Pekerja Kasino Rugi RM13,350 Terpedaya Tawaran Kerja Tidak Wujud Di Facebook | Seringkali kita dengar di media sosial mengenai masalah scammer dan perkara itu sepertinya bukan perkara baharu. Ia telah berlaku di seluruh dunia sejak lama dahulu. Isu scammer atau penipu siber menjadi bualan hangat di kalangan netizen sejak kebelakangan ini.

Pekerja Kasino Rugi RM13,350 Terpedaya Tawaran Kerja Tidak Wujud Di Facebook

Baru-baru ini, seorang pekerja kasino telah mengalami kerugian sebanyak RM13,350 selepas terpedaya dengan tawaran kerja tidak wujud yang diiklankan melalui laman sosial Facebook.

Mangsa yang berusia 23 tahun, melayari laman sosial itu pada 4 Julai lalu dan tertarik dengan tawaran kerja sebagai ejen sambilan sebuah platform pembelian dalam talian.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa kemudiannya menghubungi talian yang tertera untuk mendapatkan peluang kerja tersebut.

Menurutnya, mangsa bersetuju menjadi ejen dengan hanya menjalankan tugasan yang diberikan dan dibayar komisyen sebanyak lima peratus.

“Bagi bagi mendapatkan peluang itu, mangsa dikehendaki membuat bayaran RM13,350 dan dia berbuat demikian melalui enam transaksi pemindahan wang ke empat akaun bank atas nama individu berbeza.

“Selepas bayaran dibuat, mangsa memberitahu perkara itu kepada salah seorang rakan.

“Rakannya curiga dan syak mangsa telah ditipu dengan tawaran kerja tidak wujud,” katanya melalui satu kenyataan pada Rabu (hari ini).

Mohd Wazir berkata, susulan itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Bentong pada Selasa dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply