Tips Bersihkan Rumah Dengan Berkesan | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Bukan mudah untuk bersih atau kemas rumah kalau tak tahu teknik yang betul. Sangat memenatkan kalau rumah yang baru dibersihkan tak sampai seminggu dah berhabuk semula. Sebenarnya senang sahaja untuk membersihkan rumah dengan mengikuti tips-tips yang diberikan. 1. Supaya Habuk Tidak Melekat pada Perabot Lap perabot dengan menggunakan bancuhan air dan softener pakaian dengan kadar 1:10 atau 1 bahagian softener dengan 10 bahagian air. 2. Kilatkan Lantai Rumah Sejilat-Kilatnya Campurkan pencuci lantai dengan cuka dan air panas. Kemudian mop lantai seperti biasa. 3. Mewangikan Rumah Campur softener dengan cuka. Kemudian…
Author: Miss Adeq
Petua Menghalau Serangga Dan Haiwan Perosak | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Tak kira sama ada anda tinggal di bandar atau luar bandar, rumah jenis apa yang anda diami, atau di tingkat berapa anda duduk, kita semua mengalami masalah yang sama: serangan daripada serangga dan haiwan perosak. Serangga zaman moden dah kebal dengan segala racun serangga. Sembur la banyak mana pun, dia masih boleh terbang dengan bahagianya. 1. Cicak Pastinya anda terbayangkan najis dan telur cicak ini yang bukan sahaja menjadikan rumah anda kotor, malah boleh mengundang penyakit yang tidak diingini seperti Samonella. Ini bukan sahaja membuatkan rumah anda berbau busuk…
Kebaikan Lemon Yang Perlu Anda Tahu | Lemon selalunya tidak akan dimakan dengan begitu sahaja kerana rasanya yang sangat masam. Selalunya, orang akan menggunakan buah lemon dalam kuantiti yang sedikit sekadar menambah rasa. Disebabkan rasa dia yang masam, ia kaya dengan kandungan vitamin. 1. Legakan Sistem Pencernaan Hannya beberapa titik lemon sudah mampu melegakan segalanya. Lemon boleh mempercepatkan proses pencernaan dengan membanyakan penghasilan air liur dan asid perut. Flavonoid, salah satu sebatian dalam lemon membantu merangsang sistem pencerrnaan dan meninggikan penghasilan jus pencernaan, hempedu dan asid serta merangsang pergerakan peristaltik makanan dalam saluran pencernaan. 2. Membunuh Parasit dan Mikrob Bahaya…
Tips Cuci Rumah Sampai Berkilat | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Bila tiba masa raya bukan barang kemas saja yang nak nampak berkilat, malah rumah pun harus berkilat. Tetapi dengan cucian biasa adakah lantai rumah akan sentiasa berkilat dan tahan lama? Mop lantai nampak macam tugasan yang remeh, tetapi bagi yang biasa melakukannya ini antara perkara yang memerlukan kudrat dan ketelitian untuk memastikan lantai bersih licin dan berkilat. 1. Kilatkan lantai: Campurkan pencuci lantai dengan 1 mangkuk kecil cuka makan atau cuka epal ke dalam bekas yang diisi dengan air panas sebaldi. Selepas itu mop lantai seperti biasa. 2. Habuk tidak…
Kepentingan Dan Kebaikan Sarapan Yang Perlu Anda Tahu | Sarapan atau alas perut, makanan pagi amat penting dalam kehidupan. Ia membekalkan tenaga untuk menjalankan segala aktiviti sepanjang hari dengan cergas dan produktif. Selalunya orang yang sibuk bekerja akan selalu tinggal sarapan kerana bagi mereka sarapan tidak begitu penting. Tapi sebenarnya sarapan la yang paling penting. Disini kami kongsikan antara kebaikan dan kepentingan sarapan. 1) Memastikan metabolisme badan sentiasa pada tahan optimum – Selepas bangun dari tidur, perut kita telah kosong selama lebih kurang 10 jam. Jika kita tidak sarapan, dan skip terus ke makan tengah hari, perut kita kosong lebih…
Tips Kemas Bagasi Sebelum Travel | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Tidak ramai yang betul-betul membuat perancangan rapi ketika mengemas bagasi untuk bercuti contohnya berapa helai pakaian harus dibawa, jenis pakaian yang sesuai, barang keperluan lain dan sebagainya. Kalau wanita lagi banyak barang yang rasa hendak bawa, kalau boleh semua. Dari satu luggage jadi bertambah-tambah luggage. Jadi pentingnya untuk tahu bagamana nak kemas baju dan barang keperluan anda dengan teratur supaya tak membazir ruang. Untuk menjimatkan ruang, anda boleh suai padan pakaian dibawa dengan baju atau seluar lain agar tidak membazir pakaian. Berikut merupakan tips kemas bagasi untuk anda bercuti/travel: 1.…
Petua: Makanan Yang Boleh Diambil Oleh Penghidap Gastrik | Baru-baru ini helloDoktor ada berkongsi tentang makanan yang boleh diambil oleh penghidap gastrik. Walaupun ada keadaan tertentu rawatan perubatan diperlukan bagi merawat gastritis, namun simptomnya boleh dikurangkan melalui pemakanan. Terdapat beberapa makanan yang boleh membantu menguruskan gastritis dan disarankan untuk diambil sepanjang bulan Ramadan ini, seperti: Sayuran Pilihan makanan rendah lemak dan gula, ia dapat mengurangkan asid perut dan bermanfaat untuk sistem pencernaan. Pilihan yang baik adalah termasuk: Kacang hijau Brokoli Aspragus Bunga kubis Sayuran berdaun hijau Kentang Timun Brokoli sangat baik untuk mereka yang mengalami gastritis. Ini kerana selain menjadi…
Petua Hilangkan Gastrik | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Gastrik ni disebabkan perut kita terlalu berasid. Silap makan atau tak makan memang akan berisiko terkena gastrik. Sakit gastrik ini memang sakit. Jadi untuk neutralkan asid, kita perlu cari makanan yang bersifat sedikit alkali. 4 makanan yang membantu mengurangkan sakit gastrik anda, termasuk: 1).Pisang Pisang tinggi kandungan potassium dan mempunyai nilai pH yang tinggi. Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mukus. Mukus ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik… Pisang yang terlebih masak mempunyai nilai pH yang lebih…
Khasiat Pengambilan Jambu Batu | Jambu batu adalah buah-buahan tropika yang mengandungi pelbagai antioksidan dan vitamin. Oleh itu, ia membawa manfaat luar biasa dari segi kesihatan dan juga kecantikan. Semak artikel ini untuk melihat kesan positif jambu batu terhadap keadaaan kesihatan. Pengurangan berat badan Jambu batu, dengan proteinnya, vitamin dan serat, boleh membantu orang ramai mengurangkan berat badan dengan selamat dan berkesan. Oleh itu, jambu batu bukan sahaja tidak mempunyai kolesterol dan sedikit karbohidrat mudah hadam tetapi juga betul-betul makanan mengenyangkan. Pengambilan jambu batu bersaiz sederhana selepas makan tengah hari akan membuat anda berasa kenyang hingga malam tanpa mengambil sebarang…
Tips Kepada Yang Susah Bangun Pagi | Waktu pagi adalah waktu yang paling menenangkan dimana dunia terasa sangat aman dan damai. Waktu pagi juga adalah waktu turun rahmat dan ALLAH bukakan pintu rezeki. Namun masih ramai lagi dalam kalangan kita yang susah untuk bangun awal pagi. Ada yang masih terlewat ke tempat kerja walaupun jam penggera telah ditetapkan dengan bunyi maksima. Bukan hanya penggera yang penting untuk bangun awal, tetapi gaya hidup kita juga memainkan peranan. 1. Elakkan pengambilan kopi selepas jam 2 petang Hanya minum kopi kegemaran anda diwaktu pagi.Pengambilan kafein akan menggangu proses tidur sehingga lebih daripada…