Dugaan Terindah Hidupku | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Namaku Anna. Aku berusia akhir 20-an. Pada tahun 2013 aku dipostingkan sebagai seorang pendidik di bumi Borneo. Waktu itu aku telah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki yang ditinggalkan bersama suamiku di utara tanah air.
Kami menjalani kehidupan perkahwinan jarak jauh (pjj) memandangkan
suamiku bekerja di utara manakala aku di borneo dan hanya akan pulang ke
semenanjung ketika musim cuti persekolahan sahaja.
Aku tidak dapat membawa anak bersamaku kerana kesukaran hidup ketika
berada di sana dan bagiku dia lebih baik berada bersama suamiku.
Segalanya berjalan dengan lancar walaupun aku pjj dengan suami dan anak
lelakiku namun demi cita-citaku sejak kecil ingin menjadi seorang
pendidik, aku kuatkan juga semangat untuk bekerja di sana dan tanggapan
ku mungkin aku akan dapat pindah ke semenanjung dalam masa terdekat.
Tambahan pula aku bergelar seorang cikgu dan aku satu-satunya harapan
keluarga aku. Namun, tahun demi tahun aku masih berada di bumi borneo
tatkala rakan setugasku ramai yang telah dapat berpindah ke semenanjung.
Aku tinggal menyewa dengan rakan guru dari sekolah yang berlainan.
Kisah hitam hidupku bermula pada penghujung tahun 2017 dimana aku mula
merasakan sesuatu yang aneh berlaku pada diriku. Aku kerap bermimpi
dipatuk ular hitam, sakit kepala bermula dari selepas waktu asar
sehingga malam, mengalami masalah gangguan period dan emosi aku tidak
stabil.
Aku mulai pelik dan bertindak pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan
doktor namun semuanya baik sahaja. Menurut doktor tahap kesihatan aku
normal dan tiada sebarang masalah. Aku bertambah hairan dan masalah ini
berlarutan sehingga beberapa bulan.
Aku mulai tidak sedap hati dan cuba mencari jawapan berkaitan masalah
yang aku hadapi dan hasil pencarianku di sumber internet aku dapati
ianya adalah berkaitan dengan tanda-tanda gangguan makhluk halus atau
disihir.
Aku terkejut dan seakan tidak percaya kerana aku tidak mempunyai
pengalaman sebegini sebelum ini.
Aku meminta pendapat rakan serumahku dan dia meminta aku berubat dengan
suami rakan disekolahnya memandangkan suami rakannya itu merupakan
seorang perawat islam di kawasan perumahan kami.
Tanpa membuang masa, aku membuat temujanji untuk berjumpa dengan suami
rakanku itu dan kami pergi ke rumah perawat itu. Aku ditemani dengan
tiga orang rakan serumahku pada petang itu.
Sampai di rumah perawat tersebut, aku diminta masuk ke bilik rawatan
dengan ditemani tiga kawan serumahku.
Pada awal rawatan perawat tersebut memulakan bacaan ruqyah, aku terus
tidak sedarkan diri dan mengamuk menjerit kesakitan. (hanya yang pernah
alami akan faham keadaan aku ketika dalam rawatan).
Aku dalam keadaan separa sedar dan hasil rawatan pada petang itu perawat
memberitahu bahawa kemungkinan aku disihir. Perawat tersebut sedaya
upaya berusaha untuk mengeluarkan jin yang berada di dalam badanku namun
tidak berjaya.
Aku begitu terkejut kerana ini merupakan pengalaman kali pertama aku.
Sebelum ini hanya dengar cerita daripada orang lain sahaja atau hanya
menonton di you tube tapi kali ni badan aku yang benar-benar dimasuki jin.
Kawan aku semua terkejut dengan keadaan tersebut dan perawat memberi
nasihat supaya aku pulang berubat ke semenanjung kerana dia tidak dapat
berkomunikasi dengan jin tersebut.
Memandangkan jin tersebut tidak mahu memberikan kerjasama apabila
ditanya dari mana dia datang dan tidak mahu keluar dari badan aku. Maaf,
ini cerita benar dan mungkin yang tak pernah alami akan cakap semua ini
mengarut.
Selepas rawatan pertama tersebut, suami dan keluarga aku membawa aku
pulang ke semenanjung dan aku meminta cuti daripada pentadbir.
Setelah berada di semenanjung, ke hulu ke hilir aku berubat memandangkan
ramai perawat islam yang takut untuk merawat kes sihir yang melibatkan
negeri Borneo kerana menurut mereka amat sukar untuk hilangkan sihir
daripada negeri tersebut berbanding sihir lain.
Aku dan suami tidak berputus asa dan lebih kurang lima perawat islam aku
berjumpa untuk dapatkan rawatan yang semuanya menggunakan ayat al quran.
Tambah mengejutkan apabila sepanjang berubat tersebut, jin dalam badan
ku akhirnya bersuara memberitahu bahawa di sebenarnya dihantar oleh
seseorang yang meminati aku dalam diam.
Ustaz tersebut cuba berkomunikasi dengan jin itu untuk mengetahui dengan
lebih lanjut. Jin tersebut memberitahu bahawa dia dihantar oleh seorang
anak muridku yang sudah lama meminatiku dalam diam.
Dia memberiku hadiah sepasang baju kurung dan menunggu saban hari untuk
aku memakainya ketika di sekolah.
Namun hampa kerana aku tidak pernah memakai baju kurung tersebut kerana
sebenarnya baju tersebut tidak muat dengan aku. Dia begitu sakit hati
dan menghantar sihir tersebut kepada aku.
Setelah sesi rawatan tersebut selesai aku begitu terkejut apabila
mengetahui bahawa anak muridku sendiri yang berbuat demikian. Wallahualam.
Kalau jin tu tipu dan petik namanya aku tidak pasti kerana ada juga jin
tersebut sengaja mereka cerita untuk menyesatkan anak adam dan
mencetuskan pergaduhan tapi yang pasti kelima-lima perawat berlainan
yang aku pergi semuanya mengatakan perkara yang sama.
(Maksud aku ketika sesi rawatan aku tidak sedarkan diri dan jin dalam
badan aku yang bercakap dengan perawat).
Bila aku ingat kembali berkenaan anak muridku itu memang aku perasan
tiap kali aku mengajarnya di dalam kelas, pasti dia akan tersenyum manis
kepadaku sambil tersipu malu. Aku menganggapnya biasa sahaja dan memang
aku tidak sangka dia yang buat semua ni.
Aku bertindak meminta cuti tanpa gaji selama dua tahun dan dalam tempoh
ini juga aku turun naik pejabat yang berkaitan untuk urusan pertukaran
namun semuanya hampa.
Kini aku telah pulih sepenuhnya dan tiada lagi gangguan tersebut setelah
penat berubat dan wang pun dah banyak yang habis. Syukur suamiku dapat
menanggung semua hutang komitmenku sepanjang aku bercuti tanpa gaji.
Pabila aku pulang ke kampung rumah mak aku, pasti ramai yang bertanyakan
samada aku dah dapat pindah ke belum dan aku mengatakan aku mengambil
cuti tanpa gaji kerana tak sanggup lagi berjauhan dengan suami dan anakku.
(Takkan aku nak cerita yang aku disihir semua tu kan). Hanya kenalan
terdekat sahaja yang mengetahui kisah aku.
Biasalah orang kampung memang tahu aku seorang guru memandangkan dalam
kampung aku hanya beberapa orang sahaja anak kampung kami yang bergelar
guru.
Dan sekarang aku dalam keadaan tertekan kerana cuti tanpa gaji ku sudah
habis dan aku mengalami trauma yang teruk untuk kembali bertugas ke bumi
Borneo selepas peristiwa tersebut memandangkan usaha aku untuk memohon
pindah pun menemui jalan buntu.
Tambahan pula, aku sebatang kara di bumi borneo dan suami aku bekerja
dalam sektor swasta dan berpengkalan di utara tanah air sahaja. Suami
aku tidak membenarkan lagi aku ke sana kerana khuatir perkara yang sama
akan berulang lagi.
Saban minggu aku dan suami membuat rayuan pertukaran ke semenanjung
namun semuanya hampa kerana menurut mereka aku masih dalam cuti tanpa
gaji dan tidak layak untuk memohon pindah.
Jadi aku kena teruskan bertugas di stesen lama dan tunggu proses
pertukaran seterusnya dan keadaan ini membuatkan aku tidak datang
bertugas kerana aku trauma untuk ke sana lagi.
Jangan ditanya kenapa aku tidak berhenti kerja sahaja kerana sememangnya
aku masih sayangkan kerjaya ni di samping hutang komitmen aku sendiri
pun banyak. Memang setakat ini suami mampu menanggung hutang aku tapi
dia pun mempunyai komitmennya yang tersendiri.
Sekarang aku redha dengan ujian ini walau pada hakikatnya aku rindu
untuk kembali bertugas sebagai seorang guru tapi bukan di sekolah tersebut.
Jadi tujuan utama aku menulis confession ini adalah untuk meminta
pendapat berkaitan permasalahan aku ni. Jika tuan puan ada pengalaman
boleh berkongsi ya:
1) Apa tindakan kepada penjawat awam yang tidak hadir bertugas? adakah
akan terus dibuang kerja?
2) Boleh bagi pendapat membina yang boleh tenangkan hati aku dengan
ujian yang menimpa ni sehingga menjejaskan perjalanan kerjaya aku. Aku
sekarang down teruk dan perlukan kata semangat untuk elakkan diri aku
tertekan.
Terima kasih kalian sudi membaca kisah aku dan sudi memberikan pandangan.
– Anna (Bukan nama sebenar)
Kredit: IIUM Confessions