Seorang lelaki didakwa melakukan perbuatan tidak beradab apabila menconteng tembok batu sebuah masjid menggunakan spray dengan menulis kata-kata kesat menghina nabi.

Kejadian tersebut tular di media sosial menerusi video sekali gus mengundang kemarahan dan kecaman orang ramai.

Pada video yang tular tersebut, perakam sempat merakam lelaki itu menconteng dinding sebelum berlalu pergi.

Perakam yang tidak diketahui identiti itu turut menegurnya ‘hoi’ beberapa kali, namun tidak diendahkan.

Dalam pada itu, orang ramai mengecam perbuatan tersebut sekali gus berharap lelaki tersebut diambil tindakan undang-undang.

“Apa masalah dia ni. Hina nabi dengan conteng di pagar masjid,” kata Baon Tora Tora pada hantaran Facebook. Polis mohon siasat. Hina nabi tak boleh dimaafkan,” kata Meor Ahmad Zainal.

Bagaimanapun, ada pengguna Facebook meninggalkan komen mendakwa contengan itu telah dipadam.

Sumber : Kosmo

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Impian Ibu Bapa Mahu Anak Jadi Menteri Berpunca Kemurungan Remaja

Wilayah Persekutuan merekodkan masalah kemurungan dan anxiety atau gangguan kebimbangan tertinggi tahun lalu, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Dr Zaliha berkata, dapatan itu diperoleh berdasarkan saringan membabitkan 336,900 penduduk di seluruh negara yang dilaksanakan pada tahun lalu.

Kanjut katanya, antara faktor yang menyumbang kepada masalah kemurungan di Wilayah Persekutuan ialah kos sara hidup tinggi, miskin bandar, masalah perhubungan dengan ibu bapa dan rakan sebaya.

Katanya, pada 2022, kita menjalankan saringan keseluruhan membabitkan 336,900 dan dalam keputusan itu, kita dapati negeri tertinggi alami masalah kemurungan dan anxiety ialah di Wilayah Persekutuan… orang Wilayah Persekutuan banyak masalah.

Katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini bahawa seperti diketahui ramai golongan B40 di Wilayah Persekutuan selain masalah perhubungan contohnya tekanan dari ibu bapa yang mahu anaknya menjadi menteri… kasihan anak-anak jadi tertekan.

Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) yang mahu tahu negeri mana mempunyai kes tertinggi masalah gangguan mental

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply