Vaksin AstraZeneca Boleh Ditempah Mulai 12 Tengah Hari Esok Bagi Yang Berusia 60 Tahun Kebawah| Tempahan Vaksin AstraZeneca akan dibuka kepada orang ramai yang berusia di bawah 60 tahun pada jam 12 tengah hari 26 Mei 2020. Slot tempahan ini akan dibuka di beberapa kawasan. Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), antara kawasan yang bakal dibuka untuk slot tempahan vaksin AstraZeneca adalah di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor, Kuching dan Miri Sarawak. Berita ini telah disampaikan di sidang media oleh enteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin. https://twitter.com/JKJAVMY/status/1397058433254182914?s=20 Sebanyak 228,347 slot telah ditempah oleh golongan warga…
Author: Miss Alin
Berkeliaran Di Tempat Awam, Lelaki Pakai Gelang ‘Pink’ Dikompaun RM4,000 | Penularan wabak Covid-19 di negara sangatlah membimbangkan ekoran jumlah kes yang semakin meningkat beberapa minggu ini. Justeru itu, rakyat dinasihatkan agar kekal berada di rumah dan hanya keluar apabila mempunyai urusan penting sahaja. Bukan itu sahaja, individu yang memakai gelang ‘pink’ diarahkan kuarantin wajib 14 hari dan sentiasa memakai gelang tangan sepanjang tempoh pengawasan dan pemerhatian di rumah. Butterworth: terbaru, pihak polis telah mengeluarkan kompaun yang berjumlah RM4,000 terhadap seorang lelaki yang berkeliaran dengan tangannya terdapat gelang berwarna merah jambu di sebuah kompleks makanan dekat Telok Ayer Tawar, di sini,…
Program Vaksinasi Kepada Remaja 12 Tahun Keatas Telah Bermula Di Kanada | Program vaksinasi bagi mencegah Covid-19 di negara Kanada dilihat berada di landasan yang tepat selepas mereka kini dilaporkan hampir separuh wilayah di negara terbabit telah memulakan program vaksinasi bagi remaja berusia 12 tahun ke atas. Orang awam di negara Kanada kini dilihat teruja dengan perkembangan terbabit selepas ia menandakan lebih ramai anak-anak mereka dapat keluar dan kembali ke sekolah. Berikutan di wilayah Toronto, Kanada, orang awam dilihat telah mula membanjiri di tempat vaksinasi bagi menyertai program berkenaan pada Isnin yang lalu berikutan suntikan bagi vaksin Covid-19 dikatakan turt…
Istilah ‘Apertheid’ Ditujukan Kepada lsraeI- Menteri Luar Perancis | Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian kini dilihat menjadi pemimpin pertama dari negara tersebut menggelarkan lsraeI sebagai ‘apertheid’ berikutan dasar diskriminasi perkauman yang telah dilakukan oleh rejim Tel Aviv tersebut terhadap rakyat PaIestin. Beliau yang dilihat turut mengecam secara terang-terangan serta menggunakan definisi terbabit bagi menzahirkan kebimbangan terhadap kekejaman rejim ZionIs ke atas penduduk PaIestin di Baitulmaqdis dan wilayah yang diduduki mereka. Menurut Le Drian, beliau memberikan amaran risiko ‘ apertheid secara berterusan’ akan berlaku jika konflik lsraeI-PaIestin itu tidak diselesaikan menerusi wawancara bersama RTL Radio dan akhbar Le Figaro pada Ahad. Jelas beliau lagi,…
Pengguna Kecewa, SOP baharu Penyebab Pengakutan Awam Sesak. Ada Video| Setelah perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, Polis kini dilaporkan telah mengehadkan kapasiti pengakutan awam kepada 50 peratus sahaja manakala kekerapan pengakutan juga telah dikurangkan di ibu kota menyebabkan timbulnya kritikan negatif oleh pengguna khusunya netizen Malaysia. https://twitter.com/Hanathesith/status/1396983379992616962?s=20 Rata-rata pengguna meluahkan ketidakpuasan hati mereka melalui tinjauan di media sosial oleh Awani yang menunjukkan rata-rata pengguna media sosial Twitter meluahkan rasa kesal apabila mendapati orang ramai terpaksa bersesak akibat menunggu untuk tempoh yang lama pengangkutan awam. Kesesakan yang berlaku menyebabkan penjarakan fizikal dilihat sukar untuk dilakukan justeru mengundang kemudaratan kepada para pengguna…
Cuba Ceroboh Sempadan, Pasangan Suami Isteri Ditahan | Semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara adalah tidak dibenarkan. Bukan itu sahaja, aktiviti rentas sempadan juga tidak dibenarkan kerana risau akan keboleh jangkitan wabak Covid-19 semakin berleluasa. Ramai rakyat yang berasal dari negara jiran yang turut terkandas tidak dapat pulang ke negara asal selepas kerajaan melaksanakan penutupan sempadan susulan penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh negara. Bangkok: Sepasang suami isteri ditahan ketika cuba menyeberangi tembok di sepanjang sempadan Thailand-Malaysia untuk menyelinap ke Sadao, di selatan Songkhla, Thailand semalam. Dikatakan, wanita yang berusia 39…
Rentas Daerah, Negeri Untuk Beraya Punca 90 Individu Positif Covid-19 | Larangan pulang ke kampung semasa hari raya Aidilfitri yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan adalah bertujuan memastikan tiada peningkatan kes Covid-19 yang mendadak. Namun, terdapat juga sesetengah individu yang berdegil untuk pulang ke kampung dengan pelbagai cara. Kuala Terengganu: Tindakan segelintir individu melakukan rentas daerah dan negeri untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga mereka dengan memberikan pelbagai alasan kepada pihak berkuasa menyebabkan sekurang-kurangnya 90 individu disahkan positif Covid-19 di negeri ini. Perbuatan itu terbongkar setelah ramai dari ahli keluarga didapati positif Covid-19 di satu lokaliti. Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi…
Cabaran Bawa Jenazah Covid-19, ‘Dikelilingi Sungai Dan Pengangkutan Utama Guna Bot’ | Kadar kematian akibat penularan wabak Covid-19 di negara ini semakin meningkat pada ketika ini. Perkara seperti ini sangat menyayat hati masyarakat kerana kematian yang berpunca dari Covid-19 sangat lah tidak diingini kerana kebanyakan hal pengurusan jenazah bukanlah dari keluarga sendiri sebaliknya petugas barisan hadapan yang lakukannya. Tumpat: Pengalaman berjalan kaki sejauh hampir 600 meter dengan keadaan lencun dengan peluh disebabkan memakai sut pakaian perlindungan khas (PPE) untuk mengambil jenazah mangsa Covid-19 menjadi pengalaman yang sukar untuk dilupakan. Tidak cukup dengan itu, bot yang digunakan untuk membawa jenazah warga emas…
Arab Saudi Hadkan Pembesar Suara Luar Untuk Azan Dan Iqamat Sahaja | Penggunaan pembesar suara ketika melakukan ibadah solat di masjid mungkin bertujuan untuk mengajak umat islam yang lain untuk sama-sama menunaikan solat. Namun, dalam pada masa yang sama ia juga boleh memberi satu ketidakselesaan kepada sesetengah orang. Riyadh: Menteri Hal Ehwal Islam, Panggilan dan Bimbingan Arab Saudi Syeikh Dr. Abullatif Abdulaziz Al-Sheikh mengeluarkan arahan supaya pengurusan masjid di semua wilayah di negara itu mengehadkan penggunaan pembesar suara untuk panggilan azan dan iqamat sahaja. Menurut laporan akhbar Saudi Gazzate, kekuatan pembesar suara juga tidak melebihi satu pertiga daripada keupayaan maksimum…
Sistem Kesihatan India Lumpuh, Pesakit Covid-19 Beralih Ke Klinik Haram | Seperti yang kita sedia maklum, penularan wabak Covid-19 di India sememangnya sudah tidak terkawal. Hal ini kerana, India telah mencatat lonjakan kira-kira lapan juta kes baharu sejak hujung Mac lalu susulan negara itu dilanda gelombang luar biasa, yang berpunca daripada varian baharu virus itu, selain langkah kerajaan membenarkan kebanyakan aktiviti, termasuk himpunan keagamaan dan politik besar-besaran. New Delhi: Dikatakan pada ketika ini sistem kesihatan di India yang sudah lumpuh telah menyebabkan ramai pesakit Covid-19 terpaksa mendapatkan rawatan perubatan secara haram. Agensi berita melaporkan, walaupun pemimpin negara itu menyatakan wabak…