Gara-gara mahu mengambil alat mainan, seorang kanak-kanak lelaki menanggung kesakitan selama 25 minit apabila kepalanya tersepit pada jeriji besi rumahnya di Bandar Puncak Alam di sini, hari ini. Kejadian kira-kira puku 1.20 petang itu berlaku ketika mangsa berusia tiga tahun di ruang tamu dan mainan tersebut tercampak keluar ke kawasan jeriji tersebut. Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 1.22 petang. “Pemeriksaan lanjut mendapati kepala kanak-kanak lelaki itu masih tersepit pada jeriji tersebut. Anggota bomba kemudian merenggangkan besi tersebut bagi…
Author: Anis Fadila
Seorang lelaki didakwa melakukan perbuatan tidak beradab apabila menconteng tembok batu sebuah masjid menggunakan spray dengan menulis kata-kata kesat menghina nabi. Kejadian tersebut tular di media sosial menerusi video sekali gus mengundang kemarahan dan kecaman orang ramai. Pada video yang tular tersebut, perakam sempat merakam lelaki itu menconteng dinding sebelum berlalu pergi. Perakam yang tidak diketahui identiti itu turut menegurnya ‘hoi’ beberapa kali, namun tidak diendahkan. Dalam pada itu, orang ramai mengecam perbuatan tersebut sekali gus berharap lelaki tersebut diambil tindakan undang-undang. “Apa masalah dia ni. Hina nabi dengan conteng di pagar masjid,” kata Baon Tora Tora pada hantaran Facebook.…
Mayat wanita yang dihanyutkan arus banjir bersama kenderaannya Kilometer 28 Jalan Nitar Kahang di sini berjaya dijumpai kira-kira 15 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang. Ketua Balai Bomba Penyelamat Endau, Mohd Alias Hussin berkata, kereta dipandu mangsa yang dikenali sebagai Tansharon, 23 berjaya dijumpai oleh pasukan penyelamat di air (PPDA) pada pukul 6.55 petang semalam. “Kereta mangsa berjaya dibawa keluar dengan peralatan Vehicle Rockery System (VRS) dan mayat mangsa ditemui di dalam kereta pada pukul 10.19 malam. Mangsa kemudian telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini. Terdahulu, seorang wanita disyaki hilang selepas kereta dipandu…
Perbuatan sekumpulan pelajar tahfiz yang membuat bising di sebuah institusi pengajian di Batu Caves, Selangor mengundang rasa kurang senang kepada penduduk di sekitar itu. Menerusi ciapan oleh @FarahAmirahAmri, dia meluahkan rasa kurang senangnya itu kerana tidak tahan bunyi menyanyi menggunakan mikrofon dan menjerit-jerit pada lewat tengah malam. Ujarnya, dia telah pun menghubungi pihak polis beberapa kali namun kejadian sama masih berulang sekali gus mengakibatkan pencemaran bunyi semakin berterusan. “Dah lama dah pendam pasal pusat tahfiz ini. Selalu buat bising, waktu orang nak tidur. Agak-agaklah nak menyanyi pada tengah malam. “Tak reti langsung nak hormat masa penduduk sini. Nama tahfiz tapi…
Kasih sayang seorang bapa saudara yang sanggup mendukung anak saudaranya ke pelamin telah meruntun hati ramai pengguna media sosial hari ini. Menerusi video yang dimuat naik oleh @oohlysa di akaun TikToknya, menunjukkan keadaan rumah pengantin perempuan di Kuala Rompin, Pahang telah dinaiki air sehingga ke depan pintu rumah. Bapa saudara kemudiannya mendukung pengantin perempuan dalam keadaan banjir dan hujan lebat ke pelamin perkahwinan. Difahamkan ayah pengantin perempuan telah pun dijemput Ilahi dua tahun lepas. Sehingga kini video tersebut telah mendapat tiga juta tontonan, 448,600 tanda suka dan 21,100 perkongsian. Tinjauan Kosmo! di ruangan komen, ramai yang sebak dan terharu melihat…
Seorang penjaja bertindak mengamuk dan memaki hamun pihak berkuasa tempatan (PBT) yang datang untuk menyita gerai yang dipacak di tepi jalan. Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di Twitter, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Kota Bharu, Kelantan dan tular di media sosial sejak semalam. “Hanya berani dengan Melayu, bertabahlah wahai penjaja. Bertolak ansurlah wahai PBT,” tulis pengguna tersebut dalam video itu. Walau bagaimanapun, PBT tampil membuat penjelasan bahawa penjaja tersebut melakukan beberapa kesalahan sehingga membahayakan pengguna jalan raya dan pembeli. “Penjaja tersebut berniaga di pintu masuk pasar raya dan persimpangan jalan sekali gus menghalang pandangan pemandu yang keluar…
Budak lelaki yang hilang dihanyutkan arus deras tali air yang ditenggelami banjir di Felcra Sri Makmur di sini semalam, ditemui lemas, hari ini. Mayat, Muhammad Hafizhan Abd Zaib, 10, ditemui dalam ladang kelapa sawit yang ditenggelami banjir pada jam 12.10 tengahari hari ini. Mayatnya ditemui anggota Bomba dan Penyelamat yang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 50 meter daripada lokasi mangsa dilaporkan hilang. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud, berkata pihaknya menyambung operasi SAR bermula 8.30 pagi hari ini, selepas menangguhkan operasi berkenaan jam 11.30 malam tadi. Katanya, operasi SAR hari turut dibantu…
Tidak sangka, seorang pelakon lelaki bertindak memukul isterinya beberapa kali sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian mata, awal pagi tadi. Menurut laporan Harian Metro, mangsa yang lingkungan umur 20 an itu telah membuat laporan polis susulan kejadian yang berlaku di Balai Polis Jinjang, jam 6.30 pagi tadi “Difahamkan ketika kejadian, mangsa bersama suaminya berusia lingkungan 20-an berada di dalam kereta yang berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R) di sekitar Sungai Buloh, Selangor. “Ketika kejadian, berlaku pergelutan dipercayai berpunca mangsa menjawab panggilan telefon semasa perbincangan antara mereka. “Pelakon lelaki itu bertindak menumbuk muka mangsa tiga kali menyebabkan mangsa cedera di bahagian mata,” katanya. Bukan…
Berang selepas mengesyaki ahli keluarga melaporkan penglibatannya dalam aktiviti dadah, seorang lelaki bertindak membakar rumah keluarganya di Skim Penempatan Semula Kampung Sungai Alo di sini semalam. Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias dalam kenyataan berkata, kejadian kira-kira 7.40 malam itu menyebabkan 12 penghuni termasuk suspek telah kehilangan tempat tinggal. “Suspek yang merupakan penganggur berusia 30 tahun dikatakan memulakan kebakaran itu di bahagian belakang rumah tersebut. Pada lebih kurang 7.40 malam pemilik rumah yang juga abang kepada suspek telah terdengar suspek memanggil keluar ahli keluarganya untuk keluar memadamkan api. “Apabila mangsa dan semua ahli keluarga keluar dari rumah,…
Marah, kecewa dan sedih. Itulah luahan perasaan bakal jemaah umrah apabila gagal ‘diterbangkan’ oleh agensi umrah dan pelancongan seperti yang dijanjikan. Ahmad Saifulrizan Mohd Puad ketika ditemui Sinar Harian di ibu pejabat agensi tersebut dekat sini pada Selasa berkata, beliau sepatutnya terbang ke Arab Saudi bersama 10 ahli keluarga lain pada hari ini. “Sehingga sekarang, kami tidak mengetahui dengan jelas alasan-alasan penangguhan penerbangan,” katanya. Menurutnya, banyak perbelanjaaan untuk persiapan telah pun dibuat selain membayar penuh kos umrah sekitar RM9,000 dan RM500 untuk surcaj cuti persekolahan bagi setiap ahli keluarga. “Kita dah habis banyak (untuk menunaikan umrah) tetapi apabila jadi seperti…