Author: Miss Alin

Seorang lelaki berjaya menangkap buaya seberat 150 kilogram ketika memancing di sebuah tasik berhampiran tapak pembinaan Taman Resident Prima Kinarut, di sini awal pagi Ahad. Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, buaya terbabit ditemui dalam keadaan terdampar di parit selepas dipercayai keluar dari tasik. Menurut Matthew Koh, 56, dia datang ke lokasi untuk meninjau tapak pembinaan tempatnya bekerja selain berhasrat untuk memancing di tasik yang terletak tidak jauh dari tapak pembinaan. Jelasnya, tiba-tiba dia terdengar bunyi bising dari arah pagar selain terdengar bunyi salakan anjing. Rupa-rupanya buaya itu merempuh pagar di kawasan berkenaan. Seambungnya, seorang kanak-kanak kemudian datang memaklumkan…

Read More

Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan semakin sihat sejak dibenarkan keluar daripada rawatan Institut Jantung Negara (IJN) 5 Februari lalu, apabila kembali melakukan aktiviti kegemarannya iaitu berbasikal di sekitar Tasik Putrajaya semalam. Dalam perkongsian menerusi Facebooknya, Dr Mahathir melahirkan rasa gembira kerana dapat kembali melakukan aktiviti itu selepas beberapa bulan tidak dapat berbuat demikian. Jelasnya, di Tasik Putrajaya pagi tadi, kayuh semula setelah beberapa bulan tak dapat kayuh gerek. Gerek ini perkataan Kedah untuk basikal selain melihat ramai yang mengamalkan gaya hidup sihat, Alhamdulillah dan tahniah. Beliau memilih Tasik Putrajaya tapi tak ramai yang tahu landskap tasik ini sebenarnya inspirasi daripada…

Read More

Sikap kalangan pengemis dikatakan semakin berani dan adakalanya bertindak agresif menimbulkan kebimbangan umum, apatah lagi kini semakin ramai dilihat berkeliaran di jalanan khususnya di sekitar ibu kota. Walaupun akur pandemik COVID-19 mungkin menyebabkan ramai yang ditimpa kesusahan ekoran desakan ekonomi, namun timbul persoalan mengapa aktiviti mengemis yang kebanyakannya dimonopoli warga asing dibiarkan berleluasa sehingga menyebabkan ketidakselesaan dan menggugat keharmonian setempat. Berkongsi pandangan, pembantu peribadi di sebuah syarikat swasta, Vimala Arumugam, 44, berpendapat pengemis kini dilihat mempunyai cara baharu, apabila mula menggunakan elemen desakan dan paksaan ketika mendekati ‘sasaran’ sehingga menimbulkan rasa tidak selesa. Jelasnya, mereka datang ketika kita sedang makan…

Read More

Kerajaan tidak pernah memaksa ibu bapa untuk membenarkan anak mereka mengambil vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids). Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dakwaan segelintir ibu bapa kononnya kerajaan memaksa program PICKids terhadap kanak-kanak adalah tidak benar. Menurutnya, tiada paksaan dan ia terbuka kepada ibu bapa yang mahu anak mereka divaksin. Vaksin dos pertama pun dulu ramai takut namun lepas itu ramai berabut-rebut pula. Jelasnya, cuma vaksin untuk kanak-kanak ini benda baharu, jadi ia normal. Ini kerana terlalu banyak cerita bukan-bukan yang tular. Katanya, pihak kerajaan tidak salahkan rakyat. Walaupun KKM sudah beri jaminan, namun ramai…

Read More

“Akta Baharu Larangan Merokok akan Diperkenalkan”- Ujar Khairy | Akta baharu akan diperkenalkan bagi melarang aktiviti merokok dan pemilikan sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik (vape) terhadap generasi muda yang lahir selepas 2005 atau dikenali sebagai Generational End Game, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Beliau berkata, pengenalan akta baharu tersebut akan dapat mengurangkan keterdedahan generasi akan datang terhadap rokok dan produk tembakau kerana pengambilannya adalah faktor utama kejadian kanser dan menyumbang 22 peratus kematian akibat kanser. Menurutnya, kos untuk merawat penyakit kanser paru-paru akibat merokok dianggarkan RM132.7 juta. Jelasnya, ia bermakna jika anda berumur 17 tahun dan Parlimen…

Read More

Ibu Kota Thailand Bakal Berubah Nama. Ini Nama Baru Bagi Bangkok | Ibu negara Thailand dilaporkan bakal dikenali ‘Krung Thep Maha Nakhon’, menurut Pejabat Penaung Diraja (ORST). Kabinet Thailand, pada Selasa, meluluskan pertukaran berkenaan, tetapi penggunaan nama ‘Bangkok’ masih diiktiraf. Menurut ORST, nama rasmi baharu itu hanya berkuat kuasa selepas disemak oleh jawatankuasa yang bertanggungjawab meneliti draf rang undang-undang serta dipantau Kementerian Luar. Nama Bangkok digunakan secara rasmi sejak November 2001, diilhamkan dari wilayah Bangkok, yang kini sebahagian daripada kawasan metropolitan merangkumi Bangkok Noi dan daerah Bangkok Yai. Krung Thep Maha Nakhon, atau ‘Krung Thep’, adalah singkatan kepada ‘Krung Thep…

Read More

Terima Padah! Guru Rogol 13 Pelajar Dipenjara Seumur Hidup | Mahkamah Indonesia pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada seorang guru kerana merogol 13 pelajar, kes yang menarik perhatian terhadap penderaan seksual di beberapa sekolah berasrama penuh agama di negara itu. Tribun News melaporkan, Herry Wirawan, 36, didapati bersalah oleh mahkamah di daerah Bandung kerana merogol 13 pelajar perempuan di bawah umur menyebabkan sekurang-kurangnya lapan orang daripada mereka mengandung. Pendedahan itu mencetuskan kemarahan di seluruh negara, dengan seorang pegawai kanan kerajaan berkata Presiden Joko Widodo memberi perhatian khusus kepada kes itu. Kes itu terbongkar apabila keluarga seorang pelajar perempuan…

Read More

Ambil Kesempatan! Warga Asing Dampingi Pengemis Buta Untuk Kaut Untung | Kerja senang dengan hanya menjadi ‘tukang pimpin’ atau ‘tukang tarik’ untuk mengurus pergerakan orang kurang upaya (OKU) penglihatan ketika mengemis di sekitar ibu kota, warga asing mampu memperoleh untung lumayan sehingga lebih RM2,000 sebulan. Seorang tukang pimpin dikenali Maria, 38, yang berasal dari Madura di Jawa Tengah, Indonesia mengakui adakalanya menerima lebih RM100 sehari, bergantung hasil kutipan pengemis yang bekerja. Jelasnya, waktu kerja tak tentu dan biasanya dia akan bergerak bersama-sama rakan lain untuk membawa orang buta menjual tisu. Katanya, hasil pendapatannya boleh kirim RM300 kepada keluarga di kampung…

Read More

Menteri Kesihatan Difitnah, Dikata Anak Disuntik Vaksin ‘Angin’ | Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar baru-baru ini berkongsi momen anak bongsunya, Raif, 6, menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 menerusi Program Vaksinasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) di media sosial. https://twitter.com/Khairykj/status/1493751048905052162?s=20&t=SxAFN310iU_T5NYuCPxBtw Bagaimanapun, perkongsian video tersebut mendapat reaksi netizen apabila ada yang mendakwa anak Menteri Kesihatan itu hanya menerima suntikan kosong. Jelasnya, “tengok baik-baik kalian, ubat itu dipam keluar dulu baru misi membuat suntikan, berapalah misi itu dapat. “Nampak macam misi buang saja, baru pura-pura cucuk, kenapa begitu? Takut juga ya, orang lain suruh cucuk sangat,” tambah beliau bagi membidas tomahan yang dilemparkan…

Read More

Khabar Buruk Buat Rakyat Mengenai Gaji Minimum | Meskipun negara sedang memasuki fasa endemik namun ekonomi dalam negara masih tidak stabil dan terdapat sesetengah industri yang belum bersedia untuk bangun semula akibat terkesan pandemik Covid-19. Disebabkan situasi tersebut, rakyat mungkin tidak akan mendapat khabar gembira berhubung penetapan gaji minimum sebanyak RM1,500 sebulan sebelum penghujung tahun ini. Ia kerana dalam keadaan ketidakstabilan ekonomi di negara ini, pelaksanaan kenaikan gaji berkenaan dilihat tidak sesuai untuk dilakukan pada masa sekarang. Perkara itu dinyatakan oleh Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) yang berpandangan bahawa ia bukanlah masa yang sesuai untuk melaksanakan penetapan gaji minimum…

Read More