Dugaan Terindah Hidupku | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Namaku Anna. Aku berusia akhir 20-an. Pada tahun 2013 aku dipostingkan sebagai seorang pendidik di bumi Borneo. Waktu itu aku telah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki yang ditinggalkan bersama suamiku di utara tanah air. Kami menjalani kehidupan perkahwinan jarak jauh (pjj) memandangkan suamiku bekerja di utara manakala aku di borneo dan hanya akan pulang ke semenanjung ketika musim cuti persekolahan sahaja. Aku tidak dapat membawa anak bersamaku kerana kesukaran hidup ketika berada di sana dan bagiku dia lebih baik berada bersama suamiku. Segalanya berjalan dengan lancar walaupun aku pjj dengan suami…
Author: Miss Tata
Bukan Menantu Lindungan Bulan | Assalamualaikum wbr. Ramai yang cakap bernasihat tentang perkahwinan sekufu tapi aku adalah diantara orang yang merasakan ‘breaking the rules for good apa salahnya’ dan aku merasakan ketidakseronokkan dalam perjalanan hidup aku sekarang. Aku Anya (of course lah bukan nama sebenar, nama yang aku pilih jika kelak mempunyai anak perempuan.. hahahaha) Kembali ke topik asal, ini adalah confession kerana aku merasakan perasaan kurang suka pada keluarga mertua aku. Aku berkahwin few years ago. Selepas sebulan berkenalan, mertua aku datang merisik. Cepat sangat kan? Semua orang berpendapat kerjaya aku bagus, gaji ok (padahal banyak commitment), bijak dan…
Bukan Kerana Budi | Assalamualaikum. Terlebih dahulu ucapan terima kasih kepada admin andai confession ini tersiar. Nama aku Maryam. Aku berumur 25 tahun dan merupakan salah seorang graduan dari salah sebuah IPTA tempatan. Aku tamat pengajian pada tahun lepas. Aku nak luahkan perasaan aku yang berbelah bahagi sekarang ni. Aku tersepit antara kekasih hati dan ibu-bapa. Sejak dari aku bersekolah di tingkatan 5 aku ada teman lelaki. Namanya Lutfi. Selepas habis SPM, aku meneruskan pengajian di tingkatan 6, Lutfi pula mula berkerja di sebuah kilang. Lutfi sangat baik orangnya. Walaupun rezeki dia untuk sambung belajar takde, dia rajin berkerja. Macam-macam…
Bukan Isteri Yang Tak Subur | Assalamualaikum. Terima kasih admin jika confession ini tersiar. Sepertimana tajuk di atas, akak rasa terpanggil untuk menulis setelah membaca luahan dari confessor yang bertajuk “Suamiku Azoospermia” berkaitan dengan suaminya yang bermasalah. Nama akak, Suri. Tahun ni usia akak 39 tahun dan suami 5 tahun lebih tua dari akak. Sudah berkahwin selama 18 tahun dan punya seorang anak perempuan berusia 16 tahun. Ye. Dah besar panjang pun. Suami anak tunggal dalam keluarganya dan atas alasan itulah akak seolah2 dipaksa untuk melahirkan zuriat lelaki bagi meneruskan legasi ‘wali’ keluarga mertua. Sejak dari awal perkahwinan memang kami…
Berkorban Kasih | Assalamualaikum semua. Mungkin cerita saya kurang menarik dan penulisan saya agak tidak teratur. Maaf ye semua. Saya ingin meluahkan rasa. Saya Mia (bukan nama sebenar). Saya baru berkahwin selama 1 tahun 7 bulan dan saya menumpang dirumah mertua. Kami tinggal berlima. Adik ipar, ibu mertua, nenek suami, suami dan saya. Saya dan mertua okay saja. Cuma saya kurang senang bila dia suka sangat komplain pasal masakan saya. Itu dan ini. Bila tanya beliau cara masak dia akan cakap semua dihujung jari. Cari sahaja. Bila ditanya cakap macam tu. Kadang saya bukan tak tau masak. Tapi saya sekadar…
5 Rumah Dengan Kisah Pembunuhan Yang Menyeramkan |Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua harini saya nak share kisah menyeramkan. Jadi mari lihat cerita penuh. 5. Rumah Pasangan Gila Bernie Ini adalah sebuah rumah yang terletak di Perth, Australia bila bila pada tahun 1986 dua pasangan suami isteri David dan Catherine Bernie mengumpan seorang gadis untuk datang ke rumah mereka dengan alas an mereka mempunyai tayar murah untuk dijual kepadanya. Apabila wanita tersebut sampai ke rumah mereka, pasangan suami isteri ini kemudian memukul, mengikat dan merogol mangsa. Mereka kemudian membunuh wanita tersebut dan membungan mayatnya di kawasan hutan yang berdekatan. Sehingga…
Nice Try, Scammer | Assalamualaikum dan hai kepada semua pembaca IIUMC sekalian, harapnya semua berada dalam keadaan sihat-sihat belaka. Aku Ain (bukan nama sebenar), berumur awal 20-an dan masih belajar di sebuah IPT. Hari ini aku nak cerita sikit pasal pengalaman aku hampir kena scam. Sebelum tu, aku nak minta maaf dulu sebab aku punya sk1ll mengarang dah ke laut. Harapnya semua boleh faham la apa-apa yang aku nak cerita ni. Amaran, cerita ni agak panjang untuk memastikan flow tak mengelirukan. Minggu lepas, aku dapat follow request di Instagram dari seorang lelaki. Aku namakan dia FM. Aku ni pun dah…
Adik Dan Balasan Tuhan | Assalamualaikum pembaca iiumc semua. Sejak akhir akhir ini banyak betul tulisan tentang cerita zina. Ini akak nak ceritakan kisah tentang seorang adik. Mohon jadikan pengajaran bukan hinaan. Kisahnya adik ini anak yang bongsu. Mak bapak sibuk cari duit walaupun masa tu kehidupan mereka dah senang tapi mak bapak rasa tak cukup kena kerja keras. Jadi bela anak bongsu mereka sub kepada pengasuh. Kesemuanya. Mak bapak cuma hulur duit cukup masa. Adik dihantar ke tadika kristian pun mak bapak ni tak tahu. Bila sudah sekolah rendah beralih tanggungjawab kepada mak bapak semula. Itu pun mak bapak…
Ku Temui Jodoh Dalam Istikharah | Assalamu’alaikum. Aku perkenalkan diri sebagai Lin. Hampir enam tahun mendirikan rumah tangga dengan jodoh istikharah. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku jodoh yang bertanggungjawab, penyanyang, ringan tulang, pemurah dengan family & tidak merokok. Aku just nak share perjalanan hidup aku dalam mencari imam hidupku. Antara enam beradik, aku kahwin yang paling lewat. Masa zaman study di universiti aku bukan tidak pernah kenal mana-mana lelaki, tapi cinta tak kesampaian. Bila beralih ke alam perkerjaan & usia makin meningkat, aku serius untuk mencari calon suami. Waktu ini aku decide mana-mana lelaki yang aku jumpa, aku tak mahu kenal…
Tak Payah Jaga Hati Orang Lain | Percaya tak kalau aku kata nak hidup bahagia jangan jaga hati orang lain. Percaya tak? Dunia ni sebenarnya terlalu ramai manusia yang hipokrit dan selfish. Selfish bila mana orang je yang kena jaga hati dia dan dia tak peduli pun tentang hati orang lain. Sebab apa aku cakap macam ni, sebab dia takde apa yang orang lain ada jadi orang lain tak kena jaga hati dia atas sebab itu. Mungkin tulisan aku ini akan lebih dikecam tapi aku cuma nak luah apa yang aku rasa. Kalau aku tulis benda ni di wall FB…