Author: Miss Alin

Banjir: Mangsa Tunggu Bantuan, Tidur Atas Bumbung Bersama Isteri, Dua Anak Walaupun Hujan | Dilaporkan kerja-kerja menyelamat mangsa terkandas di Taman Sri Muda, Shah Alam masih diteruskan pihak berkuasa dari semasa ke semasa. Tidak hanya agensi kerajaan, malah pelbagai badan bukan kerajaan, sukarelawan turut tampil membawa bot persendirian mereka untuk membantu mangsa terkandas di sini. Menerusi laporan Awani, ratusan sukarelawan dikhabarkan berada di sepanjang lebuhraya berhampiran kawasan kejadian yang dijadikan jeti sementara untuk bot berlepas. Paras air yang dikatakan setingi tiga meter tersebut bagaimanapun dilihat tidak surut malah bergelora sehingga menyukarkan pasukan penyelamat untuk melancarkan gerakan menyelamat secara besar besaran.…

Read More

Chalet Dilanda Banjir Lumpur, 3 Mangsa Termasuk Kanak-kanak Hilang Dibawa Arus |  Tiga termasuk seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang selepas mereka dipercayai dibawa arus sungai di sebuah chalet di Bentong, Pahang, baru-baru ini. Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani, semua mereka adalah sebahagian daripada 35 individu yang berada di chalet berkenaan dan terperangkap akibat banjir lumpur pada 11.40 malam tadi. Jelasnya, kesemua mangsa yang dikatakan hilang tersebut merupakan warganegara Malaysia dengan masing-masing adalah seorang  dewasa lelaki dan wanita, namun setakat ini, identiti mereka masih belum dapat dikenal pasti. Menurut Ismail, mangsa yang…

Read More

Banjir: Mayat Hanyut Bersama Kereta Ditemui Di Kampung Cempaka | Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika cuba meredah arus banjir, berhampiran Kampung Cempaka pada awal pagi Ahad, ditemui pada pagi Isnin. Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang, mayat mangsa yang dikenali sebagai Mohd Helmi Nazlan, 34, dijumpai pada jam 7.15 kira-kira 5 kilometer dari tempat kejadian. Pada hari kejadian, mangsa bersama seorang rakan terkandas dan dihanyut oleh arus deras ketika mereka cuba mengharungi banjir dengan menggunakan kereta Proton Exora yang dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Pahang. Walau bagaimana rakan…

Read More

 Banjir: Emak Meninggal Dunia Ketika Terperangkap Tunggu Bantuan | Seorang wanita memaklumkan bahawa ibunya telah meninggal dan mayatnya telah disahkan dan dibawa ke hospital bagi urusan pengebumiannya selepas dia terperangkap di rumah ibunya di Seksyen 19 dekat sini akibat banjir kilat. Khadijah Mohd Said, 49, berkata, ibunya yang dikenali sebagai Esah Hussin, 71, meninggal dunia jam 7.55 pagi tadi selepas dibawa naik ke tingkat atas rumah teres dua tingkat. Turut terperangkap ialah tujuh individu iaitu suami Khadijah yang berusia 57 tahun, anak dan anak saudara yang berusia antara 8 hingga 24 tahun. Menurutnya, emak memang tidak boleh berjalan dan semalam…

Read More

(Ada Video)  100 Penduduk Bermalam Atas Bumbung Surau Akibat Banjir Selama 12 Jam | Kira-kira 100 penduduk di Taman Sri Nanding di sini yang terperangkap akibat banjir terpaksa berlindung lebih 12 jam atas bumbung Surau Al Munir Taman Sri Nanding di sini pada Ahad. https://twitter.com/meejforshort/status/1472360358337662976?s=20 Penduduk yang dikenali sebagai Puteri Nadia Natasha Mohamed Ramzan, 24, berkata, perkara itu dimaklumkan seorang rakannya menerusi perkongsian video ketika berada di atas bumbung surau berkenaan. Menurutnya, penduduk terpaksa menyelamatkan diri di atas bumbung surau berikutan air naik pada paras tertinggi meskipun dalam keadaan kesejukan akibat hujan renyai. Menurutnya, dia antara penduduk yang menetap di…

Read More

“Keutamaan Kerajaan Selamatkan Nyawa Rakyat Dari Bencana”-Perdana Menteri | Keutamaan kerajaan kini ialah memindahkan mangsa banjir yang terperangkap demi menyelamatkan nyawa mereka, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismai Sabri Yaakob. Beliau berkata selain itu kerajaan juga akan memastikan bekalan makanan disediakan untuk mangsa-mangsa banjir terutama di sekitar Lembah Klang, yang paling teruk terjejas dalam bencana banjir kali ini. Pihak kerajaan tidak boleh tunggu lagi, (bantuan lain) akan dibincang kemudian, yang penting baginya adalah, untuk selamatkan mangsa yang terperangkap serta pindahkan mereka ke tempat selamat. Kewangan, bantuan lain  boleh diuruskan kemudian, tambah beliau lagi. Difahamkan, Nadma (Agensi Pengurusan Bencana Negara) telah…

Read More

Selangor: Banjir Berlaku Di Luar Jangkaan, Kerajaan Persekutuan Salur Bantuan Segera | Keadaan banjir di Lembah Klang ketika ini, terutama Selangor disifatkan luar jangka dengan kebanyakan kawasan dinaiki air menyebabkan jalan-jalan utama ditutup dan jumlah mangsa yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), bertambah. Hujan berterusan kadang kala lebat selama dua hari di sekitar Lembah Klang menyebabkan ramai yang tidak bersedia dan terperangkap sama ada di kediaman mereka atau di dalam kenderaan di jalan-jalan utama yang dinaiki air. Melalui perkongsian orang awam di media sosial memaparkan jalan dan penempatan di Selangor dinaiki air antaranya di Shah Alam dan Pelabuhan Klang…

Read More

Bencana: Agong Redah Banjir, Tinjau Situasi Semasa | Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilaporkan telah meredah air banjir di sekita  r Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini malam tadi ketika meninjau situasi banjir di ibu negara. Keberangkatan Seri Paduka bagi meninjau situasi banjir susulan hujan lebat sejak Jumaat itu turut dirakamkan dan dimuat naik di laman Facebook Istana Negara. Catatan itu menyatakan Seri Paduka telah berkenan untuk turun dari kenderaan Baginda sewaktu hujan lebat di jalan susur menghala WTC dan meredah air banjir bagi melihat sendiri situasi di sekitar kawasan tersebut. Menurut catatan tersebut lagi, keberangkatan…

Read More

Beratus-ratus Tapak Kaki Dinasaur Ditemui Di Poland | Ratusan tapak kaki dinasaur yang terpelihara dengan baik sehinggakan kulit bersisik pun boleh dilihat, telah ditemui di Poland, memberikan gambaran tentang ekosistem yang kompleks sekitar 200 juta tahun lalu, kata ahli geologi. Menurut laporan CNN News, penemuan ini disifatkan oleh Institut Geologi Poland sebagai ‘harta karun’, jejak dan tulang fosil ditemui di lombong tanah liat terbuka di Borkowice, 130 kilometer di selatan Warsaw. Menurut ahli geologi, Grzegorz Niedzwiedzki, dalam kesan tapak kaki yang ditinggalkan oleh dinosaur, mereka dilaporkan boleh membaca perihal tingkah laku dan tabiat haiwan itu sehinggakan ia mempunyai kesan yang…

Read More

Korea Utara: Rakyat Tidak Dibenar Senyum, Sambut 10 Tahun Kemating Kim Jong Il | Korea Utara dilaporkan telah melarang rakyatnya menunjukkan ekspresi senyum atau ketawa selama 11 hari bagi mengenang 10 tahun kematian pemerintah terdahulu, Kim Jong Il. Negara itu yang kini dipimpin anaknya, Kim Jong Un turut melarang rakyatnya meminum minuman keras serta berbelanja barangan makanan mulai semalam, sempena ulang tahun kematian Kim Jong Il. Seorang penduduk yang enggan namanya didedahkan berkata, selama tempoh berkabung itu mereka juga tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti riadah dan rekreasi. Sambungnya, jika ada ahli keluarga meninggal dunia ketika tempoh ini, kami juga tidak…

Read More