Petua Guna Bahan Dapur Untuk Cuci Baju Putih

| July 26, 2020 | 0 Comments

Petua Guna Bahan Dapur Untuk Cuci Baju Putih | Baju putih memang susah untuk dijaga, tersilap makan sikit mula la kotor. Kadang-kadang berjalan pun kena berhati-hati, takut baju bergesel di tempat-tempat yang kotor. Paling susah baju sekolah anak-anak. Pergi sekolah dengan baju putih elok, bila balik sekolah dah tak nampak rupa baju sekolah. Penuh dengan warna debu, sisa minyak makanan dan percikan air manis.

1. Perahan Lemon

Perahan lemon mampu memutihkan baju. Rendamkan baju dalam baldi dengan air bersih. Pastikan baju terendam  sepenuhnya. Ambil 1-2 biji lemon (keperluan lemon bergantung kepada kuantiti baju) dan perahkan ke dalam rendaman tadi. Selesai perah, lemon tadi pun anda masukkan juga ke dalam rendaman dan kacau rata. Rendam selama 10 minit sahaja. Jangan terlebih.

2. Pes atau cecair pencuci pinggan

Untuk menghilangkan kesan sambal pada baju, anda boleh cuba gunakan pes atau pencuci pinggan terus pada kotoran tersebut. Sapu pes pada bahagian yang terkena sambal tadi dan biarkan 15-20 minit. Selepas itu, cuci seperti biasa.

3. Sabun Mandi

Untuk hilangkan kotoran degil, anda basahkan keseluruhan baju terlebih dahulu dan gosokkan sabun mandi yang jenis buku terus pada bahagian kotoran. Gunakan berus baju yang lembut dan gosokkan pada bahagian yang kotor tadi. Seterusnya, cuci macam biasa.

4. Susu Pekat

Kesan dakwat pen pada baju memang sukar untuk dibersihkan. Kadang tu dah guna peluntur pun masih ada. Jadi, sebelum anda gunakan sebarang bahan untuk memcuci kesan pen tersebut, ambil 3 sudu susu pekat dan campurkan sedikit bersama air. Aliskan bancuhan tadi ke atas kesan pen dan biarkan selama sejam. Selepas itu, cuci dengan sabun seperti biasa.

5. Marjerin

Untuk hilangkan kesan minyak pada pakaian, gunakan marjerin. Caranya adalah dengan sapukan sedikit marjerin pada bahagian yang terkena minyak dan biarkan beberapa minit. Sebelum mencuci, sediakan air suam dan rendam baju tadi dengan air suam untuk dibersihkan sepenuhnya sapuan marjerin tadi. Jika masih tidak bersih sapuan marjerin tadi, cuci beberapa kali sengan air suam. Selepas itu, anda boleh cuci seperti biasa.

6. Tepung

Tepung adalah pilihan terbaik untuk mencuci kesan minyak pada pakaian. Campurkan beberapa sudu tepung dengan air. Pastikan kelikatan campuran menjadi seperti pes ubat gigi dan sapukan pada bahagian yang terkena minyak. Biarkan pes tadi mengeras dan bersihkan sebelum dicuci seperti biasa.

7. Limau Nipis

Baju putih sudah terkesan dengan lunturan warna dari pakaian lain. Rendam baju dalam air panas. Ambik beberapa biji limau (5-10 biji) bergantung kepada berapa banyak baju dan kesan lunturan tadi, perah ke dalam air panas yang mengandungi baju tadi, campurkan sedikit sabun basuh. Kacau dan rendam dalam sejam. Selepas itu bilas seperti biasa.

8. Cuka

Anda boleh gantikan peluntur yag dibeli di pasaran dengan menggunakan cuka. Cuka boleh mengembalikan kecerahan baju putih secara keseluruhan. Caranya adalah dengan memasukkan 100ml-250ml (bergantung kepada kuantiti baju) air limau nipis ke dalam baju yang telah direndam bersama sabun. Biarkan baju terendam 15 minit. Selepas itu, basuh dan bilas seperti biasa. Selain itu juga, anda boleh masukkan terus cuka di dalam mesin basuh yang berisi baju dan sabun dan cuci seperti biasa.

Sumber: impiana

Tags: , , ,

Category: TIPS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *