Budak 4 Tahun M@ut Diserang Anjing | Kanak-kanak berusia empat tahun dilaporkan maut diserang seekor anjing di United Kingdom, pada Selasa. Perkhidmatan ambulans menghubungi polis kira-kira 5 petang selepas menerima laporan serangan anjing di sebuah hartanah di Broadlands, Netherfield di Buckinghamshire yang terletak kira-kira 80 kilometer dari barat laut London, lapor Agensi Anadolu. Superintendan Matt Bullivant berkata dalam kenyataan itu bahawa ini adalah kejadian yang benar-benar tragis, di mana mereka percaya bahawa seorang kanak-kanak sudah terbunuh selepas diserang oleh seekor anjing. Tiada tangkapan dibuat setakat ini. Pada awal Januari, serangan anjing di tenggara England mengorbankan nyawa seorang wanita dan mencederakan…
Author: Daachayani Arul Sekaran
Lelaki Parah Ketika Kutip Telur Buaya | Seorang lelaki kritikal selepas diserang seekor buaya ketika mengutip telur reptilia itu di kawasan paling terpencil di wilayah utara, Australia. Ketika kejadian, lelaki itu sedang mengutip telur buaya di sepanjang Sungai Daly sebelum diserang reptilia itu. Buaya itu membaham kaki lelaki berusia 29 tahun itu menyebabkan mangsa parah, namun dia berjaya melepaskan diri daripada rahang reptilia itu. Mangsa, dikejarkan ke Hospital Royal Darwin menggunakan helikopter persendirian. Jurucakap pihak Kesihatan Wilayah Utara berkata, keadaan lelaki yang sedang menjalani pembedahan kecemasan itu semakin merosot dan kritikal. Lelaki itu kritikal namun stabil DAN kemudiannya dipindahkan ke…
49 Pelajar Madrasah Ditemukan Lemas | Seramai 51 orang termasuk 49 kanak-kanak dan remaja lelaki lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik di sebuah tasik di barat laut Pakistan, Ahad lalu. Pegawai kanan pasukan penyelamat, Khateer Ahmad mengesahkan, 49 mangsa berusia antara tujuh hingga 14 tahun itu adalah pelajar sebuah madrasah yang mengadakan lawatan sehari ke tasik Tanda Dam, Ahad lalu. Katanya, dua lagi mayat yang ditemukan ialah seorang guru dan pengendali bot berkenaan. Beliau berkata, air empangan itu membeku kerana cuaca sejuk sekali gus menghalang misi menyelamat. Beliau juga berkata, manakala hari ini penyelam dapat menyelam kawasan paling dalam untuk mengeluarkan…
Pelajar Universiti Ditemui M@ut Di Bilik Asrama | Seorang pelajar yang menuntut di sebuah universiti di Amerika Syarikat ditemui mati di dalam bilik asramanya selepas mengikuti upacara ritual yang tidak berperikemanusiaan dan kejam di sebuah organisasi. Difahamkan, rakan kepada mangsa telah melancarkan sebuah petisyen yang meminta pihak polis menyiasat sebuah rumah perhimpunan kerana mangsa didakwa telah minum di sana sebelum kematiannya. Menurut penganjur, mangsa maut sejurus mengikuti proses ikrar yang panjang dan kejam yang dibenarkan oleh organisasi itu. Malah, perhimpunan berkenaan memaksa mangsa dan ramai lagi pengikut lain untuk melakukan pelbagai perkara lain yang jelas tidak boleh dipaksa oleh sesiapa pun.…
Wanita Nekad Panjat Kereta Suami, Dapat Tahu Suami Curang | Satu video yang memaparkan aksi seorang wanita cuba memanjat sebuah kereta sedan berwarna oren di sebatang jalan di wilayah Tak, Thailand untuk menghalang suaminya memandu pergi bersama perempuan simpanan telah tular di media sosial Thailand. Dapat dilihat dalam video tersebut bahawa terdapat beberapa orang awam cuba menahan wanita itu daripada dilanggar oleh pemandu yang juga suami kepada wanita berkenaan. Bagaimanapun, pemandu itu meneruskan perjalanannya dan memandu lebih laju untuk menjatuhkan wanita itu dari bonet hadapan kereta berkenaan. Wanita itu kemudiannya membalas dengan memukul cermin kereta tersebut sambil meminta agar suaminya itu…
“Influencer” TiKTok Tak Basuh & Berhari-hari Pakai Baju Tidur Yang Sama | Pendedahan seorang pempengaruh TikTok bahawa dia tidak membasuh dan memakai baju tidur yang sama berhari-hari telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan pengikutnya baru-baru ini. Allison Delperdang sebelum ini menerusi satu video bertanya kepada orang ramai beberapa soalan mengenai tabiat pemakaian baju tidur. Allison bersoal dalam video Tik Tok bahawa dia nak tahu, ada tak sesiapa di sini yang memakai baju tidur yang sama untuk beberapa malam? Allison juga bersoal menerusi video tersebut bahawa dia pakai baju tidur yang sama untuk beberapa malam. Jadi dia nak bertanya, adakah semua…
Pesawat Tentera Udara Filipina Terhempas | Jurucakap tentera berkata sebuah pesawat Tentera Udara Filipina (PAF) terbabit dalam kemalangan semasa sesi latihan pada Rabu. Jurucakap PAF Ma Consuelo Castillo dalam satu kenyataan berkata, pesawat SF260 dengan dua juruterbang itu terhempas di wilayah Bataan, barat Manila, lapor Xinhua. Castillo berkata, pesawat itu berlepas dari pangkalan tentera di Sangley Point di wilayah Cavite, 9.59 pagi waktu tempatan. Beliau berkata bahawa mereka kehilangan jejak pesawat lebih 30 minit selepas penerbangan berlepas. Radio tempatan DZBB berkata, serpihan pesawat itu ditemukan di bandar Pilar di Bataan bersama mayat dua juruterbang itu. Pada petang Selasa, sebuah pesawat…
Anjing Tak Sengaja Pijak Senjata Tembak Mati Lelaki | Anjing dipercayai menembak mati seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) pada hujung minggu lalu, selepas haiwan itu tidak sengaja terpijak senjata api yang diletakkan di tempat duduk belakang sebuah pikap. Mangsa, yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan, terkena peluru di bahagian belakangnya. Menurut polis Kansas, ketika kejadian pada Ahad itu, lelaki berkenaan dan anjing peliharaan keluar untuk berburu. Pejabat syerif Sumner County berkata bahawa anjing kepunyaan pemilik pikap terpijak raifal, menyebabkan tembakan dilepaskan senjata api itu. Pegawai tidak menyatakan sama ada lelaki berusia 30 tahun yang meninggal dunia itu adalah…
‘Viral’ Buaya Tolak Mangsa Ke Tebing Sungai | Seekor buaya di Sungai Mahakam, Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur, dilaporkan membawa mayat seorang kanak-kanak lelaki yang lemas ke tebing sungai, pada Jumaat. Kisah buaya itu mendapat perhatian ramai apabila tular di media sosial. Muhammad Ziyad Wijaya, 4, dilaporkan hilang selama dua hari sebelum mayatnya ditemukan. Pejabat Pencarian dan Bantuan Kalimantan Timur yang menerima laporan kehilangan Muhammad Ziyad menggerakkan pasukan untuk mencari mangsa, tetapi usaha itu tidak berjaya. Pihak berkenaan kemudian dilaporkan tidak menolak kemungkinan Muhammad Ziyad sudah meninggal dunia akibat lemas. Selepas dua hari diisytiharkan hilang, mayat Ziyad dilaporkan ditemukan seekor buaya.…
Teman Lelaki Dipenjara Empat Tahun Potong Rahim | Lelaki dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh mahkamah di sini, semalam, atas pertuduhan bersubahat dalam pembunuhan seorang remaja perempuan hamil apabila perut mangsa dipotong dan bayinya dikeluarkan, pada April 2019. Piotr Bobak, 44, yang juga kekasih suspek, Clarisa Figueroa pada masa kejadian, akan dibebaskan daripada hukuman itu dalam tempoh empat bulan, dan akan menjalani tempoh percubaan selama enam bulan. Mengikut fakta kes, mangsa, Marlen Ochoa-Lopez, 19, hamil sembilan bulan pergi ke rumah suspek yang dikenalinya menerusi Facebook selepas diperdaya dengan barangan bayi percuma. Anak perempuan suspek, Desiree Figueroa mengalih perhatian mangsa dengan…