Luahan Doktor Buat Ramai Sebak, Sudah Tidak Mampu Selamatkan Pesakit Muda Covid-19 | Kes Covid-19 di Malaysia dilihat terus meruncing selepas dilaporkan berlaku penyebaran varian baru yang dikenali sebagai Varian Delta sehingga mampu merebak dengan cepat iaitu seawal 15 saat. Berikutan itu, para frontliners juga dilihat tidak dapat menahan sebak selepas mereka dikatakan sudah tidak mampu untuk selamatkan pesakit muda yang dijangkiti varian baharu Covid-19. Melalui satu luahan oleh seorang doktor, Hana Hadzrami menerusi Awani, beliau menyatakan bahawa ramai pakar serta doktor sudah mula menangis dan kecewa kerana mereka sudah tidak mampu menyelamatkan pesakit Covid-19 akibat cabaran varian baharu yang menyerang…
Author: Miss Alin
Kisah Taubat Si Mak Nyah | Khalifah Media Networks – Dewasa kini, umat Islam khususnya di negara kita sering menghadapi masalah-masalah berbentuk ‘kontemporer’ yang disebabkan oleh beberapa faktor. Sehingga menyebabkan wujudnya kelompok ‘LGBT’. Mereka sering menjadi topik hangat untuk diperdebatkan dalam kehidupan masyarakat setempat. Transgender seringkali mendapat perhatian masyarakat kerana prilaku dan penampilan mereka yang seakan tidak sesuai dengan ‘gender’ asal mereka. Sebagai contoh, seorang lelaki yang mengubah penampilan dan perwatakan mereka supaya menjadi lebih lembut dan feminin. Seakan-akan seperti seorang wanita serta sebaliknya. Menerusi video ini, saudara Shafiq Sufian telah berkongsi tentang perjalanan hidup seorang ‘Mak Nyah’ dikenali sebagai Farid…
Angka Kematian Covid-19 Meningkat, Terpaksa Guna Jentolak Untuk Urus Jenazah | Angka kematian yang sangat membimbangkan di negara kita akibat Covid-19 telah memaksa pihak pengurusan pengembumian jenazah dilaporkan perlu menggunakan jentera pengorek kaut bagi memudahkan proses menggali lubang kubur di beberapa kawasan tanah perkuburan di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Menurut Datuk Mohd Ajib Ismail yang merupakan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), penggunaan jentolak adalah disebabkan jumlah jenazah yang perlu diuruskan di Tanah Perkuburan Islam Raudhathul Sakinah (TPIRS) Lebuhraya KL-Karak di Taman Selaseh dan TPIRS Bukit Kiara yang kadang kala mencapai lebih 30 jenazah sehari. Jelasnya, tindakan proaktif dengan…
Bintang TikTok Dan Teman Wanita Mati Ditembak Ketika Menghadiri Tayangan Perdana “The Purge” | Seorang bintang tiktoker dunia, Anthony Barajas dilaporkan meninggal dunia selepas dia serta teman wanitanya dikatakan ditembak mati ketika menghadiri tayangan perdana sebuah filem bergenre seram, aksi dystopian yang dikenali sebagai “The Purge Forever”, di pusat membeli-belah Crossings, Corona, baru-baru ini. Tiktoker berusia 19 tahun bersama teman wanitanya, Rylee Goodrich, 18, telah ditembak oleh seorang lelaki dalam satu kejadian tembak menembak di pusat membeli-belah tersebut sebelum pihak polis dikatakan menerima panggilan kecemasan dari orang awam kira-kira pada jam 11.45 malam. Goodrich dikatakan mati ditempat kejadian akibat luka parah…
“Masjid Di Kuala Perlis Perlu Hadkan Aktiviti Pengimarahan, Ketatkan SOP” – Arah MAIPs | Berikutan berlakunya peningkatan kes jangkitan akibat Covid-19 di Kuala Perlis serta kawasan sekitar, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah mengeluarkan arahan supaya masjid di kawasan terbabit mengehadkan aktiviti pengimarahan serta mengetatkan prosedur operasi standard (SOP), baru-baru ini. Arahan tersebut turut diperkukuhkan lagi selepas Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah memberikan titah supaya tindakan susulan perlu diambil oleh pihak berkuasa untuk mengekang penularan wabak Covid-19 di negeri Perlis khusunya di kawasan Kuala Perlis serta sekitarnya. Baginda juga bertitah supaya semua…
Lelaki Minta Bantuan Bomba Angkat Mayat Isteri Berat 230KG | Seorang lelaki terpaksa meminta bantuan pihak bomba untuk mengangkat mayat isterinya seberat 230 kilogram (kg) yang meninggal dunia di ruang tamu rumah mereka di Taman Desa Damai Cheng, Melaka pagi tadi. Dalam pada itu, difahamkan, wanita yang berusia 33 tahun itu meninggal dunia ketika sedang duduk di atas sofa. Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata, panggilan kecemasan diterima daripada polis pada pukul 7.09 pagi. Beliau berkata, sepasukan 10 anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Khairuddin Atan telah ke…
Beberapa Syarikat Ambil Kesempatan, Kenakan Caj Mahal Urus Mayat Covid-19 Bukan Islam | Ketika negara kita sedang berperang dengan penularan virus Covid-19, ramai diantara rakyat di negara ini yang cuba untuk mengambil kesempatan dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah. Baru-baru ini, terdapat beberapa syarikat yang dikatakan telah mengambil kesempatan terhadap pengurusan mayat Covid-19 bukan Islam. Beberapa syarikat telah dikesan mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran terlalu tinggi untuk menguruskan mayat bukan Islam yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Negeri Sembilan. Dalam pada itu, Exco Sumber Manusia, Perladangan Dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan, J Arul Kumar berkata, bayaran dikenakan terlalu tinggi…
Insiden 49 Jemaah Solat Aidiladha Wajar Dijadikan Peringatan | Baru-baru ini tular satu video di media sosial mengenai beberapa individu yang sedang menunaikan solat sunat Aidiladha secara berjemaah. Difahamkan, insiden berkenaan telah menimbulkan kemarahan ramai orang ekoran pandemik Covid-19 yang makin hari makin bertambah jumlahnya. Insiden dan penahanan 49 lelaki yang dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan menunaikan solat sunat Aidiladha berhampiran jalan raya di luar perkarangan Surau Taman Pelangi, Juru, Georgetown, diharap menjadi peringatan kepada semua. Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, berkata namun pihaknya…
Dua Beranak Hilang Ketika Keluar Memancing Ditemui Lemas | Seringkali kita dengar kejadian lemas berlaku sehingga meragut nyawa seseorang tular di media sosial mahupun di dada akhbar. Kejadian lemas ini berlaku tanpa kita sedari dan tidak dijangka. Baru-baru ini, dua beranak ditemui lemas selepas dilaporkan hilang ketika keluar memancing di Sungai Karang, Kudat pada Jumaat lalu. Mayat mangsa Jobik Mokim, 47, bersama anak lelakinya Nick Hezron, 18, ditemui orang awam terdampar di kawasan pesisir pantai berhampiran pusat peranginan Tampakan, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, Ahad. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin…
Pemeriksaan Rumah Ke Rumah Akan Diumum PDRM Sempena Sambutan Aidiladha | Menjelang Aidiladha yang akan disambut oleh seluruh umat Islam pada esok hari, pastinya mereka sedang membuat persiapan yang meriah untuk menyambutnya meskipun sambutan perayaan Aidiladha masih dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagaimanapun, aktiviti ziarah menziarahi masih tidak dibenarkan sama sekali. Hal ini bagi mengelak daripada tercetusnya kluster baharu yang melibatkan kunjung-mengunjung semasa perayaan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengumumkan sama ada akan membuat pemeriksaan mengejut rumah ke rumah esok sempena sambutan Aidiladha, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu akan diputuskan PDRM kerana tindakan…

