Author: Miss Alin

Padah Sambut Hari Jadi, 10 Individu Dikompaun RM15,000 | Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada ketika ini bertujuan untuk mengekang penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan. Namun, masih terdapat segelintir dari masyarakat menganggap hal ini sebagai perkara yang remeh dan bertindak sesuka hati tanpa memikirkan risiko yang bakal mereka hadapi. Kuching: Seorang lelaki dikenakan kompaun gara-gara menjemput rakan meraikan hari jadi saudaranya di kediamannya di Skim Penempatan Baru Stapok, Jalan Stapok Utama, di sini, semalam. Kesemua lelaki terbabit berusia antara 24 hingga 53 tahun itu dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 setiap seorang. Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan, berkata sepasukan…

Read More

Padah Berlumba, Lakukan Aksi Berbahaya Empat Penunggang Motosikal Ditahan | Walaupun negara pada ketika ini masih dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi terdapat segelintir masyarakat yang tetap berdegil untuk keluar rumah melakukan perkara yang tidak berfaedah termasuk berlumba di jalan raya. Seringkali kita dengar golongan remaja berlumba dan melakukan aksi berbahaya ketika menaiki motosikal di jalan raya sekaligus membahayakan diri sendiri serta orang ramai. Baru-baru ini, empat penungang motosikal termasuk tiga remaja telah ditahan kerana berlumba sesama sendiri sambil melakukan aksi merbahaya di Jalan Kluang-Air Hitam, Batu Pahat, Johor malam tadi. Mereka yang berusia antara 16 hingga 24 tahun ditahan…

Read More

Kanak-kanak Perempuan Cedera, Terjatuh Dikejar Anjing Liar | Penduduk di Rumah Rakyat Rasah, Mambau dekat sini memohon pihak berwajib mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu kehadiran anjing liar di taman perumahan tersebut yang kini telah memberi ancaman kepada keselamatan orang ramai. Seremban: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun cedera setelah mereka dikejar kira-kira tujuh ekor anjing liar dalam kejadian di kawasan Rumah Rakyat Rasah, dua hari lalu. Seorang penduduk, Nur Afikah Noor Ahsikim, 25, berkata, dalam kejadian itu, anaknya Nur Aura Mikayla Mohamad Hilmi, 2, didukung jirannya, Noraina Adina Rahim, 18 ketika berada di…

Read More

TNB Bantu Lebih 1,900 Komuniti Terputus Bekalan Makanan | Ketika negara sedang dilanda pandemik Covid-19, pastinya kita tahu ramai diantara rakyat di negara ini yang terjejas bekalan makanannya akibat kekurangan dari segi kewangan. Hal ini kerana, mereka kehilangan punca pendapatan serta tidak boleh bekerja ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Baru-baru ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikatakan telah membantu lebih 1,900 orang di seluruh Semenanjung termasuk fakir miskin, asnaf, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) warga emas serta mereka yang kehilangan sumber pendapatan menerusi Tabung Warga TNB Prihatin (WTP). Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sumbangan yang bernilai lebih RM1.13 juta…

Read More

Tok Batin Kini Ikon Vaksin Kepada Masyarakat | Tok batin sememangnya dikenali sebagai pemimpin komuniti orang asli yang bertanggungjawab terhadap isu-isu kebudayaan, adat resam, pembangunan, ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sebagainya demi manfaat komuniti orang asli. Mengikut peredaran masa, zaman dan teknologi telah meletakkan pelbagai tanggungjawab yang perlu digalas dan kini diperluas sebagai ikon menentang salah faham tentang vaksin Covid-19, yang menakutkan masyarakat orang asli untuk mendaftar sebagai penerima vaksin. Bagi menghapuskan ketakutan orang asli untuk menerima suntikan vaksin, seramai 40 orang Tok Batin di Perak telah dipilih baru-baru ini dan menjadi individu terawal menerima vaksin mewakili kawasan masing-masing bagi menyampaikan…

Read More

Lapan Beranak Terputus Bekalan Makanan, Hanya Mampu Bakar Lokan Yang Dikutip Belakang Rumah Untuk Isi Perut | Selepas terputus bekalan makanan selama beberapa hari, keluarga ini terpaksa memacakkan bendera putih kerana mereka tidak lagi mempunyai sumber pendapatan. Mereka sekeluarga yang membabitkan lapan beranak terpaksa makan lokan bakar yang dikutip di sungai belakang rumah untuk mengisi perut selama beberapa hari. Empat daripada mereka yang tinggal di Kampung Serkong di sini yang bekerja kampung tidak dapat bekerja sejak pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) awal bulan lalu. Nik Kamarudin Nik Ibrahim, 27, berkata dia yang bekerja sebagai pengutip besi buruk sudah lama tidak…

Read More

MAIK Beri Kebenaran Tambah Tempat Sembelihan Ibadah Korban | Seperti yang kita sedia maklum, perayaan Aidiladha semakin hampir. Apa yang seronoknya ketika menyambut perayaan itu apabila adanya ibadah korban. Namun, ekoran penularan wabak Covid-19, sambutan perayaan Aidiladha tidak lagi meriah seperti dulu. Mereka yang ingin terlibat dengan aktiviti penyembelihan ini perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) telah bersetuju untuk memberi kebenaran kepada pihak masjid bandar, jajahan dan mukim. Berikutan untuk menambah tempat sembelihan ibadah korban di lokasi yang sesuai. Yang Dipertua MAIK, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, berkata kebenaran…

Read More

Perlis Akan Melaksanakan Solat Sunat Aidiladha Di Tanah Lapang | Seluruh negeri Perlis akan melaksanakan solat sunat Aidiladha di kawasan tanah lapang perkarangan masjid bermula pada jam 8 pagi. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kebenaran berkenaan diberikan setelah mendapat limpah perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang meneliti perkembangan semasa penularan pandemik Covid-19 di seluruh negara dan negeri serta kebenaran aktiviti pengimarahan masjid di negeri itu semasa Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara. Pelaksanaan Solat Aidiladha dilaksanakan di tanah lapang berkenaan adalah di perkarangan masjid dan tertakluk kepada ketetapan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid masing-masing di…

Read More

Lelaki Melecur Kedua-dua Tangan Ketika Cuba Padam Kebakaran | Kebelakangan ini sering kita dengar dan lihat di media sosial mahupun di dada akhbar kejadian yang melibatkan rumah musnah dalam kebakaran. Ada segelintir kejadian berkenaan hingga meragut nyawa seseorang dan ada juga yang berjaya menyelamatkan diri mereka walaupun akibatnya mereka hanya tinggal sehelai sepinggang. Baru-baru ini kejadian yang berlaku di Ranau, seorang lelaki melecur di kedua-dua tangan ketika cuba memadamkan kebakaran membabitkan rumah sewa yang didiaminya bersama keluarga dalam kejadian di Kampung Kibbas pada malam Sabtu. Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku pada jam 7.15 malam itu, mangsa yang berusia 43 tahun diberi…

Read More

Jabatan Imigresen Wujudkan Kaunter Khas Untuk PATI Pulang Ke Negara Asal | Isu lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini bukan lagi satu isu baharu. Masalah ini mendapat perhatian apabila ada warga asing di negara ini terutama yang berstatus pelarian bertindak tidak mengendahkan undang-undang terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan bagi memerangi pandemik Covid-19. Bagaimanapun, Jabatan Imigresen telah mewujudkan Perkhidmatan Kaunter Khas Rekalibrasi Pulang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memudahkan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ingin pulang ke negara asal bermula, Isnin lalu. Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata…

Read More