sebaliknya hanya membuat permohonan agihan barangan keperluan dari rumah ke rumah. Susulan itu, program agihan bantuan makanan yang dijalankannya diminta untuk dihentikan kerana tidak mendapat kebenaran daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Muar. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Syed Saddiq hanya diberi kebenaran untuk membuat agihan barangan keperluan dari rumah ke rumah dan bukannya secara agihan di Pejabat Parlimen Muar. “Tindakan untuk…

Read More

Lelaki Ini Nekad Berenang Lepas Tak Dapat Kebenaran Rentas Daerah.| GEORGE TOWN: Hanya kerana mahu bertemu rakan, seorang lelaki nekad berenang merentas Selat Pulau Pinang dari jeti feri di Tanjung City Marina di sini menuju ke Seberang Perai, pada Isnin. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata lelaki berusia 28 tahun itu berbuat demikian selepas gagal mendapatkan kelulusan rentas daerah daripada polis kerana tiada alasan munasabah. Soffian berkata lelaki itu bagaimanapun kemudiannya berpatah balik menghala ke jeti kerana keletihan sebelum diselamatkan petugas Penang Port Sdn Bhd dalam kejadian jam 6 petang itu. “Berdasarkan temu bual yang dijalankan,…

Read More

Ibu Tak Lepas Pandangan Lihat Jenazah Anak Dikebumi. | Kuala Terengganu: Hati ibu mana yang tidak luluh apabila mendapat perkhabaran anak kandungnya pergi menghadap Ilahi selepas sekian lama tidak bertemu. Lebih memilukan apabila jenazah anaknya itu tidak dapat ditatap dan dikucup buat kali terakhir sebelum dimasukkan ke liang lahad. Meskipun berat untuk menerimanya, Lijah Hitam, 74 tiada pilihan kecuali reda dengan suratan takdir yang anak keempatnya, Ahmad Mukri Aziz, 41 meninggal dunia akibat Covid-19. Kisah Lijah mendapat perhatian netizen selepas video wanita itu menyaksikan proses pengebumian Ahmad Mukri daripada luar pagar tanah perkuburan tular di laman sosial. Video itu dimuat…

Read More

Guru Ditemui Meninggal Dunia Atas Sofa Rumah Miliknya. | Alor Gajah: Penantian 20 pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di sini, untuk menjawab soalan Matematik dalam talian tidak menjadi kenyataan selepas guru lelaki yang menyediakan soalan itu ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Ilmu Lendu, hari ini. Pelajar berkenaan dijadualkan menduduki peperiksaan penggal pada jam 10 pagi ini tetapi guru berkenaan tidak memuatnaik soalan, menyebabkan mereka menghubungi guru lain. Sumber berkata, beberapa guru cuba menghubungi telefon bimbit guru berusia 57 tahun itu tetapi tidak dijawab, sebelum beberapa guru rapat dengannya ke kediamannya di sebuah kampung di Lendu, di sini.…

Read More

NGERI. Kipas Siling Tiba-Tiba Jatuh Nyaris Timpa Kepala Budak. | Satu video yang memaparkan kipas yang tergantung di siling secara tiba-tiba terjatuh ketika sebuah keluarga sedang makan telah menjadi tular di media sosial. Video tersebut bermula dengan pemandangan sebuah keluarga yang sedang asyik menjamah makanan bersama di ruang tamu rumah mereka. Kemudian, secara tiba-tiba kipas yang tergantung di kawasan tempat mereka menjamah makanan itu telah terjatuh. Tidak dapat dipastikan di mana kejadian tersebut berlaku namun mujur kipas itu tidak mengenai dan mencederakan kesemua mereka. Video tersebut lantas menjadi tular, sehingga kini ianya telah ditonton lebih 250 ribu kali. View…

Read More

Covid-19. Doktor Ini Kongsi Kisah Sedih 3 Ibu Hamil Meninggal Dunia. | PETALING JAYA: Pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Samhan Awang berkongsikan kisah sedih mengenai ibu yang bersalin di hospital hari ini. Katanya, seramai tiga ibu hamil yang bersalin menggunakan kaedah caesarean telah meninggal dunia akibat Covid-19. “Belum sempat cium anak dan anak belum kenal ibunya,” katanya di akaun Facebook miliknya. Perkara itu disahkan oleh salah seorang netizen, Noreen yang mengakui salah seorangnya merupakan kakak angkatnya. Ia menyentuh hati Ziela Yusoff yang sedang sarat mengandung ketika ini. “Risau bila dengar berita begini doktor..saya pun bersalin juga, masih bekerja…

Read More

Bayi Lelaki Meninggal Dunia Akibat Covid-19. ALLAHU. | KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki dilaporkan meninggal dunia akibat COVID-19 dan menjadi korban termuda sejak pandemik itu melanda negara. Kisah sedih kematian bayi berusia 38 minggu itu dikongsikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi Facebook hari ini. Menerusi perkongsian di media sosial itu, jenazah bayi terbabit dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selaseh dekat sini, malam tadi. Lebih meruntun hati, ibu bayi terbabit kini bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di Ampang, manakala bapa dan lapan lagi anak mereka sedang menjalani kuarantin di rumah. “Ya Allah…sayu…

Read More

Seorang Penyanyi Ditembak Mati Ketika ‘Live’ Di Instagramnya. | LOS ANGELES: Penyanyi rap, Indian Red Boy atau nama sebenarnya Zerail Dijon Rivera, ditembak tiga kali di kepala ketika melakukan penggambaran langsung di Instagramnya. Mangsa berumur 21 tahun. Memetik laporan Daily Star, dia disahkan meninggal dunia sebelum polis tiba di lokasi kejadian di bandar Hawthorne, California. Polis mendapati tubuhnya tersandar di tempat duduk keretanya selepas ditembak tiga kali di kepala. Ketika kejadian mangsa sedang bersiaran langsung di Instagram bersama personaliti media personality Kapone apabila serangan itu berlaku. Peminat yang menyaksikan lintas langsung itu boleh mendengar bunyi tembakan maut yang membunuh mangsa.…

Read More