Rezeki Abang Viva Diberi ‘Hadiah’ Motosikal Tinggi

| January 12, 2022 | 0 Comments

Rezeki Abang Viva Diberi ‘Hadiah’ Motosikal Tinggi | Selepas mengesahkan persetujuan untuk menerima hadiah sebuah kereta pacuan empat roda (4×4) daripada seorang ahli perniagaan baru-baru ini, rezeki Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar terus mencurah-curah.

Rezeki Abang Viva Diberi 'Hadiah' Motosikal Tinggi

Semalam, pemuda berusia 29 tahun dari Taman Seri Pengkalan, Alor Gajah menerima sebuah motosikal berkuasa tinggi, Yamaha XJ6 Diversion.

Motosikal yang berharga kira-kira RM30,000 itu disumbangkan individu yang enggan didedahkan identitinya menerusi sebuah kedai pengedar motosikal di Shah Alam.

Penyerahan motosikal itu dilakukan Pengarah ICITY Motorworld Sdn Bhd Ernest Ng semalam.

Ernest berkata, pihaknya diberi amanah untuk menyampaikan hadiah berkenaan kepada Azwan oleh seorang pelanggannya, baru-baru ini.

Beliau tidak mahu nama didedahkan. Wakil penyumbang itu ada datang ke kedai untuk memilih dan mencuba motosikal sebelum bersetuju membelinya secara tunai sebelum menghadiahkan kepada Azwan.

Mereka telah menguruskan segala kelengkapan termasuk cukai jalan dan insuran serta menambah beberapa lagi aksesori kenderaan itu seperti topi keledar, jaket serta beg sandang, lalu menyerahkan kepada Azwan, semalam.

Sementara itu, Azwan ketika dihubungi mengesahkan sudah menerima hadiah istimewa itu, petang semalam.

Beliau berterima kasih kepada penyumbang kenderaan itu dan menganggap ia sebagai sesuatu yang sangat bernilai.

Selain itu, beliau juga melakukan kerja secara sukarela tanpa mengharapkan apa-apa habuan atau balasan. Namun, mungkin sudah ditakdirkan Allah saya menerima rezeki ini, Alhamdulillah.

Menerusi sumbangan ini, beliau berkata bahawa ia memberi semangat kepadanya  untuk terus berbakti kepada insan yang ditimpa musibah.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menyumbang dan mendoakan rezeki mereka dilipatgandakan oleh Allah.

Sumber: Harian Metro

Tags: , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *