Author: Imannina

Imannina merupakan penulis bagi Syarikat Khalifah Media Networks yang mempunyai kepakaran dalam bidang multimedia. Mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan selama 2 tahun.

SEBAGAI sebuah negara yang terdiri daripada kepelbagaian kaum dan agama, Malaysia meraikan sambutan pelbagai perayaan. Ini termasuk mengisytiharkan cuti umum kepada rakyat negara ini ketika hari perayaan berkenaan. Malah, ada juga dalam kalangan rakyat negara ini yang memakai baju perayaan agama lain ketika sambutannya serta berkunjung ke rumah, sebagai salah satu amalan hormat-menghormati. Namun, di sebalik keghairahan meraikan perayaan agama lain, umat Islam khususnya tidak boleh melanggar batas dan syarak yang ditetapkan dalam agama. Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan, sekumpulan individu dipercayai umat Islam termasuk kanak-kanak dan wanita menyertai perarakan keagamaan orang bukan Islam bersama pedati sambil melaungkan ungkapan tertentu.…

Read More

KEMERIAHAN perayaan Tahun Baharu Cina yang disambut pada Januari lalu masih lagi terasa, dengan penganjuran rumah terbuka diadakan oleh kebanyakan penganut Buddha di seluruh dunia. Perayaan tersebut agak suram sekiranya tidak diserikan dengan persembahan tarian singa dan upacara pembakaran mercun serta bunga api. Namun, tatkala rakyat negara ini teruja dengan sambutan perayaan itu, malang tidak berbau bagi seorang kanak-kanak apabila cedera ketika bermain bunga api. Menerusi video tular, kanak-kanak perempuan itu pada mulanya dilihat bermain bunga api di sebuah balkoni rumah. View this post on Instagram A post shared by Majoriti (@majoritiofficial) Meskipun dipantau oleh seorang lelaki dipercayai bapanya,…

Read More

Denda di zaman sekolah adalah satu hukuman yang selalu diberikan oleh guru jika seorang murid itu gagal menyiapkan kerja yang diberi. Boleh kata, semua orang pernah rasa kena denda dengan guru, boleh jadi sebab kita tidak siapkan kerja sekolah atau terlalu nakal di dalam kelas. Tetapi pernahkah anda alami denda sehingga sakit tubuh badan anda? Melalui laporan News Strait Times, satu kes dimana seorang pelajar tahun lima dipercayai retak lutut kiri selepas didenda ‘ketuk ketampi’ oleh gurunya selepas gagal datang ke sekolah. Menerusi makluman ibunya, Azlina yang berusia 36 tahun, pelajar terbabit gagal datang ke sekolah kerana cirit birit dan perkara…

Read More

JAWA TIMUR — Aksi seorang lelaki yang tampal sendiri jalan berlubang di Jalan Raya, Daerah Deket-Karangbinangun, Lamongan telah meraih perhatian ramai, lapor Kompas. Difahamkan, lelaki berusia 62 tahun dan juga merupakan seorang pembawa beca itu telah berbuat demikian sejak dua hari berturut-turut berikutan kerisauan terhadap anak perempuannya yang berisiko tercedera ketika melalui jalan itu. Dia melakukan perkara itu dengan menggunakan bahan sementara yang dimiliki sebagai alternatif untuk menutup lubang-lubang di jalan berkenaan. “Saya gunakan apa sahaja alat dan bahan sementara yang boleh digunakan untuk menampal lubang jalan. “Saya cuma risau anak saya yang ulang-alik bekerja di bandar disebabkan menggunakan jalan ini…

Read More

LUMUT – Seorang wanita cemas apabila anak lelakinya berusia setahun lebih terperangkap dalam kereta di kawasan parkir sebuah pasar raya besar di Seri Manjung, dekat sini, malam tadi. Difahamkan, bayi tersebut terperangkap dalam kereta jenis Hyundai ketika ibunya sedang memasukkan barang yang dibeli ke dalam tempat penyimpanan barang di belakang kereta. Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, kereta itu dikatakan terkunci sendiri ketika wanita itu berada di luar kenderaan tersebut dan menghubungi pasukan itu selepas usaha membukanya gagal. “Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung bergegas ke lokasi tersebut selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul…

Read More

Sejak 30 Januari baru-baru ini, seramai 403,637 calon sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 sehinggalah 15 Mac nanti, kata Kementerian Pendidikan (KPM). Seorang pengguna TikTok @dakwanhaojie berkongsi rakaman pendek sebuah kereta peronda polis telah tutup laluan sementara menunggu sebuah lori kontena keluar dari kawasan perkarangan sekolah. Ramai yang tertanya-tanya apakah ‘muatan berharga’ sehingga pihak polis perlu menjadi juruiring sehingga menutup jalan untuk memberi laluan kepada lori kontena tersebut. https://www.tiktok.com/@dakwanhaojie/video/7195103316953582875?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7156424473078531586 Menurut komen-komen yang dikongsikan warganet, mereka memberitahu lori itu membawa kontena yang berisi kertas-kertas SPM pelajar sekolah tersebut. Menurut netizen mereka turut ternampak lori kontena diiring beberapa kenderaan polis, mereka sangkakan dalam kontena…

Read More

Pasir Puteh: Pengguna jalan raya di hadapan pejabat MARDI Daerah Pasir Puteh dikejutkan dengan kejadian amuk seorang lelaki, 9.10 pagi, hari ini. Suspek, 49, dipercayai mengamuk menggunakan sabit dan merosakkan kereta di situ. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, cermin hadapan sebuah kereta pecah namun tiada orang awam yang cedera. Katanya, suspek yang bekerja sebagai tukang kebun ditangkap 20 minit kemudian. “Suspek pernah ditangkap mengamuk pada tahun 2019 dan dia mempunyai sakit mental. “Kita berharap tiada pihak membuat sebarang spekulasi yang tidak benar berhubung video yang tular,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Katanya, terdahulu, orang awam…

Read More

YAN – Seorang anggota bomba mengalami kecederaan di bahagian tangan selepas diserang seekor beruang yang dilaporkan tersesat di kawasan sawah padi di Kampung Kabu, Sungai Limau di sini, pagi tadi. Difahamkan, kehadiran beruang itu disedari ketika menghampiri kawasan rumah penduduk berhampiran sebelum masuk ke sawah. Menerusi video tular di Facebook dan aplikasi WhatsApp, beruang yang mengalami kecederaan pada mulut itu telah dikejar orang ramai sebelum diuruskan pihak berkuasa. Ketika ini, Kosmo! mendapati operasi menangkap beruang sedang dijalankan termasuk oleh pihak bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), polis dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Oleh itu, penduduk di…

Read More

Sudah menjadi kewajipan buat setiap’ individu yang menyediakan memastikan makanan yang disediakan dijamin bersih. Selain rasa enak yang mampu menarik perhatian pelanggan untuk kembali membuat belian semula, aspek keselamatan juga perlu diberi perhatian. Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang wanita yang tampil meluahkan rasa tidak puas menerusi Facebook Group Warga Kuantan Official di mana beliau nyaris tertelan dawai kokot yang tersedia dalam bungkusan nasi kerabu yang ditempah beliau. Lebih mengejutkan ramai, beliau bukan sahaja temui satu atau dua dawai kokot, malah difahamkan sebanyak 10 dawai kokot telah ditemui pada bungkusan makanan tersebut. Menyedari lambakan dawai kokot…

Read More

Pekan: Muhammad Adeeb Husaini Razali, 19, hampir kehilangan nyawa selepas motosikal ditunggangnya terlanggar lembu jantan di Jalan Pekan-UMP dekat Peramu, di sini kelmarin. Kemalangan itu menyebabkan motosikal yang dinaikinya musnah namun Muhammad Adeeb berkata pemilik lembu itu berjanji memberikan wang bagi menggantikannya. “Seolah muncul hikmah di sebalik kejadian kemalangan yang berlaku malam kelmarin, apabila saya berpeluang memiliki motosikal baharu sebagai gantian motosikal jenis Honda Wave 100R yang musnah. “Saya bersyukur walaupun kemalangan itu menyebabkan motosikal musnah tidak boleh dibaiki lagi, pemilik lembu mengambil tanggungjawab untuk menggantikan dengan yang baharu dalam masa terdekat. “Selain membayar ganti rugi, pemilik berkenan turut membayar…

Read More