Author: Miss Alin

PPM Gagalkan Cubaan Dua Lelaki, Bawa Daun Ketum Guna Surat MITI Palsu | Masalah ketum ini seperti sudah tidak asing lagi dan masalah seperti ini seringkali kita dengar di sosial media mahupun di dada akhbar. Kelemahan dan kelompangan undang-undang menyebabkan masalah penyalahgunaan serta penanaman ketum masih berleluasa terutama di negeri utara Semenanjung. Baru-baru ini, Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan dua lelaki membawa 95 bungkus daun ketum seberat 475 kilogram (kg) bernilai RM28,500 ke Lembah Klang, selepas menahan lori tiga tan dinaiki mereka di Batu 5 Jalan Teluk Intan-Sabak Bernam, semalam. Dalam pada itu, lori berkenaan turut dikesan menggunakan surat…

Read More

Orang Ramai Diingatkan, Elak Ziarah Pada Aidiladha | Menjelang perayaan Aidiladha yang bakal disambut pada esok hari, pastinya masyarakat inginkan kemeriahan. Namun, semestinya kemeriahan menyambut Aidiladha bukanlah seperti sebelum-sebelum ini yang masyarakat bebas kemana sahaja serta kunjung-mengunjungi satu sama lain. Ekoran dunia yang diserang virus Covid-19 ini, segalanya berubah dan masyarakat terpaksa mengikuti norma baharu bagi mengelakkan penularan virus berkenaan semakin berleluasa. Orang ramai diingatkan agar tidak melakukan aktiviti ziarah sempena sambutan Aidiladha esok, bagi mengelak tercetusnya kluster baharu Covid-19. Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Othman Warijo berkata, ini susulan pengumuman Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai kemunculan Kluster Dah Kampung Kerchut, Jitra.…

Read More

Lori Dipandu Terjunam, Lelaki Dikhuatiri Lemas Terjatuh Laut | Seorang lelaki berusia 33 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut apabila lori yang dipandunya secara mengundur terjatuh dari jeti pemunggahan arang batu di Jimah Power Plant, Port Dickson awal pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohd. Hairul Izam Mazelan berkata, pihaknya telah menerima panggilan kira-kira pada pukul 1.53 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada 2.19 pagi. “Setibanya di lokasi kami dimaklumkan ada seorang lelaki dipercayai terjatuh ke dalam laut sedalam 20 meter ketika mengundur kenderaan (lori lima tan) yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan arang batu…

Read More

Budak Lelaki Nekad Lari Rumah, Merajuk Gara-gara Tak Benarkan Main Basikal | Hanya kerana tidak dibenarkan bermain basikal dan permainan video dalam telefon bimbit, seorang kanak-kanak lelaki nekad untuk melarikan diri dari rumahnya malam tadi. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata kanak-kanak berusia 11 tahun itu ditemui seorang lelaki di perhentian bas yang terletak 200 meter dari rumah kanak-kanak berkenaan di Setia Alam jam 9.47 malam. “Lelaki itu menemui mangsa ketika melalui lokasi berkenaan dan menyerahkan kanak-kanak berkenaan di Balai Polis Setia Alam. “Siasatan awal mendapati, mangsa keluar rumah pada jam 8.30 malam kerana merajuk…

Read More

Perlis Larang Individu Rentas Negeri Hadir Solat Aidiladha | Khalifah Media Networks – Seperti yang kita sedia maklum, tidak lama lagi umat Islam di seluruh negara bakal meraikan Hari Raya Aidiladha. Namun, pastinya suasana sambutan perayaan Aidiladha tidak lagi seperti tahun yang sebelum-sebelum ini ekoran penularan wabak Covid-19. Terbaru, individu yang terlibat dengan aktiviti rentas negeri, termasuk mereka yang berulang alik bekerja setiap hari. Tidak dibenarkan hadir ke solat sunat Aidiladha di Perlis pada Selasa ini. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah larangan itu membabitkan ahli keluarga dan individu yang tinggal bersama mereka. Melainkan ahli keluarga dan individu…

Read More

Gara-gara Baling Serpihan Kerusi, Lelaki Dipukul Dengan Besi | Gara-gara tidak puas hati dibaling serpihan kerusi plastik semasa sedang menunggang motosikal, seorang lelaki berusia 22 tahun sanggup membalas balingan berkenaan dengan memukul si pembaling menggunakan sebatang besi chop buah sawit dalam kejadian di Felcra Rompin, semalam. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, susulan kejadian berkenaan, mangsa berusia 24 tahun terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Jempol dan doktor mengesahkan tangan kiri mangsa telah patah. Beliau berkata, berdasarkan siasatan, kedua-dua lelaki berkenaan difahamkan saling mengenali kerana menetap di perkampungan yang sama. “Suspek dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang…

Read More

Peniaga ‘Online’ Alami Kerugian RM78,706 Akibat Ditipu Pelanggan | Apabila semakin canggih teknologi hari ini, maka semakin canggih cara manusia berfikir sehinggakan cara memperdayakan orang lain pun juga canggih. Hal ini dikaitkan dengan segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab yang melakukan perbuatan tidak bermoral iaitu menipu masyarakat untuk meraih kepentingan diri. Terbaru, seorang peniaga dalam talian rugi RM78,706 apabila ditipu pelanggan yang mendakwa sudah memasukkan wang ke dalam akaun banknya untuk satu pembelian pada Jumaat lalu. Difahamkan, pelanggan yang menggunakan empat nama akaun Facebook berbeza menghantar resit pembayaran kepada peniaga terbabit untuk pembelian pakaian wanita dijual secara dalam talian. Bagaimanapun, peniaga berusia…

Read More

Rider ‘Panjat’ Tingkat 14 Untuk Hantar Barang Dapur | Kegigihan seorang penghantar makanan (rider) memanjat tangga sehingga tingkat 14 semata-mata untuk menghantar barangan kepada pelanggan menyentuh perasaan orang ramai. Menerusi sekeping gambar yang dikongsi seorang pengguna laman Facebook yang dikenali sebagai Muhammad Faiz memaparkan beberapa barangan dipercayai telah dihantar sehingga ke rumah pelanggan. “Tingkat 14 naik tangga, mandi mat,” tulisnya pada gambar berkenaan. Meskipun tidak dinyatakan kenapa dia terpaksa ‘memanjat’ tangga sehingga tingkat 14, namun difahamkan lif di perumahan tersebut tidak dapat digunakan. Namun, pengguna tidak menyatakan lokasi dan bila gambar itu diambil. Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial…

Read More

Suri Rumah Derita, Alami Penyakit Pendarahan Urat Betis | Segala apa yang berlaku dalam kehidupan manusia sama ada kesenangan ataupun kesusahan, semuanya ada hikmah sebalik apa yang berlaku. Oleh kerana itu, jika seseorang ditimpa musibah berupa sakit dan penyakit, maka ambil hikmah di sebalik apa yang berlaku. Ujian yang menimpa seorang suri rumah apabila dia mengalami derita penyakit pendarahan urat betis. Difahamkan, wanita berkenaan sudah habis ikhtiar untuk merawat penyakit pendarahan misteri yang dialaminya sehingga dia banyak kehilangan darah sejak lima tahun lalu. Syarifah Ainun Mohamed, 48, mengalami masalah darah keluar dalam jumlah yang banyak melalui urat betis sehingga terpaksa menadah…

Read More

Lelaki Cedera Di Bahagian Muka Dan Badan Selepas Bertengkar Di Tepi Jalan | Telah tular sebuah video yang memaparkan berlakunya pertengkaran yang melibatkan beberapa individu di kawasan tepi jalan. Seorang lelaki berusia 30 tahun yang dipercayai merupakan seorang buruh dikatakan sedang berjalan pulang dari tempat kerjanya.Namun semasa berjalan dua telah dihampiri oleh sebuah kereta Perodua Alza di Jalan Pasir Tumboh, Kota Bharu. Menurut kenyataan polis, dipercayai bahawa pemandu yang menaiki kenderaan tersebut turut bersama dengan tiga orang wanita.  Pemandu itu bertindak membunyikan hon kerana mengenali lelaki yang sedang berjalan kaki itu. Dari situlah bermulanya pertengkaran serta ejek-mengejek berlaku di antara…

Read More