Bukan Menantu Lindungan Bulan

| July 26, 2020 | 0 Comments

Bukan Menantu Lindungan Bulan | Assalamualaikum wbr. Ramai yang cakap bernasihat tentang perkahwinan sekufu tapi aku adalah diantara orang yang merasakan ‘breaking the rules for good apa salahnya’ dan aku merasakan ketidakseronokkan dalam perjalanan hidup aku sekarang.

Aku Anya (of course lah bukan nama sebenar, nama yang aku pilih jika
kelak mempunyai anak perempuan.. hahahaha)

Kembali ke topik asal, ini adalah confession kerana aku merasakan
perasaan kurang suka pada keluarga mertua aku. Aku berkahwin few years
ago. Selepas sebulan berkenalan, mertua aku datang merisik.

Cepat sangat kan? Semua orang berpendapat kerjaya aku bagus, gaji ok
(padahal banyak commitment), bijak dan sedang mengambil PhD, ada rumah
dan kereta sendiri.

Sedangkan husband aku baru habis diploma, baru few months kerja, tiada
asset. Macam something fishy lah kata kawan-kawan aku pun. Mesti korang
dah bayangkan gap umur aku kan? Ye tak salah tekaan anda gap kami hampir
10 tahun.

Mak aku bersetuju sahaja memandangkan tunang tak jadi aku taknak proceed
hubungan ke next level dan mak aku tak sanggup tengok aku jadi anak dara
tua (actually aku pun tak tahu apa dalam hati dia). Mungkin ini alasan
paling kukuh untuk 3 series berjodoh kot.

Dan dalam ramai-ramai kawan lelaki aku dia yang commit to go for the
next level.

Few months later, lepas dah kahwin baru aku faham satu-persatu nasihat
orang sekeliling termasuk pakar motivasi. Mertua aku awal-awal cakap
yang aku kena ikut husband aku especially kalau balik kampung.

Rupanya dari first day aku kahwin mereka dah atur dan influence macam
mana husband aku kena kawal aku.

Masa awal kahwin dulu rumah aku masih aku sewakan, tapi mereka paksa
suami aku untuk move in rumah aku cepat-cepat padahal penyewa aku ada
few months ahead. Nasiblah penyewa tu kawan aku so kami settle cara baik.

Lepas tu setiap minggu kami kena balik kampung. Hari khamis dan jumaat
dah call untuk remind balik kampung. Call harian tu lain cerita. Maaf
okay. Mak aku didik aku untuk jarang call family (jimat topup dan
berdikari sikit katanya) so aku memang shocked terima deringan telefon
hari-hari.

Baru kahwin takde fasa honeymoon ye. It’s all about them. Kena simpan
duit sebab hari family mereka, duit setiap minggu balik kampung. Sampai
aku rasa tertekan dan mengambil keputusan untuk menipu.

Aku cakap ada ada kerja sebab ada auditor nak check documentation lah
ape lah. Padahal aku duduk datang office tengok Korea dari pagi sampai
petang. Punyalah sebab taknak balik kampung.

Kalau diorang call phone aku, aku cepat-cepat silent or buat-buat sakit
perut.

Kadang-kadang mak aku berkecil hati sebab lebihkan keluarga sana
sedangkan dia single mom dan a cancer survivor, tinggal seorang je so
fahamlah kan mak sendiri kecil hati tapi taknak anak menantu terasa hati
juga.

Kenapa aku taknak balik kampung?

Ok. First, kalau aku balik kampung rumah mertua aku tiada bilik so aku
kena tidur diruang tamu atau bilik transit which is bilik orang lalu
lalang untuk ke bilik kayangan (bilik kak ipar aku). Mak pak mertua aku
ni ada 7 orang anak. Anak lelaki 5 dan 2 perempuan.

So malu lah nak tidur ramai-ramai kat luar tu. Dengan aku ni pukul 9 -10
malam dah tidur dan mereka stay lagi merokok depan tv. Kadang-kadang
rasa nak tegur je, ramai budak-budak dekat situ kenapa masing-masing
merokok tak ingat dunia.

Tapi pak mertua aku ni perokok tegar. Jadi aku zip mulut dan memberontak
dalam jiwa je. Dahlah tu setiap kali balik mak mertua aku kedekut tilam.
Sampai hati dia bagi aku tidur toto nipis satu inci. Sob.

Aku dah biasa tidur atas katil, tilam spring yang baik untuk tulang
belakang tu. Banyak nyamuk sebab tingkap diaorang punya kaca semua dah
pecah jadi ada langsir je.

Bilik air usahlah cakap, malam-malam aku mesti ajak husband aku sebab
banyak katak terbang dan bilik air tu berada diluar rumah. Sumpah takut.

Waktu aku pregnant hari tu sanggup aku tunggu husband aku balik
tournament sepak takraw kampung dia untuk buang air jam 4 pagi. Kalau
siang aku akan pergi ke petrol pam berdekatan sebab aku tak selesa.

Mulut mak mertua aku boleh tahan juga, asyik cakap aku ni dah tua lah,
gemuk lah (aku 60 kg kot biras aku yang 80 kg tu tak pula dia cakap),
dia suka nyorokkan makanan tak bagi aku makan, bagi aku makan
bekas-bekas dia.

Kadang-kadang dia campak masuk dalam pinggan aku (paling aku geram dia
suruh aku habiskan aiskrim batang yang dia dah jilat-jilat).

Second, aku tak suka pak mertua aku nak peluk cium. Aku tak selesa.
Mungkin sebab aku tak ber’bapa’ so aku tak suka affection dari lelaki ke
arah itu.

Kadang-kadang dia buat depan ahli keluarga so jadinya ramai akan
question pak mertua aku kenapa cium aku seorang, sedangkan ramai menantu
lain lagi. Dia cakap aku special sebab ada baby.

Kalau takde baby pun sama je aku tengok. Mak mertua aku pun satu, dia
suka r4b4 husband aku ni. Kadang-kadang pagi dia kejut husband aku
sambil r4b4 *&^ dia. Pelik betul aku!

Dan setiap kali aku balik mesti diaorang akan sibuk nak masuk bilik
transit tu. Nak kejut lah, nak tanya benda-benda mengarut lah.

Malu lah weyhh kalau aku tengah menyusu. Rasa aku nak menangis je dan
dan tu. Kadang-kadang baby menangis kul 3 pagi nak susu tetiba dah ada
kat hujung tilam. Come on lah takkan lah aku tak terbangun nak bagi susu
kot.

Dan lepas tu kalau diaorang dah masuk bilik dia orang akan buka pintu
luas-luas. Macam nak perhati apa aku buat dalam bilik. Pernah aku kunci
dan mak mertua aku duk perli je.

Third, terasa dipergunakan. Setiap kali kami balik. Kereta aku akan jadi
bahan ke sana ke sini. Nobody pun tanya. Terus ambil kunci dan drive
termasuk lah anak buah yang tiada lesen lagi.

Aku dulu nak driving pun mak aku tak kasi. Dia cakap simpan saving 1K
dulu, nanti kalau accident ke apa ke ada duit emergency. Kita bukan
orang kaya. Kami yang hidup selesa pun boleh fikir.

Mak mertua aku suka ajak husband aku ke sana sini dan aku tak dibenarkan
ikut. Aku tahu dia saja nak korek apa-apa lah tu.

Kadang-kadang kami kena hantar anak buah dia balik university yang
memang jauh dan berpatah balik.

Dan pak mertua aku boleh cakap, sebab aku isteri memangnya kena ikut
tanggungjawab suamiku jaga anak buahnya dan bukan tanggungjawab suamiku
terhadap keluargaku dan anak buahku.

Seriously? Adik beradik aku perempuan semua dan takkan anak buah aku tak
boleh bergantung pada aku?

Disebabkan itu aku minta pindah kerja ke tempat yang jauh jaraknya dari
rumah. Kira-kira 10 -12 jam perjalanan. Jadi kita orang berpindah ke
tempat baru.

Pada mulanya mereka suruh husband aku jangan ikut. Tapi kuasa Allah swt
company suami aku kena downsizing dan husband aku diberhentikan kerja
jadi haruslah dia ikut aku kan. Rumah aku? Ye mereka suka campur hal
urusan aku.

Disebabkan mereka beriya volunteer jadi agent nak sewakan rumah aku
jadinya mereka sibuk tanya husband aku duit semua. Aku tahu mereka
ikhlas nak tolong tapi tak tahu lah kenapa hati aku ni tak nak husnuzon.

Sebab depa asyik je cakap ‘rumah kau macam mana’ pada suamiku (itu rumah
aku kot, aku beli 4 thn sebelum kahwin). Penyewa dah bayar ke belum. So
husband aku cakap itu rumah Anya mestilah masuk bank dia.

Dan mereka minta aku bagi duit tu kepada husband aku, mereka cakap “Anya
bagi jelah Khuzairi duit tu rumah kamu berdua juga”. Rumah tu sebulan
gaji suami aku kot, aku sewakan rendah kerana mulut mereka yang tawar
menawar dengan penyewa. Sobs.

Duit tu untuk loan bank, bukan dibelanjakan. Tanya pula berkali-kali
setiap kali call. Kalau buat video call tak ke aku kena bagi muka fake?
Pasal gaji aku pun mereka sibuk nak tanya, duit anak aku pun sibuk nak kira.

Peliknya aku masa kami nak kahwin mereka langsung tak hulur duit. Suami
aku, aku dan mak aku yang keluarkan belanja.

Aku tahu mereka bukan senang tapi bila mereka jual tanah kepada pemaju
dan jadi Orang Kaya Baru, mereka lupa janji nak tolong husband aku yang
sungguh banyak komitmen sebab hutang-hutang yang mereka lambakkan kepada
suami aku.

Berpindah tidak bermakna cerita ini tidak berakhir mudah. Kalau aku
balik kampung, aku memang adil 3 hari kampung dia 3 hari kampung aku.

Tapi kalau mertua aku tahu kami ke rumah mak aku dulu mesti dia akan
suruh singgah rumahnya walaupun jam 1 pagi ke 4 pagi ke. Mesti touchdown
dulu sana.

Suami aku Alhamdulillah rasional dan menolak sebab akan rugi few hours
dan sampai separuh hari ke kampungku jadi kiraan akan tidak adil.

Tapi mertua aku akan tukar trick untuk datang ke rumah mak aku dan spend
the whole day kat rumah aku sampai mak aku rimas. Selalu sangat buat
macam ni sampai mak aku rasa marah dan bengang.

Kadang-kadang ada juga dia suruh aku bercerai sebab dia rasa aku
dipergunakan.

Aku? Bukan Tak pernah terfikir. Tapi cuba aku buang jauh-jauh. Bukan
sebab anak. Bukan sebab takut jadi janda. Sebab hubungan aku ikhlas
dengan suami aku.

Susah senang dia, sabarnya dia walaupun kadang-kadang hilang juga sabar
(huhuhu), tapi tak tahu lah kan jika Allah bolak-balikkan hati aku.

Aku masih tiada simpanan, sebabnya asyik nak tolong suami. Nafkah suami
aku bagi time pkp jelah sebab tak kena bayar hutang. Aku jenis tak
berkira tapi sedih kadang-kadang lihat suami aku struggle dan parent dia
minta aku tanggung anaknya.

Ni duit gaji ni aku nak saving untuk buat sambutan hari jadi anakku
mungkin tak jadi kerana mereka dah start collect duit untuk ‘event’
makan malam mereka. Suami aku awal-awal dah warning tak perlu beli
perabot dapur, tumbuk je cili kat lantai sebab kena simpan duit.

Kalau ada tips nak jadi keras atau tips mengelat balik kampung. Sila
bagi komen. Amat-amat tertekan.

Oh ya last sekali aku takut balik sebab mertua aku macam jalani ilmu
sesat je. Dia orang kalau travel memang tak solat, fatwa apa pun aku tak
tahu. Lepas tu kalau zikir, macam orang sesat juga terjerit-jerit, macam
kat dalam tv tu. Takut aku.

Mimpikan hidup tenang,

– Anya (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Tags: , , , ,

Category: KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *