Bukan Kerana Budi | Assalamualaikum. Terlebih dahulu ucapan terima kasih kepada admin andai confession ini tersiar. Nama aku Maryam. Aku berumur 25 tahun dan merupakan salah seorang graduan dari salah sebuah IPTA tempatan. Aku tamat pengajian pada tahun lepas.
Aku nak luahkan perasaan aku yang berbelah bahagi sekarang ni. Aku
tersepit antara kekasih hati dan ibu-bapa. Sejak dari aku bersekolah di
tingkatan 5 aku ada teman lelaki. Namanya Lutfi. Selepas habis SPM, aku
meneruskan pengajian di tingkatan 6, Lutfi pula mula berkerja di sebuah
kilang.
Lutfi sangat baik orangnya. Walaupun rezeki dia untuk sambung belajar
takde, dia rajin berkerja. Macam-macam kerja dia buat walaupun sekadar
kerja biasa.
Dan dia adalah salah seorang yang banyak bagi aku kata-kata semangat
untuk tak give up. Dia matang orangnya, mungkin kerana dia dari sekolah
dah mula berdikari. Banyak buat kerja part time waktu cuti sekolah.
Selepas keputusan STPM diumumkan, Allhamdulillah, result aku agak
cemerlang dan aku diterima untuk melanjutkan pengajian di peringkat
ijazah di sebuah IPTA.
Oleh kerana Lutfi dah berkerja, banyak dia bantu aku untuk persiapan aku
ke universiti. Barang-barang keperluan aku pun dia belikan. Takde satu
sen pun guna duit aku. Paling aku tak lupa, dia hadiahkan aku telefon
bimbit baru. Walaupun bukan berjenama mahal, tapi aku hargai.
Sebenarnya, keluarga aku agak susah, adik beradik aku ramai dan ayah aku
cuma kerja kampung. So, aku sambung belajar memang bergantung fully
dengan loan PTPTN.
Malangnya course yang aku ambil agak memerlukan belanja yang tinggi,
kadang-kadang aku terpaksa berikat perut untuk pastikan duit aku cukup
untuk beli buku-buku yang agak mahal.
Ditakdirkan Allah, satu hari tu aku diserang gastrik yang sangat teruk
sebab aku tak makan. Kejadian tu aku ceritakan pada Lutfi.
Sebenarnya aku malu nak cerita yang aku tahan lapar sebab nak save duit
untuk beli buku, tapi dia dapat agak aku takde duit. Dia marah kat aku
sebab tak bagitahu dia yang aku takde duit.
Sejak dari hari tu, dia janji dengan aku yang dia akan bagi aku belanja
bulan-bulan untuk duit makan. Aku memang menolak tapi dia tetap insist
untuk bagi. Dia memang tepati janji. Setiap bulan tak pernah sekali dia
tak masukkan aku duit belanja sebanyak RM300 sebulan.
Alhamdulillah, cukup untuk belanja makan aku. Perkara ni aku tak
rahsiakan dari family aku. Aku nak parents aku tahu yang ada insan yang
hatinya mulia sanggup susah payah tanggung aku belajar. Lagipun memang
parents aku tahu yang aku dah berkawan dengan Lutfi sejak dari sekolah lagi.
Parents aku nampak ok dan suka sebab ada yang sanggup bantu aku.
Lagi-lagi mak aku.
Setiap kali aku balik ke kampung waktu cuti sem, aku selalu jugak pergi
rumah Lutfi sebab kampung kami berjiran.
Lutfi ni anak tunggal, keluarga dia sederhana sahaja. Parents dia pun
dah kenal aku sejak dari sekolah lagi. Mak dia memang sangat baik dengan
aku. Kadang-kadang aku rasa lagi rapat dengan mak dia berbanding dengan
mak aku sendiri.
Aku memang sangat sayangkan Lutfi. Banyak jasanya pada aku. Sebelum aku
habis belajar, kami ada berbincang antara kami berdua untuk berkahwin
selepas aku habis belajar. Lutfi ada nyatakan hasrat dia untuk melamar
aku. Keluarga dia juga sudah diberitahu.
Masa aku konvo, dia susah-payah mintak cuti untuk datang di hari
konvokesyen aku. Tapi masa tu aku mula perasan, parents aku macam tak
suka Lutfi datang. Mak aku langsung tak tegur Lutfi walaupun sebelum ni
dia restui hubungan kami.
Aku betul-betul kesian dan sedih melihat cara parents aku layan Lutfi
hari tu. Dia cuba beramah mesra dengan parents aku, tapi dilayan dingin.
Aku pelik kenapa mak aku tiba-tiba layan Lutfi lebih kurang macam tu.
Satu hari tu, aku kat rumah dengan family aku. Masa tu aku berniat nak
bagitahu parents aku yang keluarga Lutfi nak datang merisik kalau
keluarga aku setuju.
Disebabkan aku tak nak terus cakap pasal tu, aku cuba dulu untuk
berborak pasal Lutfi sebelum aku terus straight to the point.
Tapi bila keluar je nama Lutfi dari mulut aku, terus mak aku marah. Aku
masih ingat lagi kata-kata mak aku..
“Yang asyik nak sebut nama budak tu kenapa? Kemaruk nak berlaki sangat dah?”
Sungguh aku terkejut dengan kata-kata mak aku tu. Lagi parah lepas tu
mak aku bagitahu dia tak suka aku kawan dengan Lutfi lagi. Ayah aku cuma
diam.
Aku tak sangka mak aku sanggup bagitahu aku yang dia tak suka aku
berkawan dengan Lutfi sebab kami dah tak “sekufu”. Katanya dengan status
aku yang dah ada degree, aku sepatutnya cari pasangan yang setaraf
dengan aku.
Malam tu aku menangis teruk. Aku memang tak tergamak nak bagitahu Lutfi
yang parents aku tak suka kami berkawan.
Dalam aku menangis, mesej dari Lutfi masuk. Dia forwardkan pada aku satu
iklan kerja berserta mesej.
“Awak, ni ada jawatan kosong dekat company tempat kawan saya kerja. Awak
pergi la interview tu..saya doakan awak dapat kerja ni..Aamin”
Tambah kuat aku menangis. Sampai aku dah habis belajar pun dia masih
fikir pasal aku. Pedih hati aku bila terfikir apa perasaan dia bila tahu
keluarga aku tak suka kan dia.
Aku ucapkan terima kasih pada dia. Alhamdulillah, aku pergi interview tu
dan aku ditawarkan kerja tersebut. Satu lagi budi Lutfi buat aku dan
keluarga.Aku bersyukur sangat sebab dengan kerja aku tu dapatlah sedikit
sebanyak aku bantu keluarga aku.
Masuk sebulan aku kerja, aku pelik sebab Lutfi dah jarang contact aku.
In fact, dia langsung tak mesej or call aku kalau aku tak call dia.
Waktu aku terima gaji pertama aku, aku call dia. Hajat di hati aku nak
belanja dia makan sebab dah banyak dia berbudi dengan aku. Sekarang aku
dah ada duit sendiri, aku nak dia jadi antara orang pertama yang merasa
gaji pertama aku.
Aku call berkali-kali tapi tak berjawab. Selang sejam kemudian, aku
terima mesej dari dia. Aku tak dapat nak gambarkan perasaan aku masa
dapat mesej dari dia. Rasa bersalah, sedih dan terluka semua ada.
Dia bagitahu aku dia dah tak boleh nak baik dengan aku lagi. Katanya dia
sedar kami tak setaraf dan dia harap aku berjaya dalam hidup.
Aku tak puas hati lalu aku pun call dia. Tambah teruk aku menangis bila
dengar suara dia. Aku tanya kenapa dia mesej aku macam tu.
Awalnya dia tak nak ceritakan apa-apa. Dia just bagitahu anggap jelah
kami berdua takde jodoh. Setelah berkali-kali aku paksa dia untuk
ceritakan sebab dia nak putuskan hubungan kami, barulah dia berterus terang.
Katanya mak aku ada call dia sehari selepas aku dapat kerja. Mak aku
mintak dia putuskan hubungan kami. Lebih terkilan hati aku bila dapat
tahu mak aku bagi alasan yang kami tak sekufu.
Aku tak dapat nak bayang betapa hancur hati Lutfi dengar semua tu.
Tergamak mak aku buat macam tu. Sekufu dari segi pelajaran sahaja ke
yang dia fikir?
Lupakah dia akan jasa Lutfi pada kami sekeluarga?Siapa yang tanggung aku
belajar selama ni kalau bukan Lutfi.
Balik ke rumah petang tu, aku bergaduh teruk dengan mak aku. Aku
pertahankan Lutfi, mak aku hampir naikkan tangan pada aku.
Dia memang betul-betul nekad untuk tidak izinkan aku baik lagi dengan
Lutfi. Katanya aku patut cari suami yang lagi stabil. Bukannya lelaki
yang cuma ada SPM dan kerja kilang.
Aku faham yang mak aku cuma harapkan aku untuk ubah nasib keluarga kami.
Tapi nasib keluarga aku hanya akan berubah kalau aku berkahwin dengan
orang kaya dan berpendidikan je ke?
Ya, Lutfi hanya ada SPM dan kerja kilang. Tapi dia rajin dan
bertanggungjawab. Dia sayangkan aku, sanggup bersusah payah demi aku.
Padahal takde jaminan yang kami akan berjodoh. Tak pernah sekali dia
ambil kesempatan ke atas aku.
Lepas bergaduh teruk dengan mak aku, aku keluar dari rumah dan terus ke
rumah Lutfi. Lutfi takde kat rumah. Cuma mak dia sahaja yang ada.
Mak dia terkejut tengok aku depan rumah dengan mata bengkak sebab
menangis. Mak dia pelawa aku masuk dan peluk aku. Aku makin teruk
menangis. Mak dia tanya kenapa aku menangis?
Bila aku ceritakan semua, mak dia bagitahu sebenarnya Lutfi dah cerita
tentang hubungan kami yang tak direstui parents aku.
Aku mengadu yang aku betul-betul sayangkan Lutfi. Aku mintak mak dia
pujuk parents aku terutama mak aku. Aku terkejut bila mak dia bagitahu,
dia dah cuba bercakap dengan mak aku, tapi memang mak aku tak izinkan
Lutfi berkawan dengan aku. Apa lagi berkahwin.
Makin teruk aku menangis bila mak dia nasihatkan aku supaya ikut cakap
mak aku. Katanya restu ibu-bapa itu penting.
Dia pesan kat aku, jangan kerana budi Lutfi pada aku, aku nak jadi anak
derhaka. Tambahnya lagi, Lutfi tolong aku selama ni ikhlas dan jangan
rasa terhutang budi dengan semua tu.
Aku tak tahu nak cakap apa dah perasaan aku masa tu. Aku sayangkan dia
ikhlas dari hati aku, bukan hanya kerana budi dia pada aku. Mungkin dia
cuma rasa aku terima dia kerana budi dia pada aku.
Hati aku betul-betul hancur. Aku tak kisah walau Lutfi kerja apa sekali
pun sebab aku tahu dia mampu jaga aku. Sungguh aku rasa macam manusia
paling jahat mempergunakan dia. Walaupun aku takde niat sebegitu.
Buat Lutfi, andai awak baca confession saya ni, saya harap awak tahu
saya sayangkan awak dan saya harap awak tetap perjuangkan hubungan kita.
Saya tak mungkin dapat lupakan awak.
Kenapa awak jauhkan diri dari saya? Saya pun terluka juga. Saya harap
sangat awak dapat sama-sama usaha dengan saya untuk pujuk mak saya
supaya restui hubungan kita.
Saya doa supaya awaklah jodoh saya dunia akhirat. Jangan layan saya
sebegini lagi.
– Maryam Zulaikha (Bukan nama sebenar)
Kredit: IIUM Confessions