Perang Pintu Gerbang Memeriahkan Suasana Aidilfitri Di Batu Pahat | Umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut Aidilfitri dalam suasana suram dengan kebanyakan tempat yang meraikan dalam perintah kawalan pergerakan (PKP) mahupun perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) akibat pandemik Covid-19. Namun, itu semua tidak mematahkan semangat umat Islam di beberapa kampung di daerah Batu Pahat untuk menyambut Aidilfitri pada tahun ini. Batu Pahat: Dengan adanya perang pintu gerbang Aidilfitri di beberapa buah kampung di Rengit, di sini akan menyemarakkan lagi kemeriahan sambutan hari raya yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi. Dalam pada itu, pintu gerbang dan dekorasi yang dihiasi…
Author: Miss Alin
Ambil Masa 17 Jam Siapkan Jambatan Compact Bailey 100 | Tindakan segera dan proaktif Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam membantu penduduk Kampung Sungai Putat dengan membina Jambatan Compact Bailey 100 telah memberikan kelegaan dan keselesaan kepada penduduk di kampung itu dan juga kampung berhampiran. Jerantut: Kepakaran 60 anggota termasuk dua pegawai pasukan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dari Skuadron Ke-9 RAJD, Kem Terendak, Melaka dan Skuadron Ke-11 RAJD (Mekanize), Kem Batu 3, Mentakab telah berjaya menyiapkan Jambatan Compact Bailey 100 di Kampung Sungai Putat, dekat sini. Jambatan sepanjang 24 meter dengan lebar lima meter itu hanya mengambil masa 17 jam untuk…
Mahu Hantar Baju, Kuih Raya Antara Alasan Rentas Daerah Dan Negeri | Seperti yang diketahui larangan pulang ke kampung halaman untuk sambutan perayaan Aidilfitri telah dilaksanakan. Hal ini bertujuan untuk memastikan kes Covid-19 di negara ini tidak meningkat dengan pantas. Meskipun begitu masih terdapat ramai yang masih ingkar dengan arahan terbabit dan mencuba merentas daerah dan negeri dengan pelbagai alasan. Petaling Jaya: Polis mengesan pengguna jalan raya menggunakan pelbagai alasan yang tidak munasabah seperti mahu menghantar baju dan kuih raya bagi membolehkan mereka untuk merentas daerah dan negeri tanpa surat kebenaran polis. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad…
Serangan Terhadap Warga Palestin, Iran Gesa PBB Kutuk Tindakan Israel | Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) kini menjadi tumpuan selepas berlaku serangan terhadap rakyat Palestin oleh askar-askar Zionis baru-baru ini di Masjid Al-Aqsa di wilayah timur Baitulmaqdis sesudah selesai menunaikan Terawikh, baru-baru ini. Iran yang dilihat proaktif terhadap insiden tersebut telah meminta PBB untuk mengutuk serangan yang berlaku yang disifatkan sebagai rejim jenayah perang. Turut dilaporkan lebih 200 cedera dalam pertempuran melibatkan penduduk Palestin serta tentera Israel di tempat ketiga paling suci bagi umat Islam selain tanah haram. Menurut jurucakap Kementerian Luar, Saeed Khatibzadeh dalam satu kenyataan, Iran mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera…
Masjid Terbesar Menjadi Pusat Vaksinasi Di Jerman | Rakyat Jerman kini boleh menarik nafas lega selepas mereka dikatakan boleh mendapatkan vaksin di kompleks masjid terbesar di Cologne , Jerman selepas ia merupakan usaha kerajaan bagi meningkatkan jumlah vaksinasi Covid-19. Tawaran tersebut dikatakan tidak terhad hanya kepada yang beragama Islam, malah turut dibuka kepada penduduk Jerman segenap lapisan masyarakat walaupun berlainan agama. Penduduk di daerah Cologne serta di beberapa daerah yang lain dilaporkan tidak perlu mendaftar terlebih dahulu bagi mendapatkan vaksin. Jerman dikatakan telah menyediakan kira-kira 2,000 vaksin AstraZeneca serta turut dilengkapi dengan lebihan dos dari pusat vaksinasi yang dibuka di…
Roket ‘Long March 5B’ Milik China Dikesan Jatuh Di Lautan Hindi | Roket angkasa milik negara China, Long March 5B telah dapat dikesan selepas ia dikatakan telah terhempas ke dalam Lautan Hindi iaitu di barat daya negara India dan Sri Langka menurut jurucakap negara China serta disahkan oleh agensi angkasa, Space-Track melalui akaun Twitternya. Roket Long March 5B yang dilancarkan di Pusat Pelancaran Angkasa Wenchang pada 29 April lalu, dikatakan telah ‘hilang kawalan’ dan memasuki atmosfera bumi pada jam 3.24 pagi waktu Britain selepas dilaporkan sebahagian komponennya telah rosak. Menurut ciapan akaun Twitter Space-Track, kapal angkasa cZ-5b (#LongMarch5B) (48275 /…
Majlis Berbuka Puasa Tidak Patuh SOP, Kertas Siasatan Dibuka | Satu majlis berbuka puasa telah diadakan di sebuah hotel pada 29 April yang lalu. Majlis Berbuka Puasa Dan Rapatkan Saf 2021 itu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Pihak berkuasa akan merujuk kertas siasatan bagi kes itu ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) minggu depan. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan sedang dilengkapkan dan dirujuk ke Pejabat TPR untuk arahan selanjutnya. Setakat ini 17 orang sudah dipanggil memberi keterangan termasuk penganjur bagi membantu siasatan. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen…
Lebih 100 Kenderaan Cuba Rentas Negeri Pulang Beraya Di Kelantan Gagal | Beberapa hari sahaja lagi umat islam dunia akan menyambut kedatangan bulan syawal maka berakhirlah bulan ramadan yang penuh keberkatan ini. Dengan itu ramai anak perantau yang cuba untuk pulang ke kampung halaman bagi melepaskan kerinduan kepada ibu bapa dan meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama dengan mereka. Lebih daripada 100 kenderaan telah diarahkan untuk berpatah balik oleh pihak berkuasa apabila mendapati mereka ini cuba untuk merentas negeri tanpa kebenaran ke Kelantan. Dipercayai mereka ingin merentas negeri untuk pulang beraya di kampung halaman. Namun mereka telah diarahkan untuk berpatah balik…
Johor Benarkan Bazar Ramadan Dan Aidilfitri Di Kawasan PKP Diteruskan | Seperti yang diketahui bermula 7 Mei beberapa mukim di Johor akan kembali ke status PKP. Hal ini menjadi kebimbangan buat sesetengah rakyat terutama peniaga berikutan akan berlaku penutupan bazar Ramadan dan Aidilfitri. Namun, orang ramai boleh menarik lafaz lega selepas Kerajaan Negeri Johor membenarkan bazar ramadan dan Aidilfitri di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diteruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Ayub Jamil berkata, keputusan itu dibuat oleh kerajaan negeri selepas perbincangan lanjut dilakukan. Katanya, Kerajaan Johor memutuskan bazar…
Pengurus Sebuah Pusat Tahfiz Didakwa Cedera, Rotan Pelajar | Khalifah Media Networks – Ibu bapa semestinya inginkan anak-anak mereka menjadi seorang yang baik akhlaknya dan menjadi seorang insan yang berjayaa dunia dan akhirat. Justeru itu, mereka menganggap dengan menghantar anak-anak ke pusat tahfiz adalah suatu perkara yang tepat walaupun umurnya masih kecil. Namun, sebaliknya yang berlaku apabila pasangan suami isteri yang juga merupakan pengurus di sebuah pusat tahfiz. Mereka didakwa di Mahkamah Majistret di Ampang hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki. Baru berusia tujuh tahun pada Mac lalu. Norizan Yahaya, 52, dan suaminya Muhammad Yaqoob, 32, yang…