Author: Miss Alin

Isu TH Tak Benarkan Petugas Hotel Pakai Songkok, Kopiah. Ini Jawapan Menteri Agama Kepada Umum | Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad dilaporkan telah meminta agar pihak Tabung Haji (TH) segera menyelesaikan isu tidak membenarkan petugasnya memakai songkok atau kopiah ketika bertugas. Menurutnya, hasil menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin, memorandum yang dikeluarkan oleh pengurusan hotel berkenaan adalah tanpa maklum balas. Tambahnya, lepas pulang daripada menunaikan solat Isyak dan menerima maklumat mengenai memorandum TH Hotel Kelana Jaya, beliau terus menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin untuk mendapatkan respon. Jelas beliau,…

Read More

PM Didakwa Guna Kroni Masuk UM. Ini Penjelasan Ahli Parlimen Pasir Gudang | Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mempertahankan kelayakan pendidikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan mengatakan bahawa beliau tidak menggunakan sebarang kroni untuk masuk ke Fakulti Undang-Undang di Universiti Malaya (UM). Beliau berkata demikian selepas mesej tular yang ditulis oleh pengguna media sosial dengan nama Andrew Peris yang mendakwa Ismail Sabri belajar di UM melalui hubungan bapanya sebagai orang kuat UMNO di Pahang. Menurut beliau, Andrew Peris memfitnah Ismail Sabri apabila dia menyatakan dalam tulisannya bahawa dia mendapat biasiswa untuk belajar di Fakulti Undang-Undang…

Read More

Unboxing Isteri. Ini ‘Teguran’ Mufti Kepada Umum | Tindakan segelintir pasangan suami isteri yang tidak segan silu membuat video ‘unboxing isteri’ jelas menunjukkan orang Islam di negara ini sudah hilang sifat malu. Menurut Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor, sedangkan agama Islam amat menitikberatkan sifat malu dalam kalangan umatnya. Jelasnya, perasaan malu menurut beberapa hadis Nabi SAW dianggap sebagai anak kunci syurga. Tambahnya, sifat ini juga merupakan tiang seri bagi akhlak terpuji yang mampu memelihara iman seorang Muslim dan mencegahnya daripada melakukan maksiat. Baru-baru ini, tular dalam aplikasi TikTok mengenai trend ‘unboxing’ dalam kalangan pasangan pengantin…

Read More

Remaja Hilang Ditemui Dalam Keadaan Bingung, Jalan Kaki Sambil Jinjit Selipar | Seorang remaja yang hilang di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, di sini sejak Isnin dilaporkan telah selamat ditemukan pada jarak satu kilometer dari rumahnya pada Rabu. Mangsa, Muhammad Iznun Al-Azim Mahadi, 13, ditemukan pada jam 5.30 petang dalam keadaan dia sedang berjalan kaki sambil menjinjing selipar. Ibu remaja berkenaan, Khairul Nisa Hamzah, 45, berkata, anak bongsunya itu ditemui oleh seorang wanita dikenali sebagai Kak Yah berusia 50-an yang kebetulan ke lokasi kejadian untuk meninjau keadaan tersebut selepas ia tular di laman sosial. Kata ibunya, wanita yang digelar Kak…

Read More

“Sempat Terserempak Dengan Shebby, Nampak Penat Ketika Berbasikal, Cuaca Pula Panas”-Luah Aidil Zafuan | Kapten Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abdul Radzak yang sempat berselisih dengan mendiang Shebby Singh memberitahu ketika beliau baru keluar berbasikal petang tadi, mengakui mendiang kelihatan penat. Kata Aidil Zafuan yang juga pemain pertahanan skuad kebangsaan, mendiang sememangnya seorang yang aktif berbasikal dan pemergiannya itu pasti akan dirasai dalam keluarga bola sepak tanah air. Beliau menerima berita pemergian mendiang lebih kurang jam 8 malam tadi jadi agak terkejut juga kerana petang tadi dalam lebih kurang jam 5.15 petang, beliau sempat berselisih dengan mendiang. Katanya, ketika itu, mendiang…

Read More

Isu Rasuah Jadi Endemik. Ini Komen Ameer Ali Mydin Buat Ramai Setuju | Tahap rasuah di negara ini boleh disifatkan sebagai satu endemik, namun fakta bahawa semakin ramai yang bercakap mengenainya merupakan satu perkembangan yang baik. Menurut Pengarah Urusan Mydin Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin, keterbukaan orang ramai terutama di media sosial boleh dilihat, sekali gus menandakan keberanian dan tidak takut meluahkan kekecewaan mereka. Tegas Ameer, apa yang penting kini adalah mengambil langkah individu bagi membawa perubahan yang diingini, terutama dari aspek menghalang bermulanya rasuah di peringkat akar umbi. Jelas beliau, ia boleh dilihat melalui menteri yang melakukan lawatan…

Read More

Rezeki Abang Viva Diberi ‘Hadiah’ Motosikal Tinggi | Selepas mengesahkan persetujuan untuk menerima hadiah sebuah kereta pacuan empat roda (4×4) daripada seorang ahli perniagaan baru-baru ini, rezeki Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar terus mencurah-curah. Semalam, pemuda berusia 29 tahun dari Taman Seri Pengkalan, Alor Gajah menerima sebuah motosikal berkuasa tinggi, Yamaha XJ6 Diversion. Motosikal yang berharga kira-kira RM30,000 itu disumbangkan individu yang enggan didedahkan identitinya menerusi sebuah kedai pengedar motosikal di Shah Alam. Penyerahan motosikal itu dilakukan Pengarah ICITY Motorworld Sdn Bhd Ernest Ng semalam. Ernest berkata, pihaknya diberi amanah untuk menyampaikan hadiah berkenaan kepada Azwan oleh seorang…

Read More

Azam Baki Tegas Tidak Mahu Berundur, Hanya Agong Boleh Tamatkan Perkhidmatannya | Tan Sri Azam Baki menegaskan hari ini beliau tidak akan akur dengan desakan mana-mana pihak untuk beliau melepaskan jawatan susulan kontroversi yang melanda dirinya. Sebaliknya, kata beliau, hanya Yang di-Pertuan Agong boleh menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menurut laporan Awani, Azam meminta semua pihak untuk bersabar kerana menurutnya, kebenaran akan terserlah akhirnya. Beliau menegaskan bahawa tetap dengan pendirian teguhnya untuk tidak meletakkan jawatan kerana tidak ada keperluan untuknya berundur. Hanya seorang individu yang paling layak dan boleh menamatkan tugasnya, iaitu Yang di-Pertuan Agong,…

Read More

“Dos Penggalak Mungkin Tidak Mencukupi”-WHO | Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dilaporkan berkata bahawa vaksin COVID-19 semasa mungkin perlu dikemas kini untuk perlindungan berterusan terhadap varian baharu, termasuk Omicron, baru-baru ini. Kumpulan Penasihat Teknikal WHO mengenai Komposisi Vaksin COVID-19 (TAG-CO-VAC), melibatkan 18 pakar berkata, walaupun vaksin terkini memberikan perlindungan tinggi daripada terkena jangkitan teruk dan kematian disebabkan varian yang dibimbangi (VOC), vaksin bagi mencegah jangkitan dan penularan perlu dibangunkan, kata Xinhua. Sementara itu, komposisi vaksin COVID-19 semasa mungkin perlu dikemas kini bagi menghalang virus daripada terus berubah. Pakar telah menggalakkan pengeluar vaksin COVID-19 menyediakan data berhubung prestasi terkini vaksin khususnya terhadap Omicron,…

Read More

Pengeluaran KWSP: “Beringat Hari ini Demi Keselesaan Hari Tua”- Jelas Pakar | Baru-baru ini, bencana banjir yang melanda negara telah menyebabkan mangsa mengalami kerugian, susulan kerosakan pelbagai harta benda. Kesukaran yang dialami juga memaksa segelintir mereka menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dilihat mampu meringankan beban mereka pada tempoh sukar ini. Namun, sejauh manakah kewajaran bagi membenarkan pengeluarannya dibuat sekali lagi pada kali ini? Menurut Penganalisis Ekonomi, Prof Madya Dr Yusof Shaari, pengeluaran insentif disediakan oleh KWSP perlulah menjadi benteng terakhir kepada pencarum atau isi rumah. Beliau berkata, sebagai contoh, jangka hayat seseorang selepas bersara…

Read More