Author: Imannina

Imannina merupakan penulis bagi Syarikat Khalifah Media Networks yang mempunyai kepakaran dalam bidang multimedia. Mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan selama 2 tahun.

4 Mat Rempit Ditahan Pukul Anggota Polis Pada 1 Syawal | PONTIAN – Empat lelaki termasuk dua beradik dituduh di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas atas pertuduhan melakukan kekerasan jenayah dan menyebabkan kecederaan ke atas seorang anggota polis, pada pagi 1 Syawal. Tertuduh, Mohamad Haikal Abdul Karim, 23, Khalid Khamis, 38, Mohamed Effendi Mohamed Said, 40 dan adiknya, Muhammad Fazli Mohamad Said, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nur Azzuin Abd Moati. Mengikut kertas pertuduhan, Khalid, Mohamed Effendi, dan Muhammad Fazli didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat menghalang Lans Koperal Muhammad Hasrull Mohd…

Read More

Jururawat Langgar Tiang Elektrik Nyaris Rentung, Kereta Terbakar | RANTAU PANJANG – Seorang jururawat berdepan detik cemas apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya terbakar selepas merempuh tiang elektrik di Jalan Kampung Tok Deh, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa, Sabrina Abdul Rahman, 44, sempat mematikan enjin MPV jenis Perodua Alza sebelum bergegas keluar menyelamatkan diri selepas melihat api membakar kenderaan tersebut. Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Mohd. Razali Mohamad Noor berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Klinik Kesihatan Tok Deh, di sini sebelum MPV dipandunya terbabas.…

Read More

Lelaki Masalah Mental Ceroboh Balai, Gigit Jari Polis Sampai Putus | KUALA LUMPUR – Bukan sahaja mengugut ingin menyimbah asid, seorang lelaki malah bertindak luar kawalan apabila menggigit jari manis seorang anggota polis sehingga putus, dalam satu kejadian di hadapan Pos Pengawal Balai Polis Sungai Besi, kelmarin. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, ketika kejadian yang berlaku pada pukul 10.15 malam itu, pengadu bersama seorang rakan sekerja sedang bertugas. “Seorang lelaki warga negara berusia 34 tahun datang dan menjerit mahu menyimbah asid. Suspek kemudian menyimbah muka dan badan pengadu menggunakan air botol mineral sebelum bertindak meluru…

Read More

Dua Wanita Langgar Belakang Lori Nyaris Terbakar, Kereta Rentung | SHAH ALAM – Dua wanita terselamat daripada rentung apabila kenderaan dinaiki terbakar selepas melanggar belakang lori membawa muatan air di Kilometer 31.7 Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) malam tadi. Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, seramai 13 anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 11.05 malam sebelum tiba di lokasi kejadian enam minit kemudian. Katanya, berdasarkan laporan awal kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (SUV) jenis Proton X70 melanggar lori tiga tan membawa muatan air. “Pelanggaran itu menyebabkan SUV itu terbakar 50 peratus manakala lori tersebut…

Read More

Kereta Terbalik Ketika Drift Di Genting Highlands Ada 11 Saman Pandu Laju | KUALA LUMPUR: Polis akan merakam keterangan pemandu kereta yang terbabas dan terbalik ketika naik ke pusat peranginan Genting Highlands, Bentong, dekat sini, seperti dalam rakaman video yang tular, semalam. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata siasatan awal mendapati kereta terbabit dipercayai dipandu secara melulu sehingga terbabit kemalangan. “Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong sudah mengesan pemandu iaitu seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun dan dipanggil ke IPD Bentong untuk tindakan selanjutnya. “Semakan ke atas kenderaan terbabit juga mendapati…

Read More

Pengguna Lebuh Raya KL-Karak Berang Penyelenggaraan Jalan Dibuat Pada Cuti Raya  | PETALING JAYA – Rata-rata pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) meluahkan rasa tidak puas hati kepada pengendali laluan tersebut, Anih Berhad ekoran kesesakan berlaku ketika ini. Ia susulan kerja-kerja penyelenggaraan yang sedang dilakukan di lebuh raya terbabit sedangkan kebanyakan pengguna mula bergerak pulang ke kampung di Pantai Timur sejak semalam. Tinjauan Kosmo! di laman Facebook Lebuhraya Pantai Timur (LPT) mendapati, pengguna mula ‘menyerang’ laman tersebut kerana ramai yang terperangkap dalam kesesakan di laluan tersebut sejak semalam. Jelas pengguna, laluan tersebut mengalami kesesakan teruk bermula dari Plaza Tol Gombak…

Read More

Lima Buah Rumah Rosak, Pokok Tumbang Hempap Kenderaan Akibat Ribut | IPOH: Hujan lebat berterusan dan angin kencang yang berlaku di Ipoh malam tadi menyebabkan lima buah rumah rosak termasuk insiden pokok tumbang di empat kawasan. Menurut jurucakap Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kinta, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7 petang. Katanya, antara lokasi yang terjejas ialah Jalan Berlian, Lorong Uthmaniah, Jalan Kledang, Persiaran Jelapang Taman Silibin, Jalan Jelapang, Lebuhraya Ipoh-Lumut serta Lengkuk Rishah, Taman Rishah. “Jalan Berlian (2 rumah terjejas), Lorong Uthmaniah (2 rumah terjejas), Jalan Kledang (1 rumah terjejas).…

Read More

Tanggal Baju & Tudung Di Kelab Komedi, Siti Nuramira Akhirnya Didenda RM8,000 | Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman denda RM8,000 terhadap Siti Nuramira Abdullah, wanita tular di media sosial kerana menanggalkan baju kurung dan tudungnya ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi. Hakim, N Priscilla Hemamalini, membuat keputusan itu selepas Siti Nuramira, 27, menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan pilihan dan memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan jika gagal bayar denda berkenaan. Mengikut pertuduhan pilihan, wanita berkenaan dengan sengaja berniat melukakan perasaan agama orang lain dengan menyebut bahawa dirinya seorang Muslim, menghafal 15 juzuk al-Quran dan kemudian bertindak…

Read More

JERANTUT – Penduduk di sekitar Kampung Bukit Rang di sini yang sedang bersiap untuk berbuka puasa gempar selepas Masjid Lama kampung berkenaan musnah dalam kejadian kebakaran semalam. Seorang penduduk Kampung Bukit Rang, Mohd Rodhi Sood,50, berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 6.57 petang dia baru pulang daripada membeli juadah sebelum terdengar jirannya menjerit memaklumkan masjid terbakar. “Saya keluar dan melihat api yang sedang marak dengan pantas namun penduduk di sini tidak mampu berbuat apa-apa kerana kebakaran berlaku pantas dalam cuaca panas. “Mujurlah anggota bomba yang tiba bertindak pantas dan cekap mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan kediaman berdekatan,”katanya. Seorang lagi penduduk,…

Read More

Lelaki 22 Tahun Tumbuk Pemandu Di Jalan Raya Ditahan Polis | Labuan: Pemandu yang tular menumbuk beberapa kali muka seorang lelaki ketika di jalan raya dekat lampu isyarat Jalan Patau-Patau, di sini, 12 April lalu ditahan polis, semalam. Suspek berusia 22 tahun itu ditahan selepas mangsa tampil membuat laporan, sejurus selepas kejadian dia ditumbuk oleh suspek terbabit. Mangsa seterusnya dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas membuat laporan polis. Ketua Polis Daerah Labuan Superintendan Ahmad Jawila berkata, dalam kejadian itu suspek yang keluar daripada kereta bertindak menumbuk ke muka mangsa beberapa kali. Katanya, suspek dipercayai bertindak demikian kerana marah berkaitan…

Read More