Author: Imannina

Imannina merupakan penulis bagi Syarikat Khalifah Media Networks yang mempunyai kepakaran dalam bidang multimedia. Mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan selama 2 tahun.

Port Dickson merupakan antara lokasi pelancongan terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebelum ini, isu khemah di sepanjang pantai Teluk Kemang telah membuatkan pengunjung berasa semak. Terbaharu, seorang pengguna Facebook telah mendakwa dirinya dikenakan caj sebanyak RM5 apabila letak tikar dan duduk di kawasan kaki lima dalam satu perkongsian yang telah dikongsikan kembali pengguna media sosial lain. Malah, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa marah mereka kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab sanggup mengenakan caj seperti ini. Bukan itu sahaja, ada juga netizen mengatakan mereka pernah berdepan dengan situasi yang sama ketika berkunjung ke sana dan tidak boleh membentangkan tikar sendiri serta perlu menyewa di…

Read More

Melaka: Hanya kerana membantu rakan yang dipukul sekumpulan individu berhubung isu keengganan bermain permainan ‘Mobile Legend’, seorang pelayan restoran turut dibelasah dalam pergaduhan di sebuah stesen minyak di Telok Mas, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 5 pagi, mangsa berusia 25 tahun diajak rakannya yang berumur 22 tahun ke lokasi untuk menyelesaikan perselisihan faham berhubung isu enggan bermain permainan ‘Mobile Legend’ secara dalam talian. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, berdasarkan laporan, mangsa menyatakan sebaik mereka sampai, terdapat beberapa lelaki bermotosikal menunggu di stesen minyak terbabit. “Beberapa minit kemudian muncul sekumpulan lagi lelaki juga bermotosikal terus…

Read More

BEIJING – Penduduk di wilayah Liaoning, China digesa mencari tempat perlindungan selepas kawasan itu dilanda fenomena ‘hujan cacing’, lapor akhbar New York Post semalam. Rakaman kejadian yang tular di media sosial memaparkan situasi selepas hujan cacing itu berlaku dengan haiwan itu berselerak di atas jalan dan turut memenuhi bumbung kereta. Beberapa penduduk kelihatan melindungi diri mereka menggunakan payung ketika berjalan di kawasan tersebut. Punca bencana itu belum diketahui, namun jurnal saintifik Mother Nature Network mencadangkan bahawa haiwan itu telah dihanyutkan oleh kejadian angin kencang. Kertas penyelidikan itu juga mendakwa kejadian tersebut boleh berlaku selepas ribut apabila serangga terperangkap dalam pusaran…

Read More

PETALING JAYA – Hancur hati tatkala membongkar aktiviti carian di internet menerusi Google yang dibuat anak lelaki berusia 11 tahun dengan kesemuanya berkaitan video lucah. Carian tersebut dilakukan kanak-kanak itu sejak awal Februari lalu dan dia ‘kantoi’ selepas ditangkap ibu ayahnya yang melakukan pemeriksaan pada telefon bimbit. Kisah dilalui ibu bapa tersebut dikongsikan oleh aktivis yang sering memberi kesedaran berhubung pendidikan seksual, Akhi Fairuz Al-Jengkawi pada hantaran Facebook. “Assalamualaikum tuan, maaf mengganggu.Saya ada pertanyaan, ketakutan saya sebagai seorang Ibu menjadi nyata malam tadi. “Saya ada seorang anak lelaki berumur 11 tahun. Malam tadi tertangkap oleh saya dan suami, dia buat…

Read More

Kuala Sedili, 08 Mac 2023 – Sebuah kenderaan jenis Mazda CX5 yang dinaiki oleh (2) lelaki dan (1) wanita warganegara Malaysia telah ditenggelami air dan hampir dihanyutkan ke dalam laut semasa mereka sedang bersiar dan menyusuri pantai di kawasan Pantai Temalah, Sedili Besar, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor. Kejadian ini berpunca dari air laut yang ketika itu sedang pasang dan mangsa terlibat tidak menyedari kejadian air pasang ini dan mangsa juga terlalu asyik serta kurang berpengalaman tentang keadaan laut. Bertindak di atas maklumat yang diperolehi, Ketua Polis Kuala Sedili – SM Saidon Hadzri Bin Hj Abu Hassan bersama (2) anggota…

Read More

Kita semua pernah melakukan perkara nakal kepada adik-beradik semasa kita kecil. Bagaimanapun, kenakalan kita tidak boleh dilawan dengan kelakuan budak lekaki yang viral ini. Menurut Coconut KL, seorang kanak-kanak lelaki menjadi bualan netizen apabila dia bertindak menolak kakaknya ke dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi ketika ibu mereka leka melihat telefon. Kejadian itu hampir bertukar menjadi mimpi ngeri jika bukan kerana orang yang tidak dikenali yang melihat apa yang berlaku dan memaklumkan pada mereka yang berhampiran bahawa terdapat seorang kanak-kanak yang terkunci di dalam mesin dobi. Netizen dengan nama, Azura Sapari kemudiannya berkongsi kejadian itu di laman TikTok miliknya @azurasapari618,…

Read More

PETALING JAYA – Tiga lelaki warga tempatan yang melakukan samun berkumpulan dengan menyasarkan rumah berpenghuni telah berjaya dicekup pihak polis, Ahad lalu. Ketiga-tiga suspek yang berusia lingkungan 26 hingga 35 tahun telah ditahan di Damansara dan juga Petaling Jaya kira-kira pukul 12.30 tengah malam hingga pukul 5.15 petang. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan pada 25 Februari berkenaan kejadian samun berkumpulan di sebuah rumah di Taman Pelangi, Sentul. “Mangsa merupakan seorang wanita warga tempatan berusia 45 tahun, bekerja sebagai seorang guru. Ketika kejadian mangsa yang berada di dalam bilik telah ditumbuk di muka,…

Read More

Ibu Hamil 7 Bulan Terhumban Dari Jambatan Motosikal Terlanggar Penghadang. |Seorang wanita meninggal dunia selepas motosikal yang dinaiki bersama suami dan anak lelakinya melanggar penghadang sebuah jambatan sebelum mangsa terjatuh ke dalam sungai pada Sabtu lalu. Kejadian itu berlaku di jambatan Sungai Logawa di Desa Kediri, Kecamatan Karanglewas, Kabupaten Banyumas, Jawa Tengah, Indonesia. Lebih menyedihkan lagi, mangsa yang dikenali sebagai Sulastri, 36, sedang hamil tujuh bulan pada waktu kejadian. Salah seorang anggota penyelamat, Trisno berkata, ketika insiden itu berlaku, mangsa serta suami dan anaknya sedang melalui jambatan tersebut. “Kejadian itu berlaku pada pukul 9 pagi dan motosikal dinaiki mereka hilang…

Read More

Kulim: Lelaki yang mengenali seorang ibu tunggal melalui aplikasi WeChat, kira-kira tujuh bulan lalu, dicekup berkhalwat di rumah wanita berkenaan di Taman Jelutong, hari ini. Lelaki berusia 27 tahun yang bekerja sebagai mekanik itu memberi alasan terpaksa bermalam di rumah wanita berusia 49 tahun itu kerana mudah untuknya berulang alik dari tempat kerja di kawasan itu. Pasangan itu dicekup berkhalwat sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) pada 1.42 pagi tadi. Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan di rumah wanita berkenaan selepas menerima aduan awam. Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan…

Read More

MERSING – Seorang wanita disyaki hilang selepas kereta dipandu dihanyutkan arus banjir di Kilometer 28 Jalan Nitar- Kahang, di sini hari ini. Ketua Balai Bomba Penyelamat Endau, Mohd Alias Hussin berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 6.49 pagi menyatakan terdapat mangsa yang terperangkap di dalam sebuah kereta Perodua Myvi. “Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati tiada tanda-tanda mangsa berada di lokasi. PKO bertindak membuat pencarian di sekitar kawasan Felda Nitar 1 dan Felda Nitar 2. “Pada pukul 1.50 petang usaha pencarian diteruskan di lokasi Felda Nitar 2 dimana mangsa dipercayai telah terbabas ke tebing jalan.…

Read More