Langgar Peraturan, Pesalah Dihukum Duduk Dalam Kenderaan Jenazah | Pasukan petugas COVID-19 di Probolinggo, Jawa Timur mengarahkan puluhan orang yang ditangkap tidak memakai pelitup muka memasuki sebuah kenderaan mengandungi keranda, yang digunakan untuk membawa mayat pesakit wabak berkenaan. Kira-kira 50 penjual dan pelanggan di Pasar Maron semalam bergilir-gilir duduk dalam kenderaan itu untuk beberapa minit, sebagai hukuman sosial. “Kami menghukum 50 penjual dan pelanggan di Pasar Maron dengan mengarahkan mereka duduk dalam kenderaan itu,” kata penyelaras keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang pasukan petugas COVID-19, Ugas Irwanto kepada kompas.com. Sebelum memasuki kenderaan, pasukan petugas memberikan pesalah itu pelitup muka. Ugas berkata, dalam…
Author: Admin Baik
Covid-19: Kes Baharu Terus Melonjak, 100 Kes Direkodkan Hari Ini | Jangkitan kes baharu Covid-19 yang dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melonjak lagi dengan merekodkan 100 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 9,885 jangkitan wabak itu dalam negara, setakat 12 tengah hari. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 100 kes baharu yang dilaporkan, 85 kes adalah kes tempatan, manakala baki 15 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Beliau berkata, 85 kes penularan di dalam negara membabitkan 55 warga Malaysia dan 30 bukan warganegara. “Sebahagian besar kes…
Pelawak Kumin KU2 Meninggal Dunia | Pelawak Kumin atau nama sebenar, Khuzami Ismail, 49, menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Taman Lembah Maju, Ampang, tengah hari tadi. Berita sedih itu disahkan teman baik arwah, Yank Kassim yang menerima panggilan daripada isteri Kumin kira-kira 30 minit lalu. “Isteri arwah memberitahu, dia keluar membeli barang di kedai pagi tadi. Sekembalinya ke rumah, dia mendapati Kumin terbaring di lantai dengan wajah kebiru-biruan. “Setahu saya, arwah sudah sihat selepas dimasukkan ke hospital, akhir Julai lalu akibat sesak nafas, angin pasang dan air berlebihan dalam badan. “Selain itu, arwah berhadapan masalah pergerakan badan yang terhad,”…
KKM Cadang Lanjutkan PKPP | Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi saranan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi melanjutkan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang dijadualkan akan berakhir pada 31 Ogos ini. Menteri Kesihatan, Datuk Sri Dr Adham Baba berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan Covid-19 akan berlangsung tidak kurang dua tahun, selain negara perlu membuat persiapan bagi menghadapinya. “Dua tahun makan masa yang lama. PM (Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin) pun ada melancarkan kebudayaan norma baharu, rakyat perlu faham bahawa perlu sama-sama tangani penularan Covid-19. “Untuk PKPP akan berakhir 31 Ogos ini yang diumumkan PM, Kementerian Kesihatan sudah pun membuat…
Gara-Gara Takut Katak Masuk Rumah, Wanita Panggil Bomba | Hanya kerana geli dengan katak, seorang wanita meminta bantuan pihak bomba bagi menangkap haiwan berkenaan yang memasuki apartmen di Bukit Indah, Ampang, semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ampang Ariff Mohamed Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.37 malam. “Kami menerima panggilan daripada seorang wanita berusia lingkungan 20-an memaklumkan ada seekor katak ‘besar’ memasuki apartmennya sebelum enam anggota bersama satu jentera dikejarkan ke lokasi. “Sebaik tiba, kami mendapati terdapat tiga wanita di dalam apartmen berkenaan dengan dua daripada mereka dilihat berada di kerusi meja makan serta sofa,” katanya ketika dihubungi…
Anak Tuntut Harta, Ibu Tak Halal Air Susu | Lombok: “Saya tidak maafkan dia. Dia harus bayar air susu saya. Saya penat menjadi ibu, saya bosan,” kata Praya Tiningsih, 52, yang ditujukan khas kepada anaknya, Rully Wijayanto. Tiningsih berkata demikian selepas Rully, 32, menuntut pembahagian harta pusaka membabitkan tanah seluas 4.2 ekar, rumah serta wang pencen. Wanita yang berasal dari Semayan, Lombok Tengah itu menolak pembahagian berkenaan dan tidak juga menerima konsep perdamaian dicadangkan Rully, mengkhusus kepada empat perkara. “Saya tolak perkara pertama. Dia tetap mahu tanah tetapi wasiat bapanya (tanah) tidak boleh dibahagikan,” katanya seperti dilapor Kompas. Dalam permohonan…
Covid-19. Pegawai Kanan Polis Sah Positif | Seorang pegawai kanan polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda disahkan positif Covid-19. Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pegawai terbabit berpangkat Asisten Superintendan dan sudah menjalani proses kuarantin. Katanya, berikutan itu, pihaknya sudah melakukan proses sanitasi terutamanya di tempat pegawai itu bertugas di IPD Kuala Muda sebagai langkah pencegahan dan kawalan. “Saya sahkan seorang pegawai saya positif Covid-19, tiada kawasan (di IPD Kuala Muda) ditutup, kita lakukan sanitasi saja,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Terdahulu, tular di aplikasi WhatsApp memaklum seorang pegawai polis…
Hina Nabi Muhammad SAW Di FB, Ribuan Orang Merusuh Di India | New Delhi: Tiga orang maut, manakala puluhan lagi cedera dalam satu rusuhan di Bangalore, kata pihak berkuasa. BBC melaporkan rusuhan disertai ribuan orang itu tercetus daripada sebuah hantaran di Facebook yang menyentuh sensitiviti umat Islam kerana didakwa menghina Nabi Muhammad SAW. AFP pula melaporkan sekurang-kurangnya 60 pegawai polis dilaporkan selepas peserta rusuhan menyerang balai polis dan membakar kenderaan. Mereka turut membakar rumah kediaman ahli politik tempatan yang anak saudara lelakinya didakwa bertanggungjawab membuat hantaran terbabit. Rakaman laporan media tempatan menunjukkan penunjuk perasaan cuba membuat kacau di balai polis…
Nenek TERKEJUT Ular Tedung Atas Badan Ketika Bangun Tidur | Jakarta: Seorang nenek terperanjat apabila menyedari seekor ular tedung melingkar di atas badannya, sebaik dia terjaga daripada tidur. Portal Kompas melaporkan pada kejadian di Jawa Barat, Indonesia itu, mangsa yang terkejut hanya mampu menjerit ketakutan bagi meminta pertolongan ahli keluarga. Akibatnya, reptilia itu ‘menyembur’ dan bisanya terkena pada bahagian mata mangsa. Susulan kejadian, ahli keluarga menghantar wanita itu ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Komander Bomba daerah Indramayu, Dedi Supriyadi berkata, ketika kejadian, ular tedung sepanjang satu meter itu melingkar di atas badan warga emas itu. “Sebaik mangsa terkejut dan…
Ini Vaksin Covid-19 Pertama Diberi Nama Sputnik V | Moscow – Vaksin pertama di dunia yang didaftarkan untuk merawat Covid-19 serta dibangunkan oleh Rusia diberi nama Sputnik V, menurut laman web rasmi vaksin pada Selasa. “Pada 1957, kejayaan pelancaran satelit buatan manusia pertama Kesatuan Soviet menjadi pemacu kepada penyelidikan ruang angkasa di seluruh dunia. “Terima kasih atas perbandingan ini, vaksin berkenaan diberi nama Sputnik V,” jelas laman web itu. Buat masa ini ada lebih 160 vaksin Covid-19 sedang dibangunkan di seluruh dunia, lapor Agensi Berita Rusia TASS. Laman web berkenaan diwujudkan untuk menyalurkan dan menyebarkan maklumat terperinci serta terkini mengenai…