PETALING JAYA – Tindakan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, apabila meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menurunkan harga tiket perlawanan Piala AFF sepatutnya dipuji. Harga tiket kejohanan tersebut diturunkan dalam tempoh 24 jam selepas menteri berkenaan menegur FAM mengenai perkara tersebut. Ini semua demi rakyat terutama penyokong yang mahu memberikan sokongan padu kepada pasukan negara tanpa rasa terbeban dengan harga tiket dan perbelanjaan lain seperti minyak kereta atau pengangkutan awam. Namun terkini, harga burger yang dijual di Stadium Nasional Bukit Jalil pada perlawanan antara Malaysia dan Thailand dikatakan telah mencecah RM6 sebiji. Rata-rata perkongsian di media sosial turut mencemuh…
Author: Imannina
Seorang Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Atas Siling Rumah. | PURWOREJO – Seorang lelaki dilapor maut apabila terkena renjatan elektrik ketika sedang melakukan pemasangan perkakas elektrik baharu di daerah Purworejo, Jawa Tengah. Memetik laporan Detik.com, mangsa ditemui maut di atas siling rumah dalam keadaan tangannya masih memegang wayar elektrik. Difahamkan, mangsa yang berusia 42 tahun itu meninggal dunia ketika membuat pemasangan elektrik di rumah seorang wanita pada Ahad lalu. Pemilik rumah, Suci Kurniasari sebelum itu menjelaskan bahawa isteri mangsa turut bekerja sebagai pembantu rumah di rumah miliknya. Disebabkan mangsa sudah kerap membaiki bekalan elektrik di rumahnya, mangsa telah dipanggil untuk membuat…
MELAKA – Dua beranak dicekup bersekedudukan kira-kira tujuh bulan dengan seorang duda dalam serbuan Operasi Sentuhan Kecundang di Serkam, di sini, Khamis lalu. Wanita berusia 50-an dan anak perempuannya, 16 tahun dicekup bersama-sama seorang lelaki 50-an kira-kira pukul 7.05 malam oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat berkata, lebih mengejutkan wanita tersebut mengakui masih berstatus isteri orang dan mendakwa dalam proses penceraian. “Hasil maklumat awam, satu serbuan telah dilakukan dan pemeriksaan di dalam rumah mendapati sepasang kekasih telah tinggal bersekedudukan bersama seorang remaja iaitu anak wanita berkenaan.…
PUTRAJAYA – Mayat seorang pekerja warga asing ditemui dalam keadaan terbaring atas hamparan kotak di kawasan meletak kereta sebuah kondominium dalam pembinaan di Presint 15 di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang pengawal keselamatan yang memaklumkan tentang penemuan tersebut kira-kira pukul 7.30 pagi sebelum bergegas ke lokasi. “Sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya telah digerakkan ke lokasi kejadian dan mendapati si mati merupakan warga Bangladesh yang bekerja sebagai pemasang mozek di kondominium berkenaan. “Siasatan awal mendapati, si mati yang merupakan…
KOTA BHARU: Taktik licik satu sindiket yang menyeludup masuk daun ketum ke Kelantan menggunakan lori tangki simen tumpas selepas kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa. Susulan itu, dua lelaki iaitu pemandu lori dan kelindan masing-masing berusia 28 tahun ditahan polis di Batu 6, Batu Melintang, Jeli, awal pagi semalam. Operasi jam 4 pagi itu turut merampas 200 bungkusan hitam yang didalamnya berisi daum ketum membabitkan nilai keseluruhan RM20,000. Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata tangkapan itu dilakukan selepas pegawai dan anggota yang membuat Ops rondaan mendapati lori tangki simen berkenaan dalam keadaan mencurigakan apabila berlaku pergerakan awal pagi. “Susulan…
SEORANG wanita yang didakwa merampas suami orang dijatuhi hukuman sebatan depan khalayak ramai di Aceh, Indonesia baru-baru ini. Ketika kejadian, wanita berhijab itu dilihat duduk bersila di atas sebuah pentas yang besar sambil disaksikan beberapa penduduk kampung dan orang kenamaan di kawasan terbabit. Pegawai Penguatkuasa Polis dan Pejabat Peguam Negara serta beberapa lagi pegawai kerajaan yang lain turut kelihatan di atas pentas dan insiden itu dirakamkan menerusi kamera telefon bimbit. Menurut seorang pegawai dari Pejabat Peguam, pelaksanaan hukuman ke atas si pelaku adalah sebanyak 24 kali sebatan. Wanita terbabit difahamkan sepatutnya menerima 30 sebatan namun, tertuduh telah menjalani hukuman penjara selama…
Bapa BERANG Dituduh Beli Daging Babi Untuk Anak. | PETALING JAYA – Seorang bapa berang sehingga sanggup mengugut dan menggunakan kata-kata kesat terhadap anak-anaknya yang mendakwa dirinya membeli daging babi untuk barang keperluan rumah. Perkara tersebut dikongsi menerusi akaun Facebook ibu tiga beradik itu, dikenali sebagai Cekta Hermosa, yang menunjukkan pertanyaan anaknya kerana berasa was-was dengan rupa fizikal daging mentah itu. “Ayah mereka (bekas suami) memang akan beli barang-barang dapur jika anak-anak minta. Saya tidak tengok barang apa yang dibeli kerana tiada di rumah ketika itu. “Tiba-tiba anak cemas telefon dan mesej hantar gambar bertanyakan daging tersebut jenis apa sebab…
Batu Pahat: Sepasang kekasih berusia 25 dan 16 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini atas pertuduhan bersama membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun. Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Izwan Mahmood, 25, dan gadis di bawah umur itu membunuh kanak-kanak berkenaan antara jam 8 pagi sehingga 2 petang di Felda Semenchu Teluk Sengat Kota Tinggi, antara 10 sehingga 23 Disember tahun lalu. Mereka melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Akta yang sama. Tertuduh yang tidak diwakili peguam mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dan tiada sebarang…
KOTA KINABALU – Laluan utama Jalan Kota Kinabalu – Sandakan atau Jalan Riverside di Kilometer 109.378 Ranau, ditutup serta-merta untuk semua kenderaan malam tadi. Ia berikutan hujan yang berterusan hingga mengakibatkan kegagalan pembentung dan jalan terputus yang membahayakan laluan. Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, ratusan kenderaan turut terkandas, namun setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Ranau dalam kenyataan berkata, sehubungan itu, pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif termasuk melalui Jalan Sinarut Baru Togudon Baru (hanya untuk kenderaan kecil). “Mohon patuhi arahan dan papan tanda keselamatan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak…
Bengang Digelar Pemalas. Wanita ‘Smackdown’ Nenek Suami. | SEBUAH video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita bertengkar sebelum menyerang nenek suaminya yang bertongkat sehingga terjatuh ke tanah, lapor Suara.com baru-baru ini. Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @terang_media dan kejadian itu dipercayai berlaku di Cianjur, Jawa Barat, Indonesia. Wanita itu dikatakan menyerang warga emas itu kerana marah dilabel sebagai isteri pemalas. Kejadian bermula apabila wanita yang sedang mendukung seorang bayi bertengkar dengan seorang warga emas yang tinggal di sebuah rumah, dikatakan nenek suaminya. Ketika warga emas itu hendak meninggalkan lokasi kejadian, wanita itu terus menahannya sehingga menyebabkan mangsa tersungkur ke atas tanah.…