Lagu Negaraku berkumandang di Litar Antarabangsa Sepang apabila pelumba dalam pembikinan, Hakim Danish Ramli berjaya meraih kemenangan Perlumbaan 2 Asia Talent Cup (ATC), hari ini. Hakim menebus kekecewaannya apabila terjatuh pada Perlumbaan 1 semalam dan hari ini kembali bangkit untuk menggembirakan penyokong tempatan dengan terlebih dulu menemui garisan penamat Perlumbaan 1 dengan catatan 33 minit 17.911 saat (s). Pada perlumbaan tadi yang berlangsung dalam keadaan litar basah, Hakim nyata menggunakan sepenuh pengalamannya di Litar Sepang meskipun diberi tentangan sengit oleh pelumba Indonesia, Veda Ega Pratama. Di samping itu, Pratama pada akhirnya terpaksa berpuas hati dengan penamat kedua selepas ketinggalan 0.047s…
Author: Anis Fadila
Kumpulan pengguna telah mengeluarkan amaran bahawa jutaan penduduk Britain kini terpaksa berlapar dalam menghadapi krisis kos sara hidup. Gambar di atas menunjukkan seorang pembeli yang berada di pasar raya di London, Britain sedang meneliti harga barangan, ketika inflasi di United Kingdom. Harga barang di pasar raya tersebut telah mencatat kadar 10.1 peratus, yang tertinggi dalam tempoh 40 tahun. Menurut kumpulan pengguna, Which?, separuh daripada isi rumah United Kingdom (UK) terpaksa mengikat perut, berdasarkan tinjauan membabitkan 3,000 isi keluarga. Selain daripada itu, sebahagian besar daripada mereka juga bakal berdepan ‘kemiskinan petrol’ selepas UK membatalkan pembekuan harga tenaga yang menyebabkan harga komoditi…
Lebih 3,000 penduduk Kampung Tanjung Sepat di sini merayu pihak berwajib campur tangan dan membatalkan projek pembinaan ladang ternakan ayam. Penduduk Kampung Tanjung Sepat, Sepang mengadakan demonstrasi membantah projek pembinaan ladang ternakan ayam yang dikhuatiri menyumbang kepada masalah kesihatan. Bekas Ketua Kampung Tanjung Sepat, Farouk Amron, 74, berkata, ketika ini penduduk kampung itu serta kampung sekitar sudah cukup tertekan dengan masalah pencemaran bau dan alam sekitar ekoran ladang ternakan babi yang terletak di bawah Mukim Batu. Menurutnya, jika ditambah dengan projek pembinaan ladang baharu itu, kehidupan penduduk akan menjadi semakin tertekan. “Kesan terhadap penduduk akan jadi amat besar terutama sekali…
Seorang pemilik bersama sebuah pusat kecantikan di Malim dilihat ‘naik angin’ apabila beberapa kali meninggikan suara ketika diambil keterangan. Hal ini demikian kerana wanita tersebut disyaki menawarkan perkhidmatan pergigian secara haram atau tanpa tauliah, dalam serbuan oleh pasukan penguat kuasa Kementerian Kesihatan (KKM), semalam. Dalam operasi khas kira-kira jam 2 petang, wanita berusia 23 tahun itu pada awalnya mendakwa memiliki sijil serta kelayakan. Hal ini dikatakan bahawa wanita tersebut menjalankan perkhidmatan yang berkenaan kerana pernah mengikuti kursus di Johor pada 2018 sebelum ke China. Anggota penguat kuasa KKM mengambil keterangan wanita disyaki menawarkan perkhidmatan pergigian secara haram atau tanpa tauliah di…
Rakyat Israel yang berjaya masuk ke Malaysia pada 16 Oktober lalu mempunyai dua kerakyatan dan memasuki negara ini menggunakan pasport Caribbean. Ketua Pengarah, Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, berkata dapatan itu hasil siasatan yang dilakukan oleh jabatan itu. “Individu terbabit, Nuseri Yassin, rakyat Israel tetapi memasuki Malaysia menggunakan pasport negara lain bukan pasport dari negara Israel. Selain itu, dia didapati menggunakan pasport Saint Kitts and Nevis, sebuah negara dalam Caribbean komuniti, pasport negara itu mudah diperolehi oleh rakyat daripada negara lain. “Beliau memasuki negara kita dan keluar juga menggunakan pasport yang sama. Beliau tidak boleh terus masuk…
Mahkamah Rendah Syariah, di sini hari ini meluluskan penarikan balik permohonan perceraian yang dibuat oleh pendakwah bebas, Dr Azahar Yaakub@Ariffin terhadap isterinya, Rifhan Zafirah Mohd. Hakim Syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat membuat keputusan itu mengikut Seksyen 95(1) yang membenarkan Azahar, 49, selaku plaintif menarik mana-mana prosiding atau sebahagiannya sebelum penghakiman. Dalam prosiding itu, Azahar diwakili Peguam Syarie, Zaidi Ibrahim. Manakala, Rifhan Zafirah, 37, selaku defendan diwakili Datuk Hazizah Kassim dan Noorulhuda Daud. Terdahulu, Wan Mohd Najib mensabitkan berlakunya syiqaq (perkelahian berpanjangan) dalam perkahwinan Azahar dan Rifhan yang berstatus isteri kedua. Ia berdasarkan laporan keputusan Jawatankuasa Pendamai bertarikh 3 Oktober lalu…
Punca ketidakselesaan pengunjung di gerai makan di kawasan Tempat Letak Kereta (TLK) di Jalan Batas Baru berpunca dari longkang tersumbat dengan sisa makanan dan bahan buangan, termasuk minyak masak kotor sejak awal tahun lalu. Selain longkang sepanjang kira-kira 800 meter tersumbat, penutupan tandas awam dan kerosakan kerusi dan meja makan dikatakan punca pengunjung semakin berkurangan. Tinjauan di belakang gerai makan yang dibina Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mendapati longkang dipenuhi dengan lemak, sisa makanan dan minyak dipercayai dibuang peniaga. Keadaan longkang yang tersumbat dengan pelbagai bahan buangan punca aliran air tersekat menyebabkan ia berbau busuk sehingga merimaskan pengunjung. Seorang penjawat…
Tak Boleh Jadi Imam Lagi Sebab Nyanyi Lagu ‘God Save The King’ | Khalifah Media Networks – Seorang imam terkemuka di Britain ‘diketepikan’ oleh pihak pengurusan atasan. Ianya berikutan kerana menghadiri sebuah majlis apabila lagu kebangsaan baharu negara itu dinyanyikan. Lapor Daily Mail, imam Mohammed Mahmoud dimaklumkan bahawa dia tidak lagi dibenarkan mengimamkan solat di Masjid East London. Menurut sumber rapat, pihak atasan masjid tidak menggantung jawatan Mohammed secara rasmi. Namun hanya memberitahu untuk tidak mengimamkan solat lima waktu di masjid berikutan bimbang mungkin diserang. Selain itu, pihak atasan masjid juga membawa panel ulama Islam untuk membuat keputusan mengenai isu…
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan laporan untuk memberi amaran bahawa separuh negara di seluruh dunia berada dalam keadaan tidak bersedia untuk berdepan sebarang risiko bencana alam, lapor laman berita Thaiger kelmarin. Ketika perubahan iklim global mengakibatkan bencana alam meningkat dan mencetuskan cuaca ekstrem. Hal ini juga kerana separuh daripada negara di dunia tidak mempunyai sistem amaran awal yang sempurna. Kekurangan indikator tersebut berisiko untuk meningkatkan angka kematian ketika bencana. Agensi-agensi risiko bencana dan cuaca di bawah PBB menyatakan bahawa tanpa sistem amaran awal, sesebuah negara mempunyai purata risiko kematian sebanyak lapan kali ganda berbanding negara yang memiliki sistem tersebut. Sistem amaran…
Sekurang-kurang enam orang maut, manakala 19 lagi cedera selepas pesawat pejuang tentera Russia terhempas pada sebuah bangunan pangsapuri di sini, lapor agensi berita Tass. Menurut agensi berita yang memetik pegawai tempatan, dalam kejadian tersebut, enam orang dilaporkan hilang, Saluran berita tentera Zvezda menyiarkan video menunjukkan letupan pesawat pejuang pengebom jarak sederhana supersonik Sukhoi Su-34 ketika pesawat tersebut menjunam ke arah pangsapuri. Pesawat pejuang tersebut terhempas ke kawasan perumahan namun kedua-dua juruterbang telah berjaya menyelamatkan diri mereka, Kejadian ini menyebabkan kebakaran besar di beberapa tingkat bangunan pangsapuri sembilan tingkat tersebut. Sekurang-kurangnya 17 pangsapuri terjejas dan kira-kira 100 penduduk dipindahkan ke tempat…