Isu Kebun Durian Haram. Ini Tindakkan SEBENAR Kerajaan Negeri. | KUANTAN – Tindakan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tidak berkrompomi dengan mana-mana pihak yang meneroka tanah secara haram di Pahang adalah keputusan tepat dan berpaksikan kepada kedaulatan undang-undang. Exco Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, tindakan itu bagi menyelamatkan tanah dan hak kerajaan negeri. Menurutnya, tanah itu harus dikembalikan kerana ia boleh mendatangkan manfaat kepada rakyat dan Pahang di masa akan datang. “Tindakan ini juga bukan dendam mahupun bersifat rasis, lagi perkauman seperti yang digemburkan oleh mereka yang berniat…
Author: Admin Soleh
Mungkin Ini Pendapatan Pekebun Haram Musang King Untuk 1 Musim. LUMAYAN!| KUANTAN: Seorang penulis menggunakan nama ‘Rencana Kita’ mendakwa pekebun haram durian Musang King di tanah seluas 101.17 hektar di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub, dekat sini memperoleh keuntungan RM420 juta untuk satu musim pengeluaran raja buah itu. Kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook itu menyebut, pekebun terlibat diminta supaya jangan hanya ambil kira soal kerugian yang terpaksa ditanggung ketika ini, tetapi langsung tidak menyentuh keuntungan yang diperoleh selama ini. “Saya ambil contoh, dalam tempoh 10 tahun mereka beroperasi di kawasan itu, berapa keuntungan mereka…
Tular Video Sekumpulan Pekerja Kilang Lari Panjat Pagar. | SHAH ALAM – Sekumpulan pekerja yang tular dikatakan memanjat pagar dari sebuah premis menjalankan perkhidmatan kurier di Seksyen 22 bukan disebabkan operasi penguatkuasaan sebaliknya panik bunyi penggera kebakaran. Kejadian berlaku antara pukul 4.30 hingga 5 petang tadi sebelum tular di laman sosial menerusi satu video berdurasi 56 saat. Berdasarkan video tersebut, perakam berkenaan menyatakan operasi berlaku di kilang berkenaan sehingga menyebabkan pekerja sanggup melompat pagar sebelum mereka melarikan diri kawasan perumahan. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku disebabkan masalah pada penggera kebakaran.…
Wanita Panjat Pagar Lari Dari Pusat Kuarantin. |Padawan: Polis sedang mengesan pesakit Covid-19, Rozila Mohd Jaya, 31, yang dipercayai melarikan diri dari Pusat Kuarantin Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) di Jalan Puncak Borneo di sini, hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata, usaha mengesan Rozila, berasal dari Kampung Semariang, Petra Jaya sedang giat dijalankan. “Kami menerima laporan berkaitan kes ini jam 10.50 pagi dan kehilangannya disedari oleh petugas kesihatan. “Wanita itu sepatutnya menjalani tempoh kuarantin di Pusat Kuarantin KSKB bermula 6 Jun lalu sehingga 13 Julai ini. “Dia dipercayai melarikan diri dengan memanjat pagar…
69 Orang Penduduk Lari Ketika Berangkat Ke Pusat Kuarantin. | Kota Kinabalu: Seramai 69 penduduk Pulau Gaya, di sini, diburu selepas dikesan melarikan diri dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Pondo, di pulau itu, hari ini. Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, usaha menjejaki 69 penduduk terbabit sedang giat dilakukan anggota dari Balai Polis Pulau Gaya. Dalam kenyataan medianya malam ini, beliau berkata, penduduk terbabit dipercayai melarikan diri ketika berangkat ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah Covid-19 (PKRC). Berikutan itu, katanya kerajaan negeri menggesa penduduk terbabit atau sesiapa saja yang melarikan diri dari kawasan…
3 Kanak-Kanak Bersama Nenek Lemas Ketika Selamatkan Diri. |KOTA KINABALU – Tiga kanak-kanak bersama nenek mereka lemas selepas perahu yang dinaiki mereka terbalik ketika menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran di perkampungan atas air di Kampung Tanjung Aru Baru pada awal pagi Selasa. Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, tiga kanak-kanak berusia antara satu hingga lima tahun bersama nenek mereka berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung. Menurut Siti Fatimah Yusuf, 27, ketika kejadian, semua penduduk sedang menyelamatkan diri selepas api dilihat semakin marak dan merebak di kawasan penempatan mereka. “Ketika itu, saya naik perahu lain manakala anak perempuan saya berusia…
Seorang Lelaki Orang Asli Cedera Parah Diserang PAK BELANG. | GUA MUSANG: Seorang lelaki Orang Asli cedera parah di kepala, mata dan badan akibat dicakar harimau belang ketika berada di kebun ubi kayu di Kampung Badak, Pos Bihai di sini, petang semalam. Adin Andok, 48, terpaksa menahan sakit selama 15 jam sebelum tiba di Hospital Gua Musang menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan seterusnya dirujuk kepada Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, pagi ini. Dalam kejadian pukul 3 petang semalam, mangsa dikatakan pergi ke kebun ubi kayunya seorang diri untuk membersihkan kawasan kebun itu yang hanya terletak 500 meter dari…
Bersantai Di Luar Balkoni. Akhirnya 5 Wanita Ditahan Polis. | Johor Bahru: Polis menahan lima wanita warga Indonesia susulan tular video dipercayai berada di luar balkoni dalam kejadian di Taman Sri Bayu Puteri, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, mereka yang berusia 20 hingga 26 tahun itu ditahan kira-kira jam 12.10 tengah hari tadi. Katanya, hasil semakan mendapati kejadian itu berlaku di tingkat enam sebuah pangsapuri kira-kira jam 10 pagi, semalam. “Bertindak atas maklumat, sekumpulan anggota polis dari Balai Polis Taman Pelangi, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru…
Musnah Kebun Haram Musang King. Ini Jawapan MB Pahang. | KUANTAN: Operasi penguatkuasaan memusnahkan kebun haram durian Musang King dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di Raub, dekat sini semalam diharap tidak dijadikan isu perkauman. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sebelum ini, kerja-kerja penguatkuasaan turut dilakukan di Sungai Ichat (terdapat pekebun India) dan Lembah Bertam (pekebun Cina) di Cameron Highlands serta di Kechau, Lipis (pelombong emas Melayu). Beliau berkata, ia adalah operasi penguatkuasaan biasa tetapi mendapat tentangan serta provokasi dengan kata-kata kesat dikeluarkan ke arah pegawai dan kakitangan penguat kuasa. “Atas dakwaan kononnya operasi penguatkuasaan…
Seorang Lelaki Kelar Leher Sendiri Kerana Susah Tidur. | Port Dickson: Akibat menghadapi masalah tidur dan terlalu banyak berfikir, seorang lelaki berusia 36 tahun parah selepas mengelar lehernya sendiri menggunakan sebilah pisau. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki yang tinggal di Bandar Sunggala itu dikejarkan ke Hospital Port Dickson untuk menerima rawatan lanjut selepas insiden berkenaan. “Pihak polis menerima panggilan semalam sekitar jam 9.20 pagi memaklumkan seorang lelaki mengelar lehernya. “Mangsa berusia 36 tahun yang juga seorang peniaga restoran di Teluk Kemang, Port Dickson sudah berkahwin dan mempunyai empat anak,” katanya dalam satu kenyataan media,…