Author: Miss Alin

Individu Lengkap Dua Dos Vaksin Dapat ‘Keistimewaan’ Tertentu | Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan individu yang lengkap dua dos vaksin Covid-19 akan mendapat ‘keistimewaan’ melalui beberapa kelonggaran tertentu yang boleh diberikan kepada mereka. Perdana Menteri berkata, beliau meminta jawatankuasa pengurusan Covid-19 untuk menilai semula mereka yang lengkap divaksinasi itu diberi kelonggaran-kelonggaran sama ada dari segi perjalanan, pergi ke kedai atau makan di restoran. Dalam pada itu, beliau berkata, ini merupakan petanda supaya menunjukkan bahawa sementara kerajaan menguruskan Covid-19, maka kehidupan rakyat sedikit demi sedikit akan kembali semula seperti di masa lalu. “Ini merupakan inisiatif kedepan dan tempoh jangka…

Read More

Aplikasi ‘Kedahcare’ Mudahkan Penduduk Terjejas Mohon Bantuan | Seperti yang kita tahu, terdapat ramai masyarakat yang terjejas bekalan makanan serta keperluan asas mereka ekoran negara ini yang masih berperang dengan pandemik Covid-19. Hal ini kerana mereka tidak mempunyai pekerjaan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terlalu lama. Bagaimanapun, kerajaan negeri Kedah akan memperkenalkan aplikasi yang dikenali sebagai ‘Kedahcare’ bagi memudahkan penduduk yang terjejas untuk memohon bantuan makanan dan keperluan asas mereka. Dalam pada itu, Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata aplikasi yang dibangunkan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Kedah itu sudah diluluskan penggunaanya dalam mesyuarat kerajaan negeri, semalam. Katanya, aplikasi ini…

Read More

Polis Tahan Pasangan Suami Isteri Buat Video Minum Racun | Pelbagai kejadian aneh yang berlaku semenjak negara ini berperang dengan penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan. Hal ini kerana masyarakat berkemungkinan sudah bosan berada di rumah dan tidak boleh keluar kemana-mana melainkan ada perkara penting yang perlu diselesaikan. Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial mengenai pasangan suami isteri yang telah membuat rakaman video sedang minum racun. Sementara itu, pihak polis telah menahan satu pasangan suami isteri di Seremban bagi membantu siasatan selepas satu video tular di Facebook memaparkan perlakuan seorang lelaki yang kelihatan kecewa serta…

Read More

Jumlah Jemaah Solat Fardu Semua Masjid, Surau Di Melaka Ditambah | Khalifah Media Networks – Seperti yang kita sedia maklum, negara masih lagi sedang berperang dengan pandemik Covid-19 yang tidak tahu bila rantaiannya akan putus. Hal ini amatlah membimbangkan orang ramai ekoran kes yang semakin hari semakin meningkat. Jemaah di masjid dan surau setiap negeri juga telah mengehadkan jumlahnya bagi mengelakkan virus itu terus merebak. Terbaru, jumlah jemaah di semua masjid dan surau di negeri Melaka untuk setiap solat fardu akan ditambah susulan permintaan umat Islam menerusi ahli jawatankuasa masjid masing-masing. Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che…

Read More

Kapal Persiaran Berpatah Balik Ke Singapura, Akibat Bawa Penumpang Disyaki Positif Covid-19 | Sebuah kapal persiaran mewah, Dream Cruises terpaksa berpatah balik ke Singapura selepas menerima khabar bahawa seorang daripada penumpang telah disyaki positif Covid-19 berada di atas kapal itu. Kapal terbabit tiba di Pusat Persiaran Marina Bay pada pagi ini selepas meninggalkan Singapura jam 9 malam Ahad lalu untuk pelayaran selama empat hari. Seorang penumpang yang menaiki kapal itu memberitahu Mediacorp, satu pengumuman kira-kira jam 1 pagi semalam memaklumkan seorang penumpang yang berusia 40 tahun diuji positif Covid-19 berada di atas kapal itu. “Semua penumpang diminta supaya kembali ke…

Read More

Negeri Sembilan Catat Rekod penderaan Fizikal Kanak-Kanak Tertinggi Setakat Jun | Setakat tempoh enam bulan iaitu bermula januari sehingga jun yang lepas, sebanyak 142 kes penderaan kanak-kanak direkodkan di Negeri Sembilan. Menurut Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Rosnah Sardi, daripada jumlah itu kes penderaan fizikal merekodkan angka tertinggi iaitu sebanyak 85 kes, diikuti penderaan seksual 36 kes, pengabaian (13), dera emosi (4) dan ditinggalkan ibu bapa atau tiada ibu bapa (4). Kes penderaan pada tahun lalu turut mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 60 daripada 160 kes bagi tempoh sama dengan keseluruhan kanak-kanak diselamatkan bagi 2020 ialah 341 individu. Kes…

Read More

Lima Sahabat Mengaku Tidak Bersalah Terbabit Perhimpunan Di Parit Raja | Lima sahabat termasuk tiga siswa telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat pagi ini atas pertuduhan menyertai perhimpunan, dengan tidak memakai pelitup muka dalam kejadian di Persimpangan Lampu Isyarat Parit Raja pada 13 Mei lalu. Bagaimanapun, tertuduh, Muhammad Hafizulhimi Zailan, 23, Muhamad Farrhan Mohd Basri, 22, Mohammad Faizul Naim Ahmad, 23, Muhamad Al Azim Abd Rasid,19 dan Nur Muhamad Afif Norazam, 23 mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan terhadap mereka di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan aktiviti terlarang dengan menyertai perhimpunan tanpa memakai pelitup…

Read More

ATM Bantu HTAR Uruskan Mayat Pesakit Covid-19 |  Isu mayat pesakit Covid-19 yang terlalu banyak di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sehingga mencetuskan kebimbangan masyarakat mendapat perhatian Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata, pasukan ATM bakal menghantar bantuan aset dan anggota bagi menyelesaikan isu mayat pesakit Covid-19 di hospital itu. Katanya, bantuan dan kerjasama ATM itu adalah hasil perbincangan di antara Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan, Datuk Mohd Shafiq Abdullah dengan pihak ATM. Jelasnya, pihak ATM akan membantu mempercepatkan urusan untuk membawa mayat-mayat berkenaan bagi proses pengebumian mengikut agama masing-masing dan aset-aset ATM juga boleh…

Read More

Terpaksa Tebalkan Muka Berhutang Demi Kelangsungan Hidup | Pastinya kita tahu hidup dalam keadaan norma baharu ini amatlah sukar di mana kita semua terpaksa bekerja dari rumah. Namun, ada juga masyarakat yang terkandas akibat tiada pekerjaan ekoran pandemik Covid-19 yang semakin meningkat jumlah kesnya. Terbaru, sebuah keluarga yang tinggal di Kota Bharu, Kelantan terjejas kehidupan dan bekalan makanan mereka akibat penularan wabak Covid-19 yang belum pasti bila rantaiannya akan putus. “Ada ketikanya saya terpaksa menebalkan muka untuk berhutang untuk membeli barang keperluan asas demi meneruskan kelangsungan hidup kami 10 beranak,” kata Mizlinda Diana Hamat, 41. Menurut Mizlinda Diana berkata, sebelum ini,…

Read More

Pekerja Kasino Rugi RM13,350 Terpedaya Tawaran Kerja Tidak Wujud Di Facebook | Seringkali kita dengar di media sosial mengenai masalah scammer dan perkara itu sepertinya bukan perkara baharu. Ia telah berlaku di seluruh dunia sejak lama dahulu. Isu scammer atau penipu siber menjadi bualan hangat di kalangan netizen sejak kebelakangan ini. Baru-baru ini, seorang pekerja kasino telah mengalami kerugian sebanyak RM13,350 selepas terpedaya dengan tawaran kerja tidak wujud yang diiklankan melalui laman sosial Facebook. Mangsa yang berusia 23 tahun, melayari laman sosial itu pada 4 Julai lalu dan tertarik dengan tawaran kerja sebagai ejen sambilan sebuah platform pembelian dalam talian. Dalam…

Read More