Author: Anis Fadila

Cik Anis merupakan graduan universiti. Beliau seorang penulis blog baru tetapi mempunyai skil penyelidikan konten dan SEO yang baik.

Bebelan seorang guru memandu terhadap pelajarnya yang gagal memasuki petak parkir sehingga menaiki pembahagi jalan telah mencuit hati ramai netizen. Menerusi video berdurasi dua minit yang telah dimuat naik di aplikasi TikTok @appypyna menyaksikan seorang pelajar memandu yang cuba memasuki petak parkir secara semberono sehingga menaiki pembahagi jalan. Lucunya, pelajar tersebut dengan yakin mengangkat tangan menandakan dia sudah menyelesaikan tugas tersebut. Susulan video itu telah tular, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi termasuklah komen-komen sinis dan lucu. “Ya Allah dik, dengan yakin kau angkat tangan tanda selesai walaupun kau gagal, kau memang terbaik dik!,” komen seorang netizen. “Lawak sungguh, itulah bila…

Read More

Besarnya pengorbanan Amin Nor Hakim Ismail kerana sanggup berjauhan dengan isteri dan tidak bekerja tetap demi menjaga bapanya, Ismail Berahim yang menderita akibat tumor kapilari. Penyakit itu menyebabkan Ismail, 68, mengalami ketumbuhan pada hidung dan mulut selain buta mata kiri kerana tumor yang semakin merebak. Demi menyara keluarga termasuk ibu, Mesah Awang, 68, yang turut tinggal bersama di Kampung Jelawang, Dabong di sini, Amin Nor Hakim, 34, berusaha mencari rezeki dengan menjual asam keping daripada pokok ditanamnya. Asam keping itu dijual dengan harga RM20 sekilogram dan pendapatan diperoleh tidak seberapa. Hanya itu ikhtiar mampu dilakukan Amin Nor Hakim bagi menampung…

Read More

Lebih 20 buah rumah Kampung Udang di sini rosak selepas dilanda puting beliung dan ribut semalam sekitar jam 2.30 petang, lapor sebuah portal berita tempatan. “Saya jangka lebih 20 rumah rosak dengan 14 daripadanya mengalami kerosakan teruk,” menurut seorang penduduk, Alias Mat Min. Sementara itu, seorang lagi penduduk, Jamsari Mohamad berkata, sewaktu kejadian berlaku, dia bersama ibunya yang berada di dalam rumah dikejutkan dengan bunyi deruman angin yang sangat kuat. “Kejadian berlaku ketika saya dan emak berehat selepas menunaikan solat Zohor. Emak menyuruh saya melihat keadaan di luar selepas terdengar bunyi bising,” “Saya terkejut melihat bahagian luar rumah cerah sebelum mendapati semua…

Read More

Seorang lelaki hilang tanpa berita sejak 20 Oktober lalu selepas keluar bekerja menyebabkan isterinya kini resah memikirkan nasib menimpa suaminya itu. Memburukkan lagi, Ziela Shafina Resely, 35, mengalami keguguran selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika ke rumah ibu mentuanya di Pekan, Pahang, untuk mencari lelaki itu. Azrulnizam Mohamed Rashid, 47, juga gagal dihubungi dan kali terakhir berhubung dengan Ziela Shafina pada 21 Oktober lalu yang memaklumkan akan pulang ke rumah. Adik angkat pasangan itu, Khairulnajiha Fadjar Marta, 26, berkata, Ziela Shafina kini dalam keadaan tertekan dan fikirannya terganggu disebabkan keadaan itu. “Abang keluar bekerja pada malam 20 Oktober lalu…

Read More

Ketika usaha membasmi aktiviti judi dalam talian giat dilaksana di pelbagai peringkat, masih ada saki-baki pihak tidak bertanggungjawab yang menghidupkan kegiatan haram itu di bandar raya ini. Beroperasi secara sembunyi, pihak itu dikatakan berselindung di sebalik perniagaan lain seperti kedai telekomunikasi, tambah nilai dan runcit malah penduduk mendakwa terdapat juga yang beroperasi di ‘belakang’ kedai kopi. Kemunculan kegiatan itu nyata tidak disenangi penduduk bandar raya ini kerana ada yang beroperasi berhampiran kawasan perumahan dan tempat tumpuan yang dibimbangi menjadi tarikan kepada golongan muda. Penduduk enggan anak muda terpengaruh untuk berjudi dalam talian meskipun awalnya didasari atas rasa ingin tahu dan…

Read More

Taktik dua lelaki termasuk seorang anggota bomba yang mengubah suai sebuah van kepada kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk menyeludup sebanyak 850 kilogram ketum bernilai RM8,500 terbongkar apabila mereka ditahan di Kampung Rabbana di sini, Khamis lalu. Anggota bomba yang berusia 29 tahun itu dan rakannya berusia 35 tahun yang memakai baju-T dan seluar celoreng bomba dicekup kira-kira pukul 6.30 pagi. Ketua Polis Daerah Jeli, Superintenden Ahmad Arifin berkata, kenderaan tersebut pada awalnya melalui sekatan jalan raya (SJR) Batu Melintang di sini sebelum anggota polis melihat sebuah van jenis Toyota Hiace milik JBPM dipandu dalam keadaan mencurigakan. Menurutnya,…

Read More

Seorang pekerja am di sebuah syarikat minyak dan gas di Gebeng dekat sini tidak menyangka kesakitan yang dialami di bahagian bahu kanannya sebagai petanda dia menghidap barah tulang. Muhammad Adli Azahar, 29, berkata pada mulanya dia menganggap sakit di bahunya itu sekadar terkehel dan mendapatkan rawatan tradisional dengan kaedah berurut. “Apabila buat pemeriksaan, doktor hanya maklumkan saya mengalami ‘frozen shoulder’ atau bahu membeku dan memberi ubat tahan sakit sahaja. “Sakit bahu makin serius sampai nak tidur pun susah mulai penghujung Mac lalu sehingga saya ambil keputusan berhenti tidak mampu menahan sakit ketika bekerja,” katanya ketika ditemui di Taman Balok Sejahtera,…

Read More

Keseronokan menikmati persembahan muzik di sebuah festival muzik di Jakarta, Indonesia terjejas dengan insiden penonton yang terlalu sesak dan berhimpit hingga ada puluhan daripada mereka pengsan serta memerlukan rawatan kecemasan. Itu yang terjadi dalam acara Festival Berdendang Bergoyang yang dilangsungkan di Istora Senayan, pada Sabtu. Media tempatan melaporkan, insiden itu terjadi kerana dipercayai penonton dan pengunjung yang dilepaskan masuk ke festival itu melebihi kapasiti. “Di kawasan acara terlalu ramai, sudah banyak yang pengsan tadi. Mangsanya mencapai puluhan orang,” ujar Ketua Polis Metro Jakarta Pusat, Komarudin seperti yang dilapor portal Detikcom. Tambah Komarudin, beberapa penonton juga mengalami kecederaan ringan termasuk luka…

Read More

Penduduk di lebih 50 kawasan perumahan dan perindustrian di sekitar Taman Molek hingga Bandar Seri Alam, Masai di sini, masih dibelenggu masalah gangguan bekalan air selama tiga hari berturut-turut. Penduduk di Plentong, Syed Sallilah@ Bakhtiar Syed Mashor, 39, berkata masalah gangguan air berlaku sejak kelmarin itu menimbulkan pelbagai kesulitan kepada orang ramai. Malah, beliau berkata, penduduk juga khuatir masalah terbabit akan berlarutan sehingga tempoh beberapa hari lagi kerana ia boleh menjejaskan rutin harian penduduk. “Saya difahamkan beberapa kawasan menerima bekalan air selama beberapa jam buat sementara waktu semalam, selain syarikat Ranhill SAJ turut membekalkan air menggunakan lori. “Air dibekalkan mulai…

Read More

Seorang ibu merayu orang ramai mengesan anaknya yang menghilangkan diri dari rumah sejak semalam. Nur Safiyyah Mohd Syukri, 12, disedari hilang oleh ahli keluarga pada jam 7 malam selepas mendapati pintu di rumah di Kampung Parit Tok Hin, Kuala Kurau, di sini, terbuka. Selain itu, ibunya, Misiah Sahar, 35, berkata, ahli keluarga ada menghubungi anak ketiga daripada lima beradik itu namun panggilan tidak dijawab. “Kami sekeluarga tak tahu dia ke mana. Ada panggilan telefon daripada orang awam yang mengatakan kelibat anak ada di sekitar sini saja, ada juga yang memaklumkan dia akan pulang tak lama lagi. “Kami cuba menghubungi telefon…

Read More