Remaja 15 tahun didakwa telah dikurung dan dipukul hingga mati oleh tiga orang gurunya selepas dituduh mencuri seutas jam tangan, lapor NDTV. Mangsa dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kanpur dan mayatnya telah dihantar untuk bedah siasat. Superitendan Kunwar Anwar Singah berkata bahawa pihak polis sedang menyiasat sekiranya serangan tersebut menjadi perhatian. Maka, tindakan tegas akan diambil terhadap tertuduh. Mangsa berasal dari Kasava Chowki telah mendaftar ke RS Inter College pada 23 Julai lalu untuk kemasukan ke Kelas IX. Bapa mangsa turut mendakwa salah seorang gurunya telah menghubungi mangsa dan menuduhnya mencuri jam tangan. Selepas tuduhan melulu itu dibuat,…
Author: Admin Hanisah
Seorang penganggur di sebuah kampung di daerah Kuala Nerus ditahan pada Isnin lalu selepas disyaki merogol anak tirinya yang berusia 10 tahun. Menurut Harian Metro, perbuatan keji suspek berusia 40 tahun itu terbongkar selepas salah seorang guru mangsa yang menerima maklumat berhubung kejadian tampil membuat laporan di Balai Polis Batu Rakit, Kuala Nerus. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din, siasatan awal mendapati, suspek dipercayai melakukan perbuatan itu sejak setahun yang lalu. Suspek turut mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan kes ugutan yang mendatangkan kecederaan. Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 1 Ogos depan…
Polis mendapat perintah tahanan reman selama lima hari lagi terhadap seorang penceramah bebas bergelar ustaz berkaitan kes rogol membabitkan remaja perempuan berusia 14 tahun. Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan itu dikeluarkan Majistret Noor Azreen Liana Mohd. Darus di Mahkamah Majistret Ipoh di sini hari ini. Perintah reman itu bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dijalankan terhadap suspek berusia 30 tahun. Terdahulu, individu itu direman selama lima hari oleh polis Kontinjen Selangor sebelum diserahkan kepada polis Kontinjen Kuala Lumpur bagi siasatan kes sama. Sumber: Kosmo
Gangguan elektrik di beberapa kawasan di Lembah Klang, hari ini, mengakibatkan ada individu yang dilaporkan terperangkap di dalam lif di premis yang terjejas. Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Zulfikar Jaffar telah memberi kenyataan berhubung kejadian tersebut. Pihaknya menerima 11 panggilan kecemasan membabitkan 10 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di negeri berkenaan berhubung kejadian itu. Pihak bomba menerima laporan berhubung kes terperangkap di dalam lif di PJ Centre Stage Seksyen 13 menerusi BBP Petaling Jaya dan Condo Liberty membabitkan BBP Ampang. Selain itu, mereka menerima panggilan kecemasan kes sama di 1-2F Jakan Setia Perdana,…
Tindakan seorang wanita, Mariam Hadid yang terkenal di media sosial dengan beraninya menggelarkan dirinya sebagai nabi wanita pertama sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai. Meninjau ke laman TikTok miliknya, pelbagai video ‘lucah’ turut dikongsikan dengan mempamerkan aksi keterlaluan serta pakaian tidak senonoh walaupun dia turut memakai hijab. Katanya, tudung adalah perhiasan orang Islam yang perlu dipakai. Namun, cara pemakaian dan pemilihan baju itu terpulang pada individu walaupun mereka ingin menggayakan dalam bentuk seksi. Difahamkan, dia merupakan seorang wanita Arab dan lokasinya ketika ini masih tidak diketahui. Lebih parah, dia juga memuat naik video sedang membaca al-Quran serta mengajuk pergerakan dan bacaan…
Siasatan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendapati gangguan bekalan yang bermula pada pukul 12.39 tengah hari ini berpunca daripada kerosakan di salah satu peralatan di pencawang masuk utama (PMU) Yong Peng North di Yong Peng, Johor. TNB memaklumkan pihaknya berjaya memulihkan sepenuhnya bekalan elektrik kepada semua kawasan yang mengalami gangguan elektrik pada pukul 3.02 petang. Kebanyakan kawasan terjejas berjaya dipulihkan secara berperingkat seawal 20 minit gangguan berlaku hasil usaha berterusan Pasukan Teknikal TNB. Siasatan TNB mendapati gangguan bekalan yang bermula pada pukul 12:39 tengah hari ini berpunca daripada kerosakan di salah satu peralatan di PMU Yong Peng North di Yong Peng,…
Seorang bapa menembak mati anak sendiri yang cuba menyerangnya menggunakan sebilah parang ketika berada di bawah pengaruh dadah, lapor laman berita Thaiger semalam. Ruangrit Phromthong, 56, menggunakan selaras senapang patah untuk menembak anaknya yang merupakan penagih tegar, Adisak kelmarin. Ketika kejadian, mangsa menghunus parang sepanjang 1.2 meter ke muka Ruangrit di daerah Sichon, Thailand. Ruangrit yang berkhidmat sebagai penolong ketua kampung berkata, dia bertindak demikian untuk mempertahankan diri. Tambahnya lagi, anaknya sudah lama mengalami masalah ketagihan dadah. Dia juga memberitahu pernah diserang mangsa sebanyak beberapa kali sebelum ini dan pernah dirawat di hospital. Ahad lalu, mangsa sekali lagi bertindak ganas…
Pelakon, Azhar Sulaiman, 51, mengakui anak perempuannya, Kasih Iris Leona suka berpakaian seksi walaupun dia melarangnya. Azhar yang membahasakan dirinya sebagai Mami dalam satu hantaran di media sosial berkata, setiap keluarga akan ada pelbagai masalah dengan anak-anak mereka. Namun, dia bersyukur memiliki anak seperti Kasih Iris. Baru-baru ini, gambar Kasih Iris yang berpakaian seakan berkemban tular dan menjadi perbualan hangat netizen. “You name it lah (Anda beritahulah) segala ‘problem’ (masalah) yang seorang anak boleh conteng arang kat ‘parents’ (ibu bapa) dia. “Pada saya biarlah begini dari begitu. Kalau renung kembali zaman muda saya, mungkin lagi teruk,” katanya. Azhar berkata, anak…
Seorang bayi perempuan berusia 9 bulan dilaporkan meninggal dunia selepas ditinggalkan sendirian di bilik mandi selama tujuh minit tanpa pengawasan oleh ibu bapanya. Menerusi petikan laporan Mirror UK, insiden yang berlaku pada 2 April 2021 itu dipercayai berpunca daripada kecuaian si bapa, Daniel James Gallaghe. Daniel meninggalkan anaknya, Leah Jayde berusia 9 bulan di dalam tab mandi dengan ketinggian air 10 hingga 12 sentimeter. Malah, ketika itu, pili air juga masih terbuka. Bercerita mengenai insiden itu, Daniel mengaku dia telah keluar beberapa minit untuk menguruskan masalah bekalan elektrik di rumahnya di Queensland, Australia. Selepas itu, dia merokok sambil melayari Facebook…
Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia disyaki didera ibu kandungnya dalam kejadian di Sungai Siput semalam. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian menimpa mangsa terbongkar selepas dia dibawa ibunya ke Hospital Sungai Siput pada awal pagi setelah didapati tidak sedarkan diri. Katanya, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital. Hasil siasatan awal mendapati terdapat kesan kecederaan pada tubuh mangsa. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk bedah siasat. Hasil bedah siasat yang dijalankan semalam mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan akibat objek tumpul pada badan mangsa. Mior Faridalathrash…