Author: Imannina

Imannina merupakan penulis bagi Syarikat Khalifah Media Networks yang mempunyai kepakaran dalam bidang multimedia. Mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan selama 2 tahun.

LIPIS – Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun terpaksa menahan sakit kira-kira 30 minit sebelum kakinya yang tersepit pada roda motosikal berjaya dikeluarkan pihak bomba di Taman Fah Choon di sini, hari ini. Ketua Balai Bomba Kuala Lipis, Haslizan Ramli berkata, seramai tujuh anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.54 pagi. “Sejurus tiba di lokasi pada pukul 11.58 pagi anggota bomba mengesahkan kaki kanan seorang kanak-kanak lelaki telah tersepit di roda motosikal jenis Demak. “Anggota bomba melakukan penugasan menyelamat dan berjaya mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit dan mangsa diberi rawatan awal sebelum dihantar ke…

Read More

LANGKAWI – Seorang pelajar jurusan kejuruteraan penerbangan dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan ombak kuat ketika mandi di Pantai Tanjung Rhu di sini, semalam. Mangsa dikenali sebagai, Muhammad Fahmi Hafizi Zulkifli, 20, dari Langgar, Alor Setar dekat sini. Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 7.20 malam semalam. Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa dan beberapa rakan sedang berenang di Pantai Tanjung Rhu sebelum lemas. “Mangsa cuba diselamatkan oleh rakan dan pelancong yang berada berhampiran, tetapi gagal kerana alun yang kuat,” katanya di sini, hari ini. Kata beliau, operasi mencari dan…

Read More

SHAH ALAM, 18 Feb (Bernama) — Polis sedang memburu lima suspek kes samun bersenjata di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Petaling, Klang, semalam. Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata dalam kejadian pada sebelah petang itu, lima suspek yang memakai topeng, sarung tangan serta bersenjatakan parang telah meletakkan kenderaan mereka di laluan belakang sebuah rumah sebelum memasuki kediaman itu melalui pintu belakang. Beliau berkata lima sekeluarga berumur 38 hingga 70 tahun berada di dalam rumah itu semasa kejadian, dan suspek mengikat tangan serta menutup mulut empat daripada mereka sebelum ditempatkan di dalam dua bilik, manakala…

Read More

SEORANG lelaki bertindak di luar kawalan apabila menengking dan mengugut seorang pemandu bas Rapid KL selepas terpaksa menunggu lebih tiga jam di stesen bas pada Rabu. Mendakwa pemandu berkenaan tidak menjalankan tugas sebaiknya, individu berkenaan kemudiannya mengugut untuk melaporkan kepada pihak pengurusan syarikat pengangkutan berkenaan. Dalam pada itu, rungutan tersebut turut mendapat sokongan beberapa lagi penumpang lain yang berada dalam bas terbabit. Dikongsikan di laman Twitter, kejadian tular sejak Khamis terbabit menerima lebih 8,000 jumlah tontonan setakat ini. https://www.tiktok.com/@majoritiofficial/video/7200631483126631706?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7156424473078531586 Pengadu mendakwa, mereka telah menunggu sejak pukul 2.30 petang namun tiada satu pun bas pengangkutan awam yang melalui kawasan terbabit sehinggalah pukul…

Read More

SEORANG wanita bertindak nekad apabila memandu kereta untuk meredah kepala air ketika banjir baru-baru ini. Bukan itu sahaja, Dayna Nuku yang membawa keluarganya di dalam kereta itu sempat merakam kejadian tersebut. Video berkenaan dimuat naik di laman TikTok dan mendapat lebih sejuta tontonan setakat ini. “Saya hanya risaukan anak-anak saya,” katanya kepada pemberita. Selasa lalu, kampung halamannya ditenggelami air selepas dibadai taufan Gabrielle di Omahu, New Zealand. View this post on Instagram A post shared by Majoriti (@majoritiofficial) Ini menyebabkan ratusan penduduk memutuskan untuk berpindah, manakala sekurang-kurangnya empat orang terkorban termasuk seorang kanak-kanak. Nuku yang juga ibu kepada…

Read More

PENAMPANG — Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang mengesahkan beberapa imej sebuah pacuan empat roda terperosok di dalam pembentung parit berdekatan bulatan Sigah, Pekan Donggongon merupakan kenderaan yang dihanyutkan arus deras banjir semalam. Difahamkan, gambar yang memaparkan kejadian itu tular di media sosial sejak awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Harris Hj Ibrahim berkata pihaknya telah menerima laporan oleh pemilik kenderaan tersebut. “Hasil siasatan awal pihak polis mendapati kejadian berlaku pada 14 Februari 2023 lalu ketika daerah ini dilanda banjir. “Keadaan jalan di kawasan berkenaan yang dinaiki air pada hari kejadian menyukarkan mangsa hingga menyebabkan kenderaan…

Read More

Umum ramai mengetahui Pulau Pinang merupakan salah satu ‘syurga makanan’ di Utara semenanjung Malaysia. Ramai orang sanggup memandu berjam-jam untuk menikmati makanan ada di pulau itu. Bagaimanapun disebabkan kekurangan ruang parkir kenderaan menyebabkan ramai orang terpaksa meletakkan kenderaan mereka di tepi bahu jalan buat sementara waktu. Pada 12 Februari lalu, seorang pemilik Lamborghini Huracán Novitec Novara bernasib kurang baik apabila keretanya telah dirosakkan oleh seorang lelaki dipercayai kurang siuman semasa meletakkan kereta tersebut bersebelahan perhentian bas. Menurut laporan Sin Chew Daily, pemilik Lamborghini itu pergi ke ‘gerai nasi ekonomi’ berhampiran untuk makan tengah hari. Tidak lama kemudian, seorang lelaki dalam lingkungan 40-an menaiki…

Read More

SEREMBAN – Tindakan seorang wanita sarat mengandung memukul bekas rakan sekerja dengan gelas kaca membawa padah apabila didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini pada Selasa. Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam menjatuhkan hukuman itu terhadap Nur Shahirah Choo Fui Tze Chen, 40, selepas dia mengaku bersalah atas kertas pertuduhan dibacakan. Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara lapan bulan jika gagal menjelaskan denda tersebut, namun mangsa telah menjelaskan denda itu. Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang wanita berusia 39 tahun menggunakan gelas kaca. Kesalahan itu dilakukan pada jam 11.15 pagi di sebuah restoran di Kemayan Square di Seremban, 6…

Read More

POLIS kini sedang mengesan dua suspek yang terlibat dalam satu kes mencuri kenderaan jenis Volkswagen MK6 Golf GTi merah milik seorang pengusaha bengkel di Taman Mutiara Subang, Shah Alam, Selangor pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’ton Abu Bakar Berkata, dalam kejadian pukul 5 petang Jumaat itu, mangsa meletakkan kenderaan di hadapan bengkel miliknya di alamat No.37 Jalan Utarid u5/3 Taman Mutiara, Subang 40150, Shah Alam, Selangor dalam keadaan berkunci. Katanya, lebih kurang pada pukul 5.15 petang, mangsa terdengar enjin kereta miliknya dihidupkan dan terus bergerak laju. “Mangsa kemudiannya terus mengejar suspek dengan menaiki motosikal,” katanya dalam satu kenyataan…

Read More

KUALA LUMPUR – Dua rakan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak seorang lelaki dengan mengheretnya menggunakan motosikal serta menyamar sebagai pegawai polis. Muhammad Zuraidi Abdullah, 28, dan Muhd Ammar Haziq Zulkifli, 27, membuat pengakuan bersalah itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Hamidah Mohamed Deril. Bagaimanapun mahkamah menetapkan 7 Mac ini untuk fakta kes dan jatuh hukum. Mengikut pertuduhan pertama, kedua-duanya didakwa melakukan rompakan berkumpulan sebuah telefon bimbit jenama Apple iPhone 6 Plus milik seorang lelaki berusia 25 tahun dan mendatangkan kecederaan terhadap mangsa dengan mengheretnya menggunakan motosikal. Bagi pertuduhan…

Read More