Author: Miss Alin

Tak Sangka Ini Biodata Mahadi Badrul Zaman Suami Heliza Helmi | Siapa tidak kenal dengan penyanyi Heliza Helmi yang cukup aktif dengan misi bantuan di Gaza. Sebelum ini Heliza pernah mengakui dirinya tidak pernah berasa tertekan masih belum mendirikan rumah tangga walaupun sudah berumur 35 tahun (2021). Bagaimanapun, siapa sangka 1 Januari 2022,  berita perkahwinan Heliza bersama seorang usahawan ini tersebar apabila ada gambar menunjukkan majlis pernikahan mereka di sebuah masjid . Berita mengenai perkahwinan itu dimaklumkan seorang pendakwah terkenal, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim di laman Instagramnya, mohdizharariff_official hari ini yang turut memuat naik gambar…

Read More

Umrah Tangguh: Jemaah Bakal Dapat Bayaran Balik Atau Dijadual Semula Perjalanan | Bakal jemaah umrah yang tidak dapat mengerjakan ibadat itu susulan kerajaan menangguhkan sementara kebenaran perjalanan mengerjakan umrah bermula 8 Januari ini, akan mendapat bayaran balik atau dijadualkan semula perjalanan mereka. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang berbincang dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) dan Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (Papuh) untuk membantu semua bakal jemaah umrah yang terkesan dengan penangguhan itu. Beliau memklumkan sudah bincang dengan beberapa kementerian bagaimana bakal jemaah umrah yang terkesan ini dapat sama ada menjadualkan semula umrah…

Read More

Banjir: Empat Sungai Di Terengganu Lepasi Paras Amaran | Keadaan cuaca tidak menentu akhir-akhir ini telah menyebabkan bacaan di empat sungai di Terengganu telah melepasi paras amaran, menurut laporan Harian Metro. Dikhabarkan, setakat jam 11 pagi tadi, empat sungai direkodkan melepasi paras amaran adalah dua di daerah Dungun serta masing-masing satu di Besut dan Setiu. Berdasarkan laman web Public InfoBanjir, dua sungai di Dungun yang melepasi paras amaran adalah Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja dan Sungai Dungun di Kuala Jengai masing-masing mencatatkan bacaan 36.78 meter (m) berbanding paras normal 34.5 m dan 20.37 m (14 m). Selain itu, Sungai…

Read More

“Umrah Ditangguh Sementara Bermula 8 Januari”- Kata Menteri Kesihatan | Kerajaan dilaporkan telah menangguh sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Januari ini, berikutan peningkatan kes varian Omicron dalam kalangan jemaah umrah. Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berdasarkan penilaian risiko situasi varian Omicron di dalam dan luar negara khususnya di Arab Saudi. Sebelum itu, katanya, perbincangan khas bersama beberapa agensi terbabit umrah diadakan disusuli Mesyuarat Khas Kuartet yang dipengerusikan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, semalam. Beliau berkata, hasil perbincangan itu kerajaan memutuskan tidak ada perjalanan mengerjakan…

Read More

Pengeluaran Tambahan KWSP Kepada Pencarum. Ini Jawapan Menteri Kewangan | Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan bahawa pengeluaran tambahan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memberi impak negatif kepada pencarum pada masa hadapan. Menurutnya, rata-rata ahli telah mengeluarkan sebanyak RM21,000 sehingga RM71,000 melalui inisiatif khas termasuk i-Lestari dan i-Sinar sejak tahun lepas. Keizinan luar biasa ini diberi memandangkan adanya situasi luar biasa yang berlaku, iaitu pandemik global yang turut melanda negara. Tetapi setelah beberapa kali pengeluaran diizinkan dan setelah lebih RM101 bilion disalurkan keluar dari KWSP, cukuplah dibenarkan setakat itu sahaja. Sebelumnya, Perdana Menteri, Datuk…

Read More

Selepas Jeli, Kuala Krai Pula Dilanda Banjir | Kuala Krai dilaporkan telah menjadi daerah kedua di Kelantan selepas Jeli, dilanda banjir gelombang kedua, susulan hujan lebat berterusan sejak semalam. Susulan itu, tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka mulai jam 2.30 petang ini yang setakat ini menempatkan 108 mangsa. Difahamkan, beberapa kampung di daerah berkenaan dinaiki air termasuk Kampung Chuchuh Puteri, Kampung Mengkebang dan perkampungan Lata Berangin. Berdasarkan Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga PPS berkenaan adalah Masjid Chuchuh Puteri, Madrasah Chuchuh Puteri A dan Pusat Komuniti Chuchuh Puteri A. Katanya, secara keseluruhan setakat jam 3.30 petang, seramai 809…

Read More

Kelantan Mula Banjir, Lebih 500 Penduduk Jeli Dipindahkan | Kelantan dilaporkan kembali dilanda banjir apabila hujan lebat berterusan dengan angin kencang sejak semalam, menyebabkan beberapa kampung sekitar Jeli, kembali dilanda banjir sejak awal pagi tadi. Antara kampung yang dikatakan dinaiki air ialah Sungai Satan, Bukit Lakota, Lubok Bongor, Pasir Dusun dan Gemang. Kejadian itu telah menyebabkan penduduk di kawasan rendah terbabit, mula berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS). Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata, setakat jam 2 petang ini, tujuh PPS dibuka dan menempatkan seramai 567 mangsa. Mereka terdiri daripada 162 keluarga, ditempatkan dalam Dewan Orang Ramai Kesedar…

Read More

Empayar Jepun Berisiko Lenyap, Kerabat Semakin ‘Mengecil’ | Keluarga empayar Jepun dilaporkan semakin berisiko lenyap selepas mereka dikhabarkan telah kekurangan ahli keluarga yang layak untuk ditabalkan sebagai maharaja. Beberapa pakar turut menyatakan kerajaan sedang mengusahakan langkah bagi meningkatkan bilangan kerabat diraja tetapi kebanyakan mereka gagal dihubungi. Larangan wanita menaiki takhta akan menyaksikan tempat Maharaja Naruhito, 61, suatu hari nanti akan diisi oleh anak saudaranya Putera Hisahito dan bukannya anak tunggalnya Puteri Aiko. Jika Hisahito yang berusia 15 tahun tidak mempunyai anak lelaki, keluarga diraja yang sejarahnya sejak lebih 2,600 tahun, akan ketiadaan waris lelaki untuk meneruskan keturunan. Tinjauan menunjukkan orang…

Read More

Indonesia: Gempa Bumi Berukuran 7.4 Dikesan Di Maluku | Gempa bumi bermagnitud 7.4 dilaporkan telah menggegarkan pantai selatan wilayah Maluku timur Indonesia awal pagi Khamis, kata Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia. Dilaporkan tiada kematian atau kerosakan dilaporkan menurut Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia setakat ini. Menerusi laporan Xianhui, gempa itu berlaku pada 1.25 pagi waktu Jakarta (1825 GMT Rabu). Pusat gempa berada 45 km barat laut Kabupaten Maluku Barat Daya, wilayah Maluku, dengan kedalaman 210 km di bawah laut. Agensi tersebut turut menyatakan gegaran kuat di pulau-pulau dan bandar-bandar yang lebih dekat dengan pusat gempa. Ia turut merekodkan gegaran…

Read More

Banjir: Tiada Pembalakan Di Hutan Simpan Lentang | Tinjauan dron mendapati tiada pembalakan secara sah atau haram di Hutan Simpan Lentang, tanah kerajaan serta tanah milik berhampiran Jalan Bentong-Karak dan Jambatan Sri Telemong di Bentong. Jabatan Perhutanan Pahang menerusi kenyataan malam ini, memaklumkan semakan di kedua-dua tempat mendapati sisa kayu yang berselerak di atas jalan dan jambatan itu yang dikaitkan dengan pembalakan menerusi media sosial, ialah sisa sampah sarap daripada kejadian kepala air di Sungai Temeriak, Sungai Kerau dan Sungai Timbul yang berlaku pada 18 Disember lalu. Menurutnya, semakan mendapati berlaku kejadian kepala air di dua lokasi itu bermula di…

Read More