Author: Admin Baik

Khairul Hafizi atau lebih dikenali sebagai Admin Baik merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2021.

Lelaki Bikin Kecoh Baring Tengah Jalan Merajuk Dengan Kekasih | JAKARTA – Gara-gara bertengkar dengan teman wanitanya, seorang lelaki nekad berbaring di tengah jalan raya dan enggan bangun meskipun berulang kali dipujuk, lapor laman berita Suara.com hari ini. Menerusi satu klip video yang dikongsikan di laman Instagram, lelaki berseluar pendek itu dilihat berbaring di atas sebatang jalan secara tiba-tiba. Daripada reaksinya, dia kelihatan sedang bertengkar dengan seorang wanita bertudung yang membawa sebuah beg galas. Wanita itu kemudiannya dilihat cuba memujuk lelaki berkenaan, namun dia enggan bangun dari atas jalan dan terus berbaring tanpa menghiraukan orang yang lalu-lalang. Tidak lama selepas…

Read More

(VIDEO) Pengantin Cuak Kena Cari Isteri Dalam Bunjut Kain | PETALING JAYA – Tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang pengantin lelaki diminta mencari isterinya dalam kumpulan bunjut kain batik dipercayai selepas melangsungkan perkahwinan mereka. Video tersebut dikongsikan oleh pengguna di media sosial dengan dengan nama @Faizalangah46, namun lokasi kejadian tidak dapat dikenal pasti. Video berdurasi satu minit 33 saat itu menunjukkan lelaki tersebut diminta untuk mencari isterinya yang disorokkan di dalam bunjut kain bersama beberapa perempuan yang lain. TONTON VIDEO TERSEBUT : Part 1 :- Part 2 :- Part Last :- Lebih menghiburkan, pengantin itu pada awalnya tersilap…

Read More

(VIDEO) Tak Perlu Beratur Panjang, Ini Cara Bayar Saman Melalui Mesin ATM | PETALING JAYA – Tawaran diskaun saman trafik menyebabkan aplikasi MyBayar Saman sesak, bahkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara juga meriah diserbu orang ramai. Rata-rata orang ramai dilihat terpaksa beratur dan menunggu terlalu lama sebelum dapat membayar saman masing-masing. Melalui satu poster di media sosial @pdrm_trafik memaklumkan pembayaran kompaun saman juga boleh dibuat menerusi mesin juruwang automatik (ATM) Maybank bagi memudahkan orang ramai. TONTON VIDEO CARA-CARA BAYAR SAMAN TERSEBUT : Difahamkan, orang ramai boleh pergi ke mana-mana ATM Maybank yang berdekatan dan memilih saranan ‘PAYBILLS’.…

Read More

Netizen Mengucap Panjang Lihat Budak Bermain Belakang Kereta Tengah Bergerak | PETALING JAYA: Warganet meluahkan kebimbangan selepas melihat seorang kanak-kanak lelaki duduk berseorangan di belakang kenderaan pacuan empat roda tanpa pemerhatian daripada orang dewasa. Video yang tular balam laman media sosial Twitter memaparkan kanak-kanak itu bermain di belakang kereta, memanjat bumbung semasa kereta tersebut berhenti di lampu isyarat dipercayai jalan Sungai Buloh, Selangor, sebelum meneruskan perjalanan mereka. Seorang pengguna laman tersebut, BxllaAnxar mempersoal bagaimana ibu bapa kanak-kanak tersebut boleh membenarkan anak mereka duduk di bahagian luar kenderaan yang boleh mendatangkan kemudaratan. “Aku tak tahu apa dalam fikiran mak bapak budak…

Read More

Bilionair Terkenal Cadang Berhenti Kerja, Mahu Jadi ‘Influencer’ Media Sosial | NEW YORK: Bilionair, Elon Musk bercadang untuk berhenti kerja dan menjadi pempengaruh media sosial selepas menjual saham syarikatnya bernilai AS$1 bilion (RM4.2 bilion). Lapor Daily Mail, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla berusia 50 tahun itu membuat ciapan dalam Twitter dengan bertanyakan 65.8 juta pengikutnya mengenai idea meletakkan jawatan dan memberi fokus kepada media sosial. Idea itu muncul selepas Musk yang merupakan individu paling kaya di dunia menjual 934,091 unit pegangan saham dalam syarikat pembuat kenderaan elektrik tersebut. “Saya sedang berfikir untuk berhenti kerja dan menjadi pempengaruh sepenuh masa. Apa pendapat…

Read More

Tak Jawab Panggilan Telefon, Isteri Ditemui Mati Dalam Rumah | SITIAWAN: Kebimbangan seorang lelaki akan keadaan isterinya apabila panggilan telefon beliau tidak dijawab, berakhir dengan duka apabila wanita warga emas itu ditemukan meninggal dunia di Kampung Koh, di sini, hari ini. Difahamkan, wanita berusia 68 tahun itu tinggal berasingan dengan suami, kerana mangsa menjaga ibunya berusia 80-an yang uzur dan terlantar. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan, Firdaus Mohd Ziker, berkata terdahulu suami mangsa yang bimbang dikatakan segera ke rumah mentuanya untuk mengetahui keadaan isteri. Bagaimanapun, katanya, mangsa tidak menyahut apabila dipanggil, manakala pintu rumah juga berkunci dari…

Read More

Lelaki Terima 10 Suntikan Vaksin Covid Dalam Masa Sehari, Ini Puncanya.. | SEORANG lelaki di New Zealand dikesan telah menerima sebanyak 10 suntikan vaksin Covid-19 dalam sehari. Menurut Pengurus Kumpulan Operasi Program Vaksin negara itu, Astrid Koornneef, tindakan lelaki tersebut ‘bagi pihak’ orang lain adalah sangat mementingkan diri. Katanya, siasatan terperinci kini sedang giat dijalankan. “Kami sangat mengambil berat tentang situasi ini dan kami sedang bekerjasama dengan beberapa agensi lain bagi menyiasat kejadian ini,” katanya kepada New Zealand Herald. Kementerian Kesihatan New Zealand tidak menyatakan di mana insiden tersebut berlaku. Pakar vaksin Prof Madya Helen Petousis-Harris menyifatkan tindakan tersebut sangat “mementingkan…

Read More

Batal Perkahwinan, Wanita Jual Cincin Untuk Bantu Jiran Susah | JAKARTA – Seorang wanita yang membatalkan perkahwinannya bertindak menjual cincin pertunangannya, lalu menggunakan wang tersebut untuk membeli barangan keperluan asas dan diberikan kepada jiran yang kurang berkemampuan, lapor laman berita Suara.com. Kejadian itu diceritakannya menerusi ciapan di akaun Twitter bernama @FOOD_FESS. Menurut wanita tersebut, dia memutuskan tali pertunangan kerana bekas tunangnya berlaku curang dan ditangkap bersekedudukan dengan wanita lain. “Pernikahan dibatalkan kerana lelaki itu ditangkap tidur dengan perempuan lain. Akhirnya, saya jual cincin pertunangan kami. “Saya menggunakan wang itu untuk membeli barangan keperluan asas dan mengagihkannya kepada jiran yang kurang…

Read More

Tular Lelaki Terjun Tasik Cermin. MB Ipoh Beri Amaran. | Satu rakaman video seorang lelaki disyaki terjun ke Tasik Cermin menjadi tular di aplikasi TikTok sejak semalam. KUALA LUMPUR: Tasik Cermin merupakan lokasi pelancongan tumpuan di Ipoh, menggamit ramai pencinta alam untuk menyaksikan sendiri keindahan panorama di kawasan itu. Boleh dikatakan setiap minggu, ada sahaja pengunjung di sana dan keindahan tasik itu banyak dikongsikan di media sosial, menjadikannya semakin popular dari hari ke hari. Begitupun, ada satu insiden kurang menyenangkan berlaku di tasik tersebut baru-baru ini. Satu rakaman video seorang lelaki disyaki terjun ke Tasik Cermin menjadi tular di aplikasi…

Read More

Guru Cetus Islamophobia Disiasat Polis Perancis | LONDON: Seorang guru sekolah di Perancis digantung kerja dan disiasat oleh polis selepas tuduhan oleh pelajar Islam yang mengatakan dia taksub dengan agamanya. Daily Mail melaporkan, pelajar di Sekolah Katolik Joseph-Wresinski d’Angers di bandar Angers membuat aduan rasmi itu kepada polis tempatan. Pelajar itu mendakwa guru berkenaan berkata, pelajar Islam menjadi masalah jika belajar di sekolah Katolik dan mengesyorkannya ‘menukar agama’ ketika perbincangan mengenai sejarah Perancis. Pendakwa raya tempatan berkata, polis juga melancarkan siasatan terhadap aduan berkenaan. Guru terbabit, yang masih belum dikenal pasti, turut membuat aduan sehari selepas itu, mendakwa berlaku ‘kekerasan…

Read More