Author: Admin Baik

Khairul Hafizi atau lebih dikenali sebagai Admin Baik merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2021.

Kesihatan Najib Agak Teruk, Ini RAYUAN Daripada Keluarga Najib.. | Atas dasar kemanusiaan, keluarga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merayu kepada pihak penjara dan kerajaan agar membenarkan beliau menerima rawatan dan pemerhatian perubatan yang sewajarnya. Menerusi hantaran dimuat naik oleh anaknya Nooryana Najwa memberitahu, doktor menemui banyak ulser baharu di bahagian dalam perut bapanya yang merupakan masalah sama berulang sejak lebih 15 tahun lalu. Nooryana berkata, perkara itu menyebabkan Timbalan Pendakwa Raya memberitahu hakim pagi ini bahawa kesihatan Najib tidak berada dalam keadaan baik dan perlu dihantar ke hospital. “Daddy (Najib) ada buat endoskopi hari Sabtu lepas,…

Read More

Bekas Stesen Minyak Ini Didakwa Berhantu, Ini Ceritanya.. | Kisah seram melibatkan bekas tapak stesen minyak terletak di Salor, Kota Bharu, Kelantan kini hangat diperkatakan di media sosial. Terdapat dakwaan mengatakan pernah terserempak beberapa kereta singgah ke stesen minyak tinggalan itu, kelihatan seolah-olah sedang membayar untuk mengisi minyak. Pemilik Facebook Yusal Mastura Yusoff melalui satu hantaran berkata, hakikatnya stesen minyak tersebut sudah lama menghentikan operasi. “Memang pelik bila lalu dua tiga kali tengok orang masuk macam tengah isi minyak sedangkan ia sudah tutup. Maghrib pun ada kereta masuk parking macam nak isi minyak. “Ada kemungkinan orang jauh, kalau dekat semua…

Read More

Tukang Sihir Rusia Dedah Sukar Sihir Orang Islam, Ini Sebabnya.. | Tular sebuah video di Twitter baru-baru ini mengenai seorang penyihir Rusia, Zhanna Kushnir menceritakan pengalamannya dalam sebuah wawancara mengakui dirinya sukar untuk menyihir orang Islam yang menjaga solat. Dalam video berkenaan, dia menceritakan bahawa amat sukar untuk mempengaruhi golongan Muslim ini berbanding penganut agama lain kerana bagi Kushnir, orang Islam sentiasa menunaikan solat wajib setiap hari. Tukang sihir. “Saya berhadapan dengan orang daripada pelbagai jenis agama. Sangat susah untuk saya mempengaruhi orang Islam. Mereka diwajibkan beribadah setiap hari. Maka mereka sentiasa berada dalam kubah pelindung. Tukang sihir “Sangat susah…

Read More

Ini Keadaan Kampung Kuno Muncul Semula Selepas 2,000 Tahun Tenggelam | Sebuah perkampungan ‘hantu’ dari era Empayar Rom ditemui hampir 2,000 tahun selepas ia hilang di bawah air, lapor akhbar The Sun semalam. Berdasarkan rakaman dron pada minggu lalu, kampung yang hilang itu tidak disentuh selama berabad-abad. Pekan purba itu tenggelam di bawah takungan air dekat Sungai Lima di barat laut Sepanyol. Sekitar tahun 75 Masihi, runtuhan itu dipercayai merupakan lokasi kem tentera Rom yang dinamakan Aquis Querquennis. Menurut pakar-pakar sejarah, kem purba itu dibina di Galicia, sekitar 531 kilometer (km) dari Madrid pada kemuncak Empayar Rom hampir 2,000 tahun…

Read More

Isteri Mengamuk Pukul Suami Dan Penyanyi Dangdut, Ini Puncanya.. | Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita memukul suaminya dan seorang penyanyi dangdut yang sedang berjoget di atas pentas, lapor laman berita Suara.com. Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @terangmedia. Rakaman memaparkan suasana majlis yang diadakan di sebuah kampung dengan penyanyi dangdut itu dipanggil untuk memeriahkan suasana. Penyanyi itu kelihatan menyanyi sambil diiringi dua lelaki di atas pentas. Ramai penduduk kampung menyaksikan persembahan itu termasuk sebilangan kanak-kanak yang duduk di barisan hadapan. Kelihatan seorang wanita yang marah naik ke pentas lalu memukul suaminya. Nyanyian itu…

Read More

(VIDEO) NASA Rakam Bunyi SERAM Di Lohong Hitam | Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendedahkan bunyi seram yang menakutkan yang berasal daripada sebuah lohong hitam (black hole) di gugusan galaksi, lapor akhbar The Sun semalam. Melodi tersebut dikatakan amat menakutkan seperti yang dijangka daripada sesuatu yang sangat misteri. NASA merakam audio tersebut menggunakan pelbagai gelombang bunyi dan data pintar. DENGAR RAKAMAN BUNYI TERSEBUT : NASA release sound waves of a black hole located in the Perseus Galaxy. This is what a black hole “sounds” like 😳 pic.twitter.com/AIx4VzhMHO — H0W_THlNGS_W0RK (@wowinteresting8) August 24, 2022 “Terdapat salah faham sebelum ini…

Read More

‘Abang Viva’ Antara Penerima Darjah Kebesaran Melaka, Ini Anugerah Yg Diterima ‘Abang Viva’ | Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengetuai senarai 883 penerima darjah kebesaran Negeri apabila dianugerahkan Darjah Utama Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk Seri Utama. Anugerah itu diberikan Sempena Hari Ulang Tahun ke-73 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam. Sementara itu, Darjah Gemilang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Seri dianugerahkan kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dan Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto. Prabowo telah dikurniakan anugerah tersebut pada 26 Julai lalu di Dewan Utama, Pejabat…

Read More

Najib Gagal Rayuan Akhir, Penjara 12 Tahun, Denda RM210 Juta | Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kekal dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes dana syarikat SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta oleh Mahkamah Persekutuan di sini sebentar tadi. Keputusan sebulat suara itu (unanimous) dibuat panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tengku Mat. Dalam penghakimannya, ketika membaca keputusan itu, Hakim Tengku Maimun mendapati keputusan Hakim Mahkamah Tinggi dan panel-panel Hakim Mahkamah Rayuan sebelum ini adalah selamat dan tidak perlu diubah. “Kami bersetuju bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,…

Read More

Orang Ramai PANIK Bertempiaran Lari Keluar Dari Ikea, Ini Sebabnya.. | Pengunjung sebuah pusat beli-belah Ikea di Shanghai bertempiaran lari keluar pada Sabtu lalu selepas pihak berkuasa mengeluarkan arahan perintah berkurung terhadap bangunan berkenaan, lapor stesen penyiaran CNN. Perintah itu dikeluarkan berikutan seorang kontak rapat pesakit Covid-19 didapati berada di premis itu. Berdasarkan beberapa rakaman video yang dikongsikan di media sosial, orang ramai dilihat menjerit dan saling menolak antara satu sama lain ketika cuba melarikan diri dari bangunan tersebut sebelum pintu-pintunya ditutup. Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Shanghai, Zhao Dandan berkata, pusat beli-belah itu dan kawasan sekitarnya ditutup dan dikawal ketat…

Read More

Malu Ibu Suka Kacau Suami Orang, Tindakan Anak Ini Buat Ramai SETUJU | Sebuah hantaran tular di media sosial Indonesia memaparkan luahan seorang anak yang memarahi ibunya kerana bercinta dengan lelaki yang sudah beristeri, lapor laman berita Suara.com. Hantaran itu dimuat naik dalam akaun Twitter @Askrfess. Pengguna itu meminta nasihat netizen mengenai tindakan ibunya yang mengganggu suami orang. “Saya sedih kerana ibu saya mempunyai teman lelaki. Tetapi dia bercinta dengan suami orang dan tidak pernah mendengar apabila diberi nasihat,” katanya. Kemarahannya memuncak apabila ibunya pergi ke balai polis tempat lelaki itu bekerja untuk menemaninya. “Rajin solat tetapi berkelakuan begini. Tak…

Read More