Author: Admin Hanisah

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal menangis di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin selepas dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM10,000. Tertuduh dijatuhi hukuman kerana menyebabkan kecederaan parah dengan niat mendatangkan kematian seorang buruh, lima tahun lalu. Hakim Mahyon Talib menjatuhi hukuman itu terhadap Baxter Kisar, 32, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah. Mahkamah memerintahkan hukuman itu bermula Isnin dan tertuduh yang berasal dari Sabah perlu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan. Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan…

Read More

KUALA LUMPUR – Pergaduhan dua kumpulan yang dipercayai mabuk di luar sebuah pusat hiburan di Jalan Telawi 5, Bangsar berjaya dileraikan oleh pihak polis. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kejadian yang tular pada Ahad itu menunjukkan satu video kekecohan membabitkan beberapa lelaki sedang ditahan anggota polis. Dalam video tersebut menunjukkan kekecohan semasa anggota dari Balai Polis Pantai sedang meleraikan pergaduhan mulut antara dua kumpulan pelanggan di luar pub terbabit. “Kumpulan lelaki itu yang dipercayai mabuk lalu bergaduh mulut sesama sendiri sehingga menyebabkan pihak…

Read More

KUALA LUMPUR – Pada Isnin, Dewan Negara diberitahu kesemua calon vaksin Covid-19 yang sedang dihasilkan di negara ini belum boleh dikomersialkan buat masa ini. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, ini berikutan calon-calon vaksin Covid-19 itu perlu menjalani proses penyelidikan dan pembangunan (R&D). Selain itu, vaksin-vaksin ini juga perlu menjalani kajian praklinikal, kajian klinikal dan pengilangan. “Setiap langkah penghasilan vaksin perlu mematuhi peraturan dan piawaian Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan juga di peringkat antarabangsa,” katanya. Beliau berkata ketika sesi soal jawab pada…

Read More

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mula mengambil tindakan tegas kepada guru-guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor yang enggan mengambil vaksin Covid-19. Tindakan tersebut diambil dengan menggantung tugas guru-guru KAFA terbabit selama dua bulan. Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, jika pihak terbabit masih tidak melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 sepanjang tempoh penggantungan tersebut, mereka juga boleh ditamatkan perkhidmatan serta-merta. Menurutnya, tindakan tersebut dibuat berpandukan ketetapan dikeluarkan pihaknya berdasarkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Baginda turut mengingatkan perkara sama kepada…

Read More

KUALA NERUS – Tarikh 27 Mac menjadi kenangan paling istimewa buat seorang juru X-ray apabila dia menjadi raja sehari. Kemudian, melangkah ke pentas konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan berpakaian sama. Ameerul Hakim Muzi@Ahmad Fauzi, 27, dari Kampung Seberang Takir selamat bergelar suami kepada Nur Izzatul Nabilah Ghazali, 22, pada jam 10.30 pagi Ahad sebelum terus ke UniSZA empat jam kemudian. Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan (Kepujian) berkata, mereka sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Mei depan namun terpaksa mempercepatkan tarikh. Hal ini kerana, kekangan jadual Nur Izzatul…

Read More

KUALA LUMPUR – Tindakan berani pendatang asing tanpa izin (PATI) di Pantai Dalam yang membina laluan rahsia untuk meloloskan diri jika diserbu pihak berkuasa. Tindakan warga asing tersebut akhirnya terbongkar dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) pada awal pagi Ahad. Melalui Ops Sapu jam 2 pagi itu didapati penempatan setinggan berkenaan mempunyai laluan bawah rumah yang ditutupi dengan lapisan kayu. Penghuni terbabit disyaki menggali tanah di bawah rumah untuk menyukarkan tindakan pihak berkuasa. Hal ini kerana, ‘lorong khas’ itu berada di kawasan lopak air dan berlecak. Dalam operasi…

Read More

KUALA TERENGGANU: Walaupun pernah gagal dalam menghasilkan wau naga sepanjang 90 meter, itu tidak menghalang penduduk Kampung Tok Dir, di sini, untuk terus berusaha. Mohammad Roslan Ahmad, 29, berkata, cubaan pertama tidak membuahkan hasil apabila wau naga yang dihasilkan tidak mampu meluncur di udara. Katanya, penduduk di situ terus berusaha mempelajari teknik membina wau naga dan kini mereka mempunyai sebuah wau sepanjang 70 meter yang mampu diterbangkan di udara. “Wau ini memerlukan 15 tenaga kerja dan mengambil masa 60 hari untuk disiapkan dengan kos lebih RM2,000. Kami perlu 20 orang untuk…

Read More

Saintis di Amerika Syarikat (AS) membangunkan pil kawalan kehamilan bagi lelaki dengan kadar keberkesanan 99 peratus tanpa kesan sampingan dalam ujian terhadap tikus makmal. Perkembangan itu menyaksikan mereka bersedia memulakan ujian terhadap manusia menjelang akhir tahun ini, lapor Euronews. Penemuan itu telah didedahkan pada mesyuarat musim bunga American Chemical Society. Bahkan, menandakan satu langkah penting dalam usaha untuk mengembangkan pilihan kontraseptif untuk lelaki dan berkongsi beban kawalan kelahiran dengan lebih baik dengan wanita. Laporan itu menyebut, terdapat banyak pilihan untuk wanita mengawal kitaran haid. Namun, hanya terdapat dua…

Read More

KUANTAN – Susulan video tular di laman sosial Facebook dan TikTok sejak beberapa hari lalu, yang memaparkan kejadian sekumpulan individu memukul seorang penunggang motosikal. Pihak polis mengesahkan perbuatan tersebut tidak dilakukan oleh anggota polis sebagaimana yang didakwa. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, tindakan itu sebaliknya dilakukan orang awam dan tiada mana-mana anggota polis terlibat. Menurutnya, kumpulan itu sebenarnya cuba membantu polis menahan lelaki tersebut kerana telah melanggar seorang anggota polis trafik. Anggota polis terbabit sedang bertugas dalam sekatan jalan Ops Motosikal…

Read More

Pada masa kini, telefon pintar sudah menjadi keperluan penting dalam kalangan masyarakat kerana dapat memudahkan urusan harian mereka. Pelbagai urusan dapat diselesaikan antaranya urusan perniagaan, kewangan, pembelajaran, malah dalam urusan tempahan makanan dan minuman. Dengan kelajuan capaian internet terutama di bandar besar dapat meningkatkan penggunaan telefon pintar dalam kalangan masyarakat. Malah, turut meliputi segenap lapisan masyarakat tanpa mengira batasan umur, pekerjaan mahupun taraf sosial. Kini, terdapat pelbagai aplikasi dan permainan dalam talian, laman media sosial, portal jual beli dan perkhidmatan penstriman. Kemunculan aplikasi-aplikasi baharu ini mula mempengaruhi gaya…

Read More