Seorang nenek meredah banjir sejauh 200 meter dengan mendukung cucu berusia 19 hari untuk menyelamatkan diri ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gual To’Deh, di sini, jam 10 malam semalam. Narizan Zakaria, 57, membawa cucunya, Mohamad Aydel Rafael Muhammad Saiful, untuk meredah banjir separas 0.6 meter susulan paras air yang semakin naik selain risau akan keselamatan cucunya itu. Katanya, anaknya, Zulkartini Hassan, 31, yang sedang berpantang dibawa keluar menggunakan perahu namun cucu didukung olehnya kerana risau perahu terbalik memandangkan laluan keluar agak sukar dan gelap. “Dengan bertemankan lampu suluh, saya mendukung cucu dalam gelap malam dan kesejukan. Namun, apa…
Author: Anis Fadila
Tiga beradik tergamak membakar kediaman keluarga kerana tidak puas hati isu pembahagian tanah. Kerana harta, manusia sanggup berbuat apa sahaja termasuk membunuh ahli keluarga sendiri. Begitulah kisah yang berlaku di sebuah perkampungan di Trung Hoa, wilayah Hung Yen, Vietnam di mana tiga beradik perempuan sanggup membakar rumah yang didiami mereka sekeluarga hanya kerana manu membunuh ibu mereka sendiri. Dalam kejadian yang berlaku pada 30 Oktober itu, tiga beradik perempuan berkenaan membawa satu tin petrol yang mengandungi kira-kira empat hingga lima liter untuk dituangkan ke lantai rumah ibu mereka sebelum menyalakan api. Akibat tindakan agresif itu, ketiga-tiga suspek tersebut turut cedera…
Siapa tak sakit hati bila kita terpaksa sabar dengan kesesakan lalu lintas tapi ada pula segelintir pemandu yang pentingkan diri, sesuka hati lalu lorong kecemasan. Situasi ini membuatkan pemandu lain rasa tak puas hati dan juga pemandu yang menghalang laluan berkenaan untuk sukarkan pemandu degil ini lalu. Bagaimanapun, lain pula situasi yang dialami seorang wanita yang sarat mengandung selepas terpaksa menahan sakit dalam kereta ketika semasa dalam perjalanan pulang ke kampung di Kuantan, Pahang. Semua bagi laluan tapi tiba-tiba van halang. Keadaan menjadi semakin cemas bila wanita itu berasa tak selesa di bahagian perut dan mendapati berlaku pendarahan. Disebabkan risau…
Kehidupan seorang tukang rumah diuji apabila isteri yang menjadi tulang belakangnya selama ini diserang penyakit strok lebih sebulan lalu. Mohd. Nasir Salleh, 53, berkata, serangan strok yang berlaku pada 17 September lalu membuatkan isterinya, Siti Normah Lebu, 45, kini terlantar di katil. “Anggota badan kanannya lemah selain mulutnya herot. Masalah kesihatan itu memaksa isteri saya berhenti kerja sebagai pekerja am di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu. “Saya yang bekerja sebagai tukang rumah dengan pendapatan RM700 sebulan juga terpaksa mengambil cuti untuk menjaganya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Paya Besar, Kuala Berang di sini baru-baru ini. Di samping…
Seorang remaja cedera diserang sekumpulan lelaki berhampiran sebuah restoran di pusat bandar raya ini, awal pagi semalam dipercayai berpunca daripada seorang wanita. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian berkenaan dilaporkan berlaku pada pukul 5.15 pagi. “Mangsa yang berusia 19 tahun memberitahu, dia berkenalan dengan seorang wanita warga asing melalui laman sosial, sebelum mereka berjanji untuk bertemu di sebuah restoran di kawasan berkenaan. “Ketika sedang minum, mangsa didatangi empat lelaki yang bertanyakan bagaimana dia berkenalan dengan wanita tersebut. Tidak lama kemudiannya mangsa dipukul oleh mereka. “Mangsa bertindak melarikan diri di kawasan berhampiran sebelum dikejar oleh…
Wanita adalah makhluk lemah dan itulah yang sering didengari apabila ramai memandang rendah dengan kemampuan golongan ini berbanding lelaki. Pun begitu, wanita zaman sekarang ini pantang dicabar dan ramai di kalangan mereka ternyata lebih berani dan ekstrem berbanding kaum lelaki. Tak percaya? Perkongsian daripada seorang jurugambar bebas, Siva Kumar jelas membuktikan wanita adalah makhluk berani. Menerusi video dimuat naik Siva di laman Instagram miliknya, dilihat beberapa wanita Malaysia ‘lantang’ menentang graviti dengan memberanikan diri menyahut cabaran bertugas sebagai juruteknik akses tali. Ternyata ia merupakan satu pekerjaan yang memerlukan mereka untuk sentiasa bergayut antara puncak dan sisi bangunan pencakar langit dengan…
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan sekumpulan lelaki menyelamatkan seorang wanita yang terperangkap dalam insiden kepala air di sebuah sungai di Kota Belud, Sabah, pada Ahad lalu. Menurut laporan mStar Online, saksi utama Zieya Kinrose sempat merakam kejadian tersebut ketika kepala air itu ‘menyerang’ pengunjung dalam sekelip mata. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) “Kejadian itu berlaku depan mata saya, waktu itu ramai tengah mandi sebab cuaca baik dan air pun tenang. “Cuma ada hujan renyai-renyai sikit. Tetapi tiba-tiba arus tu terus berubah jadi kepala air. Kami tak jangka langsung. “Kami bagi amaran…
Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan memukul kepala suaminya menggunakan telefon bimbit sehingga cedera, September lalu. Tertuduh, Noor Nazira Che Ghani, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah mendatangkan kecederaan terhadap suaminya, Ezwan Elias, 27, dengan memukul kepala mangsa menggunakan telefon bimbit. Selain itu, perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 11 malam di sebuah pangsapuri di Taman Saujana Puri, Bukit Katil, pada 6 September lalu. Bagi kesalahan yang telah dilakukan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara…
Beberapa kawasan di sekitar Sabah dilaporkan dilanda kepala air, banjir kilat dan tanah runtuh susulan daripada hujan lebat yang berterusan sejak malam tadi. Media melaporkan, hujan lebat yang berterusan telah melanggar Tawau menyebabkan beberapa kawasan mengalami banjir kilat antaranya Rawa-Rawa Batu 4, Jalan Damai, Lorong Haji Muis serta Sekolah Kebangsaan Batu 22 Jalan Apas. Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Mazlan Sarman memberitahu, pihak bomba sedang giat menjalankan pemantauan di beberapa kawasan berpotensi dilanda banjir kilat di Tawau serta Kalabakan. Dalam pada itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah melaporkan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom dipercayai…
Ketua Polis Korea Selatan memaklumkan menerima laporan penting berhubung bahaya yang bakal dihadapi menjelang pesta Halloween namun pengendalian mereka ‘kurang mencukupi’. Sekurang-kurangnya 156 terbunuh manakala ramai yang lain cedera Sabtu lalu, ketika menghadiri pesta Halloween di Itaewon, Seoul. Dianggarkan 100,000 orang berpusu-pusu ke kawasan itu, namun memandangkan ia bukan acara ‘rasmi’ dengan penganjur yang ditetapkan. Maka polis mahupun pihak berkuasa tempatan tidak menguruskan orang ramai secara aktif. Menurut Ketua Polis Negara, Yoon Hee-keun, terdapat beberapa laporan yang menunjukkan keseriusan di lokasi sejurus sebelum kemalangan itu berlaku. Polis mengetahui ‘orang ramai berkumpul sebelum kemalangan itu berlaku yang dengan segera menunjukkan bahaya.…