“Bangun tidur pagi ini terasa agak janggal kerana sudah tiada lagi suara tiga anak perempuan saya bertanyakan apa yang ingin dimakan untuk sarapan,” kata bapa kepada tiga beradik yang terkorban akibat renjatan elektrik di Kampung Bendang Surau, Morak di sini, semalam. Mohd Nadzir Mohamed, 67, berkata, sudah menjadi kelaziman tiga anak perempuannya itu untuk menyediakan makan minum mereka sekeluarga dan sentiasa bertanya apa yang ingin dimakan. “Semua anak perempuan saya terutama Nurul Syazwani, memang ringan tulang menyediakan makanan untuk kami sekeluarga dan ada sahaja yang dia masak selain bertanyakan dahulu apa yang ingin saya makan. “Fathiah dan Sakinah juga pandai membuat kuih muih malah…
Author: Anis Fadila
Bayi berusia 15 bulan, Mohamad Putera Zafran Mohd Ashwadi, yang disahkan mangsa korban pertama banjir di Kelantan dikatakan sangat takut dengan air. Perkara itu dimaklumkan neneknya, Siti Khadijah Abdullah, 52, yang turut mengesahkan Zafran tidak pernah sesekali pun cuba untuk turun dari rumah selepas kediaman mereka di Kampung Gual Tok Deh, di sini, dinaiki banjir sejak hampir dua minggu. “Biasanya, cucu saya memang takut dengan air dan tidak pernah sesekali cuba untuk turun dari rumah selepas kediaman kami dinaiki banjir hampir dua minggu. “Saya reda, mungkin sudah sampai masanya saya kehilangan cucu yang sangat aktif dan petah berkata-kata itu,” katanya ketika…
Seorang remaja yang dilaporkan hilang sejak empat hari lalu ditemui dalam keadaan bogel sambil memeluk sebatang pokok getah di Kampung Temalir di sini. Ibu saudara mangsa, Mas Anizan Mat Ghani, 29, berkata, dia dimaklumkan mengenai penemuan mangsa yang berusia 18 tahun selepas dihubungi oleh ahli keluarga pada pukul 10.45 pagi semalam. Menurut wanita itu, dia melihat anak saudaranya dalam keadaan tidak bermaya selain mengalami kecederaan pada kedua-dua belah tangan. “Semasa sampai di rumah, dia (mangsa) menangis dan memanggil ibunya. Berdasarkan cerita ahli keluarga lain, dia ditemui dalam keadaan bogel sambil memeluk pokok getah. “Kami sekeluarga bersyukur kerana dia dijumpai dalam…
Seorang wanita warga Kanada ditemui meninggal dunia dengan keadaan mayat sudah busuk di sebuah rumah di Synergy Square, Jalan Matang di sini. Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata penemuan mayat warga emas itu dilaporkan oleh seorang wanita tempatan yang memberitahu terhidu bau busuk di tingkat bawah kediaman sewanya di Blok G, Synergy Square kira-kira jam 4 petang semalam. Susulan itu, katanya anggota dari Balai Polis Batu Kawa digerakkan ke lokasi dan mereka terpaksa mengumpil pintu hadapan rumah wanita terbabit dengan besi kerana berkunci dari dalam. “Sebaik saja pintu hadapan rumah berjaya dibuka, terdapat timbunan kotak…
Dua ‘rider’ penghantar makanan dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki di di bawah Rawang Bypass dekat Rawang, Selangor pada Sabtu lalu. Menerusi satu video tular yang dimuat naik di halaman Facebook info.semasa menunjukkan sebuah motosikal jenis SYM Sport Rider 125i bewarna hitam ditinggalkan di tepi jalan lebuh raya berkenaan dalam keadaan enjinnya masih hidup. Hasil pemeriksaan kedua-dua lelaki tersebut menjumpai mayat di bawah Rawang Bypass yang tingginya hampir 60 meter. Turut kedengaran suara salah seorang daripada mereka menerangkan situasi kejadian penemuan mayat tersebut. “Astagfirullahaladzim, dekat Rawang Bypass. Menghala dari Bukit Beruntung ke Selayang. Ada orang terjun dari jambatan tapi tak tahu terjun atau…
Kementerian Kesihatan (KKM) bakal memulakan inisiatif pemberian tuala wanita percuma bagi menangani isu kemiskinan haid di negara ini. Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata sebagai permulaan, inisiatif itu akan mula dilaksanakan di Pejabat Menteri di Bangunan KKM dalam masa terdekat. “Kita buat di pejabat menteri (dulu) selepas itu (bakal dilaksana) di seluruh kementerian (KKM)… dan seterusnya kita akan bekerjasama mungkin antara agensi dan kementerian lain yang mungkin akan melihat khusus pada kemiskinan haid ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan KKM di sini. Ditanya sama ada beliau akan mengemukakan cadangan bagi meneruskan pemberian tuala wanita percuma seperti yang telah…
Beberapa pemandu kenderaan nyaris hilang kawalan selepas melalui bonggol di laluan utama berhampiran Universiti Selangor (UniSel) di Seksyen 7 di sini pada malam Ahad. Video klip dikongsi di laman Twitter itu memaparkan kenderaan terbabit melambung selepas melanggar bonggol berkenaan. Namun kenderaan tersebut dirakam selamat ‘mendarat’ tanpa terbabas serta tidak melibatkan sebarang kemalangan dengan kenderaan lain. Video insiden itu dikongsi pengguna Twitter dikenali dengan nama Abang Kiah @adiehussin94 selepas melalui laluan berkenaan dan mendakwa tiada jalur kuning sebagai amaran agar memperlahankan kenderaan kerana terdapat bonggol di situ. https://twitter.com/adiehussin94/status/1601955081028788224?s=20&t=InZ7umrr6OwDGEMX9-tn8Q “Depan UniSel Seksyen 7 Shah Alam tiba-tiba pula lalu tadi ada bump besar…
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun terpaksa menahan sakit hampir setengah jam apabila kakinya tersepit dalam mangkuk tandas di sebuah rumah di Taman Sri Rambai, semalam. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 8.42 malam. “Sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke tempat kejadian. “Tiba di lokasi, bomba mendapati seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun tersepit pada kaki kirinya di dalam lubang tandas jenis cangkung,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Norazam berkata, anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit…
Maghribi yang merupakan salah satu wakil tunggal bagi benua Afrika mencipta sejarah apabila pasukan kebangsaan bola sepak negara tersebut dapat melangkah ke peringkat separuh akhir FIFA World Cup 2022. Salah seorang pemain pasukan Maghribi yang dikenali sebagai Hakim Ziyech yang mendapat gelaran ” The Wizard of Amsterdam”. Hakim Ziyech mendapat perhatian orang ramai dengan kepantasan dan kelicikannya menentang Portugal, semalam. Mari kita melihat profil Hakim Ziyech, pemain Maghribi Fifa World Cup 2022. Profil Bintang Pasukan Kebangsaan Maghribi 2022, Hakim Ziyech Hakim Ziyech dilahirkan pada 19 Mac 1993 di Droten, Belanda merupakan pemain sayap untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea dan pasukan kebangsaan Maghribi. Ziyech terkenal…
Tidak sampai 24 jam selepas melakukan samun di sebuah hotel di Masai dan kedai serbaneka di Ulu Tiram di sini pada Rabu, tiga lelaki berjaya ditahan polis pada hari yang sama. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan dibuat pekerja kaunter hotel dan juruwang kedai serbaneka berkenaan yang berusia 37 dan 48 tahun “Pada jam 4 hingga 5 pagi semalam berlaku kejadian samun di hotel dan kedai serbaneka berkenaan. Semasa kejadian mangsa sedang bekerja dan telah disamun dua lelaki tempatan bersenjatakan parang. “Seorang daripada suspek mengacukan parang ke arah mangsa sambil mengambil barang berharga…