Pasangan Kembar Didakwa Tipu Peperiksaan Menang | Menipu dan meniru ketika dalam peperiksaan adalah kesalahan yang serius tambahan rakan ‘subahat’ mempunyai jawapan yang sama. Namun lain pula dengan pasangan kembar di Amerika Syarikat ini apabila mereka dituduh menipu apabila jawapan kertas peperiksaan mereka hampir sama sedangkan mereka duduk dalam jarak yang jauh. India Times melaporkan, Kayla dan Kylie Bingham didakwa melakukan perbuatan itu ketika menduduki peperiksaan akhir di Universiti Perubatan Carolina Selatan (MUSC) pada Mei 2016 iaitu ketika tahun kedua pengajian. Kembar berusia 24 tahun ketika itu, didakwa menipu selepas pengawas ujian menyemak keputusan peperiksaan mereka dan mendapati 296 daripada…
Author: Daachayani Arul Sekaran
Lelaki Tinggal Nota Bvnuh Diri Palsu, Lari Membawa Anak-anaknya | Seorang lelaki Thailand sangat membenci isterinya sehinggakan sanggup memalsukan kematian diri sendiri untuk lari daripada belenggu wanita itu, lapor portal berita Thaiger. Pada mulanya, suami berusia 35 tahun bernama Bird dari bandar Udon Thani, timur laut Thailand itu meninggalkan nota bunuh diri kepada isterinya pada 13 Disember lalu. Dalam nota tersebut, Bird berkata, dia tidak tahan dengan sikap isterinya dan menambah, dia membawa anak lelaki mereka bersamanya. Pada malam Selasa lalu, seorang penduduk yang pergi bersenam di Taman Awam Nong Prachak menemui dua pasang selipar milik seorang dewasa dan seorang…
Kanak-kanak Hampir Kena Telan Dengan Badak Air | Paul Iga, kanak-kanak yang berusia 2 tahun, sedang bermain di luar rumahnya yang terletak berdekatan dengan Tasik Edward, semasa seekor badak air menyerangnya. Dalam kejadian mengerikan itu, badak itu ‘menangkap’ kanak-kanak itu dengan rahangnya sebelum mula menelannya. Seorang penduduk tempatan, Chrispas Bagonza, ternampak kejadian itu dan membaling batu ke arah haiwan itu untuk menakutkannya. Perbuatan itu berjaya mengejutkan badak air itu yang meluahkan kembali kanak-kanak malang itu sebelum berenang kembali ke dalam tasik. Kanak-kanak berusia dua tahun itu dibawa untuk rawatan ke klinik berhampiran sebelum dipindahkan ke hospital di Bwera, di mana…
Anak Dibvnuh Kerana Hutang Kedai Runcit | Seorang peniaga runcit yang membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dan menanamnya di dalam bilik airnya dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Mahkamah Jenayah Minya menjatuhkan hukuman itu terhadap Manar, 20, yang didakwa membunuh Duha Ashraf kerana mahu membalas dendam terhadap ibunya, Mona Omar Mohamed, 45, yang didakwa berhutang EGP 1,500 (RM269) dengannya. Pembunuhan ngeri itu berlaku di bandar Minya, di Mesir, pada 16 Julai tahun lalu. Manar percaya bahawa Mona mencemarkan nama baiknya dengan penduduk tempatan. Jadi dia ‘memancing’ Duha ke rumahnya dengan berjanji mahu memberi coklat sebelum kanak-kanak itu dibunuh dan…
Isteri Lemah Lembut Bertukar Garang & Pemarah, Suami ‘Stress’ Mahu Cerai | Kisah seorang suami memilih jalan untuk berpisah kerana trauma dengan isterinya yang dikatakan garang serta pemarah menjadi bualan hangat warganet. Kisah berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna dikenali sebagai Farizal Radzali di Facebook. Ceritanya bermula apabila si isteri yang dahulunya mempunyai perwatakan lemah lembut, namun bertukar menjadi pemarah sejak hamil anak kedua. Kedua-duanya berusia awal 30-an. Ada 2 orang anak. Anak pertama berusia 3 tahun, anak kedua berusia 3 bulan. Si suami nak bercerai sebab isterinya garang dah tak sama macam dia kenal sebelum ni dan masa mula-mula berkahwin. Katanya dia…
160 Orang Terkorban Akibat Banjir | Lebih 160 orang terkorban dalam banjir paling buruk yang melanda ibu kota Republik Demokratik Congo (DRC) sejak bertahun-tahun, kata beberapa pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memetik sumber pihak berkuasa kelmarin. Selepas hujan turun semalaman pada Selasa lalu, jalan-jalan utama di pusat banda Kinshasa ditenggelami air selama berjam-jam, manakala laluan bekalan utama menuju ke pelabuhan Matadi runtuh. Bandar Kinshasa mempunyai sekitar 15 juta penduduk. Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Manusia PBB (OCHA) berkata, setakat 16 Disember 2022, pihak berkuasa Congo melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 169 orang meninggal dunia, kira-kira 30 orang cedera dan menerima rawatan di…
Lelaki Tembak Pekerja Restoran Gara-gara Berang Jagung Habis | Gara-gara tidak dapat mengawal emosi, seorang warga Amerika Syarikat (US) bertindak menembak pekerja selepas berang mendapat tahu restoran makanan segera itu kehabisan jagung, pada Isnin, lapor Daily Star. Menurut penyiasat, penembak terbabit memasuki lorong pandu lalu sebuah restoran di kejiranan Central West End, yang terletak di bandar US selepas mencuba untuk membuat pesanan. Suspek yang dianggarkan berada dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun itu, mula membuat ugutan kepada kakitangan menggunakan pembesar suara apabila dia dimaklumkan mengenai ketiadaan stok jagung. Suspek tersebut tidak dapat mengawal kemarahannya hingga bertindak mengeluarkan senjata pistol dan…
Pesakit M@ti Jatuh Dari Tingkat 7 Bangunan Hospital | Seorang lelaki ditemukan mati dipercayai terjun dari tingkat tujuh bangunan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAH) di sini, tengah malam tadi. ACP Mohd Azhar Mohd Yusoff, Ketua Polis Daerah Temerloh, berkata, pihaknya menerima aduan memaklumkan kejadian itu pada pukul 12.10 tengah malam. Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh menjalankan siasatan di tempat kejadian. ACP Azhar berkata bahawa hasil siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 19 tahun itu merupakan salah seorang pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital terbabit. Beliau juga menyata dalam…
Tak Tahan Hobi Memancing Suami, Isteri Nekad Bercerai | Seorang wanita di China nekad berpisah dengan suaminya selepas 10 tahun berkahwin kerana tidak tahan dengan tabiat lelaki itu yang ketagih memancing hingga melebihkan hobi itu daripada keluarga. Oddity Central melaporkan, wanita yang dikenali sebagai Zhang memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Rakyat Daerah Juye dekat wilayah Shandong. Menurut Zhang, hobi suaminya menyebabkan dia terpaksa menguruskan semua kerja rumah dan dua anak mereka sendiri manakala suaminya ‘goyang kaki’ di sofa sambil melihat telefon pintar dan seterusnya keluar memancing bersama rakan selepas makan malam setiap petang. Zhang berulang kali telah meminta suaminya…
Lelaki Dari India Berpuluh Tahun Cari Kubur Bapa, Jumpa Di Malaysia | Seorang lelaki India yang kematian bapanya ketika berusia enam bulan berusaha keras mencari dan melawat kubur bapanya yang terletak beribu-ribu kilometer di negara lain, lapor BBC. Jika anda bertanya kepada Mr. Thirumaran tentang kenangan bersama bapanya, tidak banyak yang boleh dia katakan dan wajah bapanya juga tidak diingati. Bapanya, K Ramasundaram, merupakan seorang guru sekolah di Malaysia dan meninggal dunia akibat radang paru-paru pada tahun 1967, enam bulan selepas kelahiran Mr. Thirumaran. Selepas pemergian bapanya, Mr. Thirumaran dan ibunya kembali ke Tamil Nadu di selatan India pada tahun…