Lawatan Mengejut Wee Ke JPJ, Sistem Perkhidmatan Kaunter Didapati ‘Kuno’. | PETALING JAYA: Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong menyifatkan sistem perkhidmatan kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika ini sebagai “kuno”. Beliau membuat kesimpulan itu selepas mengadakan lawatan kerja mengejut ke JPJ Johor bagi mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai perkhidmatan pihak berkuasa itu. Katanya, sistem perkhidmatan sedia ada menyebabkan orang ramai masih perlu beratur panjang untuk berurusan dengan JPJ. “Selepas lawatan kerja mengejut, saya dapat membuat kesimpulan bahawa sistem perkhidmatan kaunter JPJ yang sedia ada terlalu kuno (lebih 10 tahun) dan perlu ada anjakan paradigma ke arah digitalisasi untuk jangka…
Author: Admin Aqilah
Isu Naikkan Had Umur Persaraan, Ini Komen Bernas Daripada CUEPACS. | SHAH ALAM – Tiada keperluan untuk kerajaan menaikkan had umur persaraan sedia ada kepada kakitangan sektor perkhidmatan awam buat masa ini. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat berkata, cadangan untuk meningkatkan had umur persaraan tidak sesuai dilakukan dalam tempoh tiga hingga lima tahun dari sekarang sehingga ekonomi negara semakin kukuh. Menurutnya, keadaan ekonomi yang tidak begitu memberangsangkan ketika ini juga mengakibatkan ramai rakyat masih menganggur serta sukar mencari peluang pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan. “Umur persaraan 60 tahun sudah memadai bagi keperluan semasa…
Malaysia Tegas Tidak Benarkan Warga Israel Sertai Acara Skuasy Dunia Di KL. | Malaysia menolak untuk memberikan visa kepada pemain Israel yang mahu menyertai kejohanan skuasy utama bulan depan, kata badan pengurusan sukan negara, mencetuskan kecaman ramai di negara Yahudi tersebut. Tindakan tersebut adalah satu lagi keputusan tegas negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel bagi menghalang atlet dari negara itu masuk ke Malaysia. Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia bagi lelaki itu dijangka berlangsung di Kuala Lumpur dari 7 hingga 12 Disember dengan, dengan 26 regu bakal mengambil bahagian. Bagaimanapun, Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) berkata ia “telah dimaklumkan, pihak berkuasa…
Pengasas Rumah Bonda Mengaku Tak Bersalah Dera Kanak-Kanak Sindrom Down. | KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun. Siti Bainun, 29, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Izralizam Sanusi. Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga remaja itu telah menganiaya mangsa sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal dan emosi. Dia dituduh melakukan perbuatan tersebut di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun tahun ini, mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001…
Masyarakat Rohingya Jadi ‘Tauke’, Kawal Padi Dan Beras Negara. | KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional hari ini menyuarakan kebimbangan masyarakat Rohingya menjadi “tauke” padi dan beras di negara ini. Salim Sharif (BN-Jempol) berkata, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian setakat ini mengesan lebih 200 orang Rohingya mengerjakan sawah padi di seluruh negara. “Orang Rohingya ini menjadi tauke padi. Dalam beberapa tahun lagi, mereka mungkin mengawal lebih banyak sawah padi,” katanya ketika membahas Rang Undang-undang Perbekalan 2022 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat. Salim berkata, keadaan itu turut berlaku di kawasannya kerana warga tempatan tidak mahu mengusahakan sawah padi, sebaliknya lebih rela…
Tuan Gambar Sotong Kayangan Mohon Maaf, Jadi Mangsa Fitnah. Ini Cerita Sebenarnya. | GEORGE TOWN: Wanita yang menyiarkan gambar resit di tengah-tengah kontroversi sotong goreng memohon maaf atas sebarang kekeliruan dalam posting di laman Facebook Restoran Hameediyah malam ini. Dalam catatan itu, wanita tidak dikenali itu berkata dia telah mengunjungi restoran nasi kandar tertua di negeri itu pada jam 5 petang semalam. Dia seterusnya memberitahu bahawa dia dan pasangannya telah memesan dua sotong goreng (sotong goreng) Apollo, berharga RM50 setiap satu. Wanita itu berkata lagi, dia melihat pemilik restoran memasukkan harga hidangan itu dan tidak membantah harga itu kerana dia pernah…
(Ada Video) Babi Hutan Merayau, ‘Sesat’ Di Parkir Pasar Raya. | SEREMBAN – Video kemunculan dua ekor babi hutan berkeliaran di kawasan parkir premis sebuah pasar raya di Seremban Jaya di sini menarik perhatian ramai. Kemunculan haiwan liar itu sempat dirakam sebelum video berdurasi 26 saat dan dimuat naik semalam selain tular di aplikasi TikTok. Menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Nurul Ermi Ramli, pihak pengurusan pasar raya sudah membuat laporan berhubung kejadian itu kepada Perhilitan. “Kita lakukan siasatan dan tidak pasti sama ada video ditularkan itu rakaman baharu atau lama, namun Perhilitan akan…
(Ada Video) Kebakaran Besar Menjadi Punca Asap Tebal Selubungi KL. | PETALING JAYA: Sebuah kedai menjual alat ganti kereta terpakai di Taman Segambut, ibu negara, musnah dalam kebakaran petang tadi. Kepulan asap tebal menyelubungi ruang udara Kuala Lumpur akibat kebakaran yang berlaku ketika jalan raya sesak dengan kenderaan warga kota yang pulang selepas waktu kerja. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, ia menerima panggilan kecemasan pada 5.50 petang tadi. Susulan itu, katanya, 83 anggota daripada pelbagai pasukan, termasuk dari lapan balai bomba Taman Tun Dr Ismail, Wangsa Maju, Jinjang, Sri Hartamas, Hang Tuah, Titiwangsa, Sentul dan…
Suami Atau Bekas Suami Culas Bagi Nafkah Berdepan Sekatan Bank. | PUTRAJAYA: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) memaklumkan, suami atau bekas suami yang culas memberi nafkah bakal berdepan tindakan sekatan akaun bank. Menurutnya, tindakan itu dikenakan selepas pindaan terhadap Jadual 11 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 diluluskan dan diwartakan pada 10 Februari lalu. “Pindaan pada perenggan lima Jadual 11 itu memasukkan pematuhan dan penzahiran maklumat bawah hiwalah, iaitu pemindahan hutang daripada penghutang penghakiman kepada pihak ketiga, iaitu institusi kewangan kepada pemiutang penghakiman. “Selain itu, perenggan enam jadual sama berhubung penzahiran…
Banjir Kilat: Sampah Sarap Ditemui Bersepah Ibarat Di Dalam Filem. | PETALING JAYA- Kejadian banjir kilat yang berlaku di Kampung Lembah Jaya Utara dan Lembah Jaya Selatan Ampang semalam disamakan netizen dengan jalan cerita daripada filem Aquaman. Persamaan itu dinyatakan seorang pengguna media sosial dikenali WangsaMajuNetizen apabila memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan longgakan sampah di beberapa kawasan selepas banjir surut. Menerusi gambar dikongsikan itu, kelihatan juga beberapa petugas kebersihan sedang membersihkan sampah berkenaan yang turut tersekat di dalam parit dan tepi sungai. “Bila tengok sampah-sampah yang tertinggal bila banjir surut dekat Ampang, teringat cerita Aquaman, semuanya punca kita juga,”…