LUMUT – Seorang wanita cemas apabila anak lelakinya berusia setahun lebih terperangkap dalam kereta di kawasan parkir sebuah pasar raya besar di Seri Manjung, dekat sini, malam tadi.

Difahamkan, bayi tersebut terperangkap dalam kereta jenis Hyundai ketika ibunya sedang memasukkan barang yang dibeli ke dalam tempat penyimpanan barang di belakang kereta.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, kereta itu dikatakan terkunci sendiri ketika wanita itu berada di luar kenderaan tersebut dan menghubungi pasukan itu selepas usaha membukanya gagal.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung bergegas ke lokasi tersebut selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.48 malam,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Menurut beliau, sebaik tiba di lokasi, didapati kanak-kanak tersebut berada di tempat duduk pemandu seorang diri.

Beliau memaklumkan anggota kemudian berjaya membuka pintu kereta tersebut menggunakan peralatan khas sebelum menyerahkan kanak-kanak itu kepada ibunya.

Jelas beliau, kanak-kanak itu berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan dan operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Yusuf Daud itu tamat sepenuhnya pada pukul 9.10 malam.

Sumber: Kosmo

 

Baca Juga: Seorang Budak Ditemui Masih Hidup Slps 48 Jam Terperangkap Di Bawah Runtuhan Bangunan.

CIANJUR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun berjaya dikeluarkan daripada runtuhan bangunan akibat gempa bumi berkekuatan 5.6 skala Richter di Indonesia pada Isnin lalu selepas mangsa terperangkap selama 48 jam tanpa makanan dan air minuman.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dramatik itu dilakukan pada Rabu di bandar Cianjur, Jawa Barat yang terjejas teruk dan telah meragut sekurang-kurangnya 271 nyawa.

“Ia adalah satu keajaiban. Semua orang termasuk saya menangis gembira apabila melihat kanak-kanak itu masih bernyawa,” kata sukarelawan dikenali sebagai Jeksen pada Khamis.

Sebuah rakaman video yang dikeluarkan Pentadbiran Bogor turut memaparkan usaha mengeluarkan budak itu yang dikenali sebagai Azka dari bawah runtuhan rumah yang musnah di daerah Cugenang.

Difahamkan, ibunya terkorban dalam kejadian gempa itu dan mayatnya ditemui beberapa jam sebelum operasi menyelamatkan Azka.

“Kanak-kanak itu dijumpai di sisi mayat neneknya. Dia dilindungi oleh bantal. Kami tidak menjangkakan kanak-kanak itu mampu bertahan selepas tempoh 48 jam kerana dia terperangkap di ruang yang sempit dan gelap serta tiada lubang pengudaraan yang sempurna,” ujar Jeksen sambil menjelaskan Azka terselamat kerana tidak ditimpa dinding yang runtuh walaupun berada pada jarak yang sangat hampir dengan konkrit itu pada kira-kira 10 sentimeter.

Sementara itu, anggota penyelamat memaklumkan kebanyakan korban gempa itu adalah kanak-kanak di sekolah atau yang berada di rumah kerana tidak sempat menyelamatkan diri.

“Masa semakin suntuk untuk menyelesaikan misi menyelamat itu selain berdepan cuaca buruk.Kami telah mengerahkan 6,000 anggota penyelamat. Kami akan teruskan usaha mencari mangsa yang mungkin masih terselamat.

Sementara itu, anggota penyelamat memaklumkan kebanyakan korban gempa itu adalah kanak-kanak di sekolah atau yang berada di rumah kerana tidak sempat menyelamatkan diri.

“Masa semakin suntuk untuk menyelesaikan misi menyelamat itu selain berdepan cuaca buruk.Kami telah mengerahkan 6,000 anggota penyelamat. Kami akan teruskan usaha mencari mangsa yang mungkin masih terselamat.

“Tolong doakan kami agar 40 lagi mangsa termasuk kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun yang dilaporkan hilang dapat ditemui,” kata Ketua Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), Suharyanto. – AFP

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply