Syamsul Yusof dan Ira Kazar. Ini nama yang menjadi sebutan di Malaysia ketika ini. Semuanya bermula selepas Syamsul, 39, yang juga pengarah popular tanah air itu membuat pengumuman di Instagram, Jumaat lalu yang dia sudah bernikah lagi satu dengan Ira, anak kepada pelakon, Kazar Saisi. Syamsul berkata, dia melangsungkan pernikahan dengan Ira atau nama sebenarnya, Faghira Fatini, pada 6 Januari lalu di Selatan Thailand dengan berwalikan bapa Ira iaitu Kazar. Mereka dinikahkan Naib Kadi Syariah Wilayah Songkhla, Thailand, Haji Arfee-i Kayem. Sejak itu, Syamsul dan Ira dikritik hebat netizen dengan tindakannya berkahwin lagi satu itu terutama daripada isteri pertamanya, Puteri…
Author: Miss Alin
Wajah sugul pengendali Malaysia, Kim Pan-gon ketika hadir ke sidang media pasca perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF 2022 tidak menggambarkan perasaan sebenarnya. Ini kerana jurulatih dari Korea Selatan itu tetap berbangga dengan persembahan pemainnya namun ucapan maaf tetap dititipkan kepada penyokong negara susulan kegagalan mereka mara ke final. Tegasnya, apa sahaja yang berlaku pada malam ini seharusnya ditanggung olehnya dan bukan salah pemain di atas padang. “Saya sangat menghargai pemain yang sanggup mengorbankan cuti dan masa bersama keluarga demi skuad kebangsaan. Tiada kesalan dan apa apa rungutan daripada saya untuk Harimau Malaya. Kami akan belajar sesuatu daripada kempen Piala…
China memulakan pelaksanaan dasar baharu berhubung pengurusan wabak COVID-19 pada Ahad dengan menurunkan tahapnya daripada kelas A kepada kelas B. Dengan bermulanya dasar baharu itu, pelbagai pintu keluar masuk turut dibuka semula secara beransur-ansur. Di Xinjiang, empat pintu keluar masuk darat termasuk Horgos (pintu masuk dasar terbesar antara China dengan Kazakhstan), Irkeshtan, Karasu, Yarant, dan Tashken kembali beroperasi seperti biasa. Tinjauan di pintu keluar masuk Horgos mendapati, rata-rata individu yang memasuki China dengan tujuan mengunjungi saudara mara, urusan perniagaan serta membeli-belah sempena tahun baharu. Turut sama pulih secara berperingkat adalah laluan darat di wilayah Guangxi. Seiring dengn dasar pembendungan wabak…
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan negara dalam lawatan rasmi beliau ke Indonesia di Istana Bogor di sini, pagi ini. Beliau disambut Presiden Joko Widodo sejurus tiba di halaman depan diikuti lagu kebangsaan Negaraku dan Indonesia Raya, disusuli 19 das tembakan penghormatan. Ia disusuli pemeriksaan barisan kehormat dan memperkenalkan delegasi Indonesia oleh Jokowi dan delegasi Malaysia oleh Perdana Menteri. Acara ini disiarkan secara langsung menerusi YouTube Sekretariat Presiden dan siaran televisyen tempatan. Ini adalah lawatan pertama Anwar selepas dilantik Perdana Menteri sejurus Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lalu. Selepas sesi bergambar, Anwar menandatangani buku pelawat di Dewan…
Kemunculan seekor beruang dewasa di Kampung Dakoh, Pos Balar membimbangkan lebih 100 penduduk Orang Asli suku kaum Temiar kerana haiwan itu didakwa memusnahkan kubur dan memakan mayat. Dalam kejadian 27 Disember tahun lalu, penduduk mendakwa beruang terbabit menggali kubur, Amek Along, 48, selain memakan sebahagian mayat wanita itu. Suami Amek, Mazlan Aluij, 50, berkata dia menyedari kejadian kubur isterinya digali haiwan liar itu kira-kira jam 9.20 pagi pada 27 Disember lalu. Katanya, Amek meninggal pada 1 Disember 2022 akibat strok dan dikebumikan di Perkuburan Kampung Dakoh. “Jarak rumah dengan tanah perkuburan hanya 300 meter. Sudah jadi rutin kami melawat dan…
Siapa pernah mendengar peribahasa ‘nasi sudah menjadi bubur’? Secara literalnya, ini bermaksud nasi yang dimasak dengan air berlebihan akan menjadi bubur dan tidak boleh diubah semula menjadi nasi biasa. Bagi makna figuratifnya pula, peribahasa ini merujuk kepada penyesalan individu di atas tindakannya yang tidak dapat ditarik semula. Namun, kisah yang ingin kami kongsi pada kali ini bukanlah berkisarkan tindakan atau penyesalan sesiapa tetapi melibatkan satu peristiwa lucu yang tidak dapat diubah walau dengan apa cara sekali pun. Kisah ini berkisarkan situasi lucu yang dihadapi oleh seorang pemuda berasal dari Indonesia, Dadad Sesa. Dia berkongsi kisah tersebut menerusi satu video berdurasi…
China membuka semula sempadannya pada Ahad selepas tiga tahun sekatan yang dilaksanakan berikutan pandemik COVID-19. Pada 26 Dis Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China mengumumkan tahap COVID-19 diturunkan daripada Kelas A kepada Kelas B. COVID-19 telah ditukar daripada “pneumonia novel coronavirus” kepada “novel coronavirus infection,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan suruhanjaya kesihatan itu. Selain itu, China tidak akan mengenakan kuarantin ke atas mereka yang memasuki negara itu dan pesakit COVID-19 selain menarik balik dasar ketat “sifar-COVID-19”. Bagaimanapun, negara itu menghadapi peningkatan kes COVID-19 sejak beberapa minggu lalu. Beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Itali, Sepanyol, Perancis, Maghribi, Qatar, Kanada, Greece, Malaysia, Finland dan Belanda telah mengumumkan mengenai keperluan keputusan…
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemasukan pengembara asing ke Malaysia akan dikawal dengan lebih ketat tanpa menjuruskan kepada mana-mana negara, termasuk yang mempunyai kadar kes COVID-19 yang tinggi seperti China dan Amerika Syarikat (AS). Perdana Menteri berkata, masalah kesihatan rakyat adalah perkara paling utama begitu juga soal pelancongan serta pertumbuhan ekonomi sekali gus tidak boleh mengatasi kepentingan mengawal dan merawat rakyat daripada segi wabak serta jangkitan, termasuk COVID-19. Justeru, katanya, pemantauan terhadap kemasukan pengembaran itu akan terus dipantau secara telus tanpa melonggarkan syarat yang ditetapkan, antaranya pengesanan suhu badan. “Sekarang kita tidak ambil pendirian untuk mendiskriminasi mana-mana negara kerana kalau…
Seorang doktor kanan di sebuah hospital terkemuka Shanghai mendedahkan 70 peratus populasi di bandar mega itu dijangkiti COVID-19, ketika China berdepan peningkatan besar kes pandemik berkenaan, lapor media tempatan semalam. Penurunan mendadak jangkitan direkodkan selepas beberapa tahun pelaksanaan sekatan ketat dan ia mula dilonggarkan pada bulan lalu. Naib Presiden Hospital Rujin, Chen Erzhen merangkap seorang anggota panel pakar penasihat COVID-19 Shanghai, menganggarkan majoriti 25 juta penduduk bandar itu dijangkiti. “Sekarang penularan epidemik di Shanghai sangat meluas dan ia mungkin boleh mencecah 70 peratus populasi iaitu 20 hingga 30 kali ganda lebih (pada April dan Mei),” katanya ketika diwawancara Dajiangdong Studio.…
Dua varian Covid-19 iaitu BA.5.2 dan BF.7 yang merangkumi kira-kira 80 peratus daripada varian yang menular di China ketika ini, telah dikesan di Malaysia, masing-masing sejak 16 Mac dan 21 Ogos lepas. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes pertama bagi BF.7 yang dikesan pada 21 Ogos merupakan kes jangkitan tempatan, manakala kes kedua pada 6 September (kes import jangkitan dari Turkiye), dan kes ketiga pada 7 Oktober merupakan kes jangkitan tempatan. “Di peringkat global pula bagi varian BA.5.2, kemuncak penularan adalah sekitar bulan September-Oktober 2022 dengan kebanyakannya dikesan di negara seperti Afrika Selatan, England, China dan Amerika Syarikat.…